cikgu YaTie
Topik ni agak menarik untuk dibincangkan....

BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENCETUSKAN REVOLUSI CHINA 1911 DAN REVOLUSI SIAM 1932.

A)PENGENALAN (2@3 M).

Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Kedua-dua Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah.

B) ISI (20 M)
1. Revolusi China (10 M)
a.Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada kerajaan pusat.
b.Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda dari yang ditetapkan.
c.Tentera Manchu memalukan. Kalah di dalam Perang Candu I dan II. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884. Perang China-Jepun 1894-1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugikan China. Akibatnya China ditawan. Oleh itu, Manchu patut digulingkan.
d.Ganti rugi peperangan menyebabkan China terpaksa memikul beban hutang. China terpaksa membayar 200 juta tael kepada Jepun selepas Perang China-Jepun. Pemberontakan Boxer menyebabkan China terpaksa membayar 450 juta tael kepada asing. Ini tidak termasuk Perang Candu I dan II.
e.Bilangan penduduk China bertambah dari 377 juta kepada 430 juta orang antara tahun 1885 – 1911. Pertambahan penduduk tidak selari dengan pertambahan tanah pertanian. Akibatnya rakyat China bertambah miskin.
f.Bencana alam seperti banjir dan kemarau yang merosakkan tanaman menambahkan lagi kesengsaraan rakyat China.
g.Kerajaan Manchu mengenakan cukai tinggi untuk membayar hutang luar negeri, ganti rugi peperangan dan membiayai pembinaan jalan kereta api. Tambahan pula pendapatan petani merosot akibat kemasukan barang-barang asing. Petani tidak mampu membayar cukai tinggi, mereka terpaksa menjual tanah kepada orang kaya.
h.Sentimen anti-Manchu di kalangan orang China. Orang Manchu bukan China asli tetapi mereka datang dari Manchuria dan menggulingkan Dinasti Ming pada tahun 1664. Orang China tidak mahu tunduk kepda kerajaan Manchu. Cogan kata mereka “Hapuskan Manchu, Kembalikan Dinasti Ming”.
i.Orang Manchu juga tidak memberi tempat kepada orang China di dalam pentadbiran. Mereka curiga dengan kesetiaan orang China. Jabatan kerajaan dimonopoli oleh orang Manchu.
j.Kegagalan pembaharuan 100 hari.
k.Pada pertengahan kedua abad ke-19, Manchu menghantar pelajar-pelajar ke luar negeri. Mereka terpengaruh dengan ideologi-ideologi baru seperti demokrasi, sosialisme, liberalisme, kebebasan dan hak-hak asasi manusia.
l.Kejayaan Perancis, Gerakan Penyatuan Jerman dan Itali, kejayaan Peter The Great serta kejayaan Meiji telah menjadikan ilham kepada pelajar-pelajar untuk melancarkan revolusi.
m.Dr Sun Yet Sen memainkan peranan penting dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Manchu dengan digantikan kerajaan Republik.
n.Dr Sun dengan Tiga Prinsip Rakyat sebagai falsafah revolusi, iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial dapat mempengaruhi rakyat. Antara 1895 – 1911, Dr Sun dan pengikut-pengikutnya melancarkan 10 pemberontakan. Walau bagaiamanapun, pemberontakan itu gagal tetapi maruah kerajaan Manchu mulai merosot.
o.Kekacauan bermula apabila kerajaan Manchu cuba memiliknegaraan perkhidmatan kereta api pinjaman dari kuasa asing. Lantaran kereta api yang menghubungkan Canton-Hankow dan Hankow-Chengtu, memberi peluang kepada kuasa asing menguasai sistem pengangkutan dan kedaulatan wilayah Negara China.

2. Revolusi Siam 1932
a.Institusi Monarki di Thailand mulai merosot semasa pemerintahan Raja Vajiraudh (1910 – 1925). Beliau tidak berminat dalam politik. Kabinet tidak berfungsi Vajiravudh lebih berminat dalam bidang kebudayaan dan suka berfoya-foya. Rakyat mula mengkritik raja.
b.Raja Vajiravudh bersikap pilih kasih. Kebanyakkan menteri era Chullalongkorn telah dipecat dan digantikan dengan golongan pendidikan luar negeri yang sealiran dengan beliau.
c.Raja Vajiravudh membazirkan wang negara sehingga kerajaan hampir muflis.
d.Raja Vajiravuddh berusaha mengukuhkan lagi kuasa Monarki mutlak
e.Penubuhan Pasukan Harimau Liar menimbulkan perasaan tidak puas hari golongan tentera sehingga golongan tentera cuba menggulingkan Vajiravudh dalam tahun 1912 dan 1917 tetapi gagal.
f.Kuasa Monarki semakin merosot pada zaman Raja Prajadhipok (1925 – 1934). Beliau memecat menteri-menteri yang dilantik oleh Raja Vajiravudh dan digantikan dengan putera-putera Raja, sehingga pegawai-pegawai awam merasa tidak puas hati.
g.Raja Vajiravudh melaksanakan beberapa langkah yang tidak popular. Beliau memecat dan mengurangkan pegawai istana dari 3000 kepada 300 orang sahaja. Bayaran gaji dikurangkan dan cukai baru diperkenalkan sehingga menyebabkan golongan pegawai awam dan tentera tidak berpuas hati. Pasukan Harimau Liar dibubarkan.
h.Orang-orang China mendomisasikan ekonomi Thailand dan menguruskan monopoli perdagangan raja-raja Thailand.
i.Krisis politik berlaku antara menteri peperangan (Putra Punachatra) dengan memonopoli perdagangan (Putra Punachatra) melemahkan lagi sistem Monarki.
j.Perkembangan pendidikan barat sejak zaman Mongkut dan Chulalongkorn telah melahirkan golongan intelek berpendidikan barat di Thailand. Golongan ini terpengaruh dengan idea politik moden dari barat yang bersifat anti monarki dan memperjuangkan demokrasi. Golongan ini terlibat memimpin revolusi Thailand bagi memajukan negara tersebut.
k.Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1920-an dan 1930-an memberi kesan besar kepada Thailand. Thailand menghadapi kekurangan belanjawan yang memaksa kerajaan menjalankan langkah berjimat cermat dan menjadikan kerajaan monarki makin lemah dan tidak popular.
C) KESIMPULAN (2@3 M)

Kedua-dua revolusi telah berjaya menjatuhkan kerajaan monarki di China dan Thailand. Sistem pemerintahan ala barat diperkenalkan. Revolusi juga mendorong kepada perebutan kuasa yang sering berlaku di Thailand dan China.

Labels: | edit post
Reactions: 
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...