cikgu YaTie

Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari.
Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan pembelajaran ialah;
i Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari
ii Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti.
Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran
A. Sumber berasaskan manusia
1. rakan sebaya
2. guru
3. pakar bidang
4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak
1. buku
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks

C. Bahan pandang dengar
1. mikrofic
2. radio
3. televisyen
4. video

D. Sumber berasaskan komputer
1. disket
2. cakra padat
3. cakra laser
4. disket video
5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat

A. Sumber berasaskan manusia
- fleksibel
- interaktif
- secara lansung
- mudah akses
- tidak terjamin kualiti
- sukar mendapatkan pakar yang berkewibawaan.

B. Sumber bercetak
- murah
- kekal
- senang dirujuk
- mudah alih
- mudah akses
- tebal
- berat
- tidak boleh disunting
- tidak terkini

C. Sumber pandang dengar (audio-visual)
- murah
- menarik
- pelbagai pancaindera
- mudah akses
- boleh berulang tayangan/siaran
- boleh digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa
- tidak tahan lasak
- susah menyunting
- tidak terkini

D. Sumber berkomputer
- amat fleksibel
- mudah dimaskinikan
- multi-media
- jaringan tidak terhad
- canggih
- user friendly
- mahal
- menimbulkan tekanan
- perisian terhad,
- bergantung kepada bekalan eletrik
- perlu mahir mengoperasikan komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber
- selaras dengan falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan komputer.
Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.
Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.

Strategi Mengoptimumkan Sumber
Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.
Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.
Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari.

Strategi Pengoptimuman sumber

1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber
Guru boleh menggunakan ‘authorware’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word prosessor’ atau ‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.

2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber
Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti ‘hand on’ serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya.
Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui ‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing melalui ‘classnet’ dalam bilik darjah bestari itu.

3. Perkongsian melalui internet
Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama. Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk berkongsi bahan pembelajaran melalui ‘edunet’. Melalui internet seseorang guru boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan.

4 Penyelidikan dan Pembangunan
Guru digalak menjalankan kajian tindakan – mengumpul maklumat tentang pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain.
Labels: | edit post
Reactions: 
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...