cikgu YaTie
  • Dasar Pintu Terbuka dan Tertutup


 

Persoalan kajian


 

  1. Sebab diadakan dasar pintu terbuka dan tertutup
  2. Kesannya kepada masyarakat dan negara.
  3. Tindakan dan tekanan daripada orang Barat dalam mendesak Dasar Pintu Terbuka
  4. Langkah-langkah dalam pelaksanaan Dasar Pintu Tertutup.


 

Dalam menjawap soalan ini ia tertumpu di negara Thai, terutama mulai zaman Dinasti Chakri dari Rama 1 hingga Rama 5, negara Jepun dalam zaman Tokugawa dan Pemulihan Meiji, serta negara China dalam Dinasti Manchu.


 

  1. Motif dan Sebab diadakan dasar pintu tertutup


 

Siam

Jepun

Cina

  1. Pertahankan kedaulatan Siam daripada penjajahan British dan Perancis
  1. Petahankan kedaulatan Keshogunan Tokugawa daripada ancaman golongan Daimyo yang bermusuhan
  1. Merasai bahawa Cina mempunyai taraf yang sama dengan negara-negara Barat baik dari segi kemajuan dan kuasa. Cina sebagai Middle Kingdom.
  1. Cubaan untuk menghalang campur tangan kuasa-kuasa asing.
  1. Satu cara Tokugawa dapat menghalang pengaruh luar daripada bersubahat dengan musuhnya dalam negeri.
  1. Keperluan dalaman Cina mencukupi dan tidak memerlukan perdagangan luar terutama dengan orang-orang Barat. Kalau perlu hanya perlu berurusan dengan Co Hong yang mewakili maharaja Cina dalam urusan kebenaran perdagangan.
  1. Menghalang gangguan penyebaran agama kristian yang boleh menggugat kepercayaan dan budaya masyarakat Siam.
  1. Menghalang tersebarnya ajaran Kristian yang boleh mengikis kepercayaan Shintoisme.
 
  1. Tidak mahu keadaan yang berlaku di Burma menimpa Siam. Berlakunya peperangan dengan British dan kejatuhan Dinasti Konbaung.
  1. Menghalang Jepun daripada pengaruh proses pembaratan


 


 


 


 


 

  1. Menghalang usaha penjajah untuk membaratkan Siam.
 


 


 

       


 


 


 


 


 


 


 


 

2.    Kesan Dasar Pintu Tertutup kepada masyarakat dan negara.


 

Siam

Jepun

Cina

  1. Semakin kuat tekanan daripada British dan Perancis untuk mencari peluang dagangan di Siam
  • Perjanjian Burney 1826, memeprlihatkan usaha British bagi mendapatkan konsesi kepada pedagang British dan perlindungan serta jaminan kebebasan perniagaan rakyat British.
  1. Tekanan daripada Commodore Perry dan membawa ugutan daripada Presiden AS.
  • Commodore Perry mengugut akan menyerang Jepun dengan kapal perang jika Shogun tidak membuka pintu kepada pedagang barat terutama AS. Sebagai kesannya ia menjadi ancaman kepada kedudukan Shogun dan menyebabkan regimnya jatuh.
  1. Cina menghadapi tekanan daripada barat dan berlaku Perang Candu 1- Cina dipaksa menandatangani perjanjian Nankin.
  • Akibatnya Cina dipaksa membuka pelabuhan-pelabuhan bagi kegunaan pedagang barat.
  1. Siam dapat mengimbangi kuasa antara British dan Perancis bagi mengelakkan Siam dijajah.
  • Dasar ini dapat mengimbangi kuasa Perancis, British dan Burma yang cuba menggugat kedaulatan Siam. Dengan persahabatan Siam dan layanan yang seimbang dengan kuasa-kuasa ini Siam dapat menyandarkan dirinya bagi mendapatkan bantuan dengan sesiapa yang dikehendaki.
  1. Pengekalan kuasa Tokugawa selama 250an tahun.
  • Tokugawa dapat mengekalkan pemerintahannya daripada gugatan Daimyo-daimyo lain dan menghalang berlakunya pemberontakan dan pemuafakatan untuk memberontak menentangnya.
  1. Keupayaan Cina untuk mengekalkan kedaulatan undang-undang dan politik daripada pengaruh kuasa Barat.
  • Cina berupaya untuk mengenakan undang-undangnya terhadap orang asing.
  1. Siam berupaya untuk mengekalkan budaya dan kepercayaan masyarakat. Pengekalan institusi Raja dan peranan golongan istana membolehkan Siam membentuk peradaban mereka sendiri tanpa pengaruh lain-lain pihak.
  1. Keupayaan untuk menyekat penyebaran pengaruh Kristian dan pengaruh Barat.
  1. Peniaga Cina seperti Co Hong menjalankan perniagaan secara monopoli dan bertindak zalim terhadap konsep pasaran bebas yang menjadi anutan kapitalis barat.


 


 


 


 


 


 


 


 

3.    Sebab pelaksanaan dasar pintu terbuka


 

Siam

Jepun

Cina

  1. Tekanan yang diterima daripada Perancis dan British dalam mencari peluang dagangan di Siam.
  1. Tekanan dan ugutan yang diterima oleh Tokugawa daripada Commodore Perry.
  1. Tekanan dan kesan kekalahan Cina dalam Perang Candu 1
  1. Kekhuatiran Raja Mongkut dan Chulalonkorn akan tindakan British terhadap keengangan Rama III untuk menandatangani perjanjian perdagangan.
  1. Tekanan dalaman daripada daimyo-daimyo Tozama dan Fudai terutama daripada puak Chosu dan Satsuma.
 
  1. Untuk menjamin kedaulatan dan kemerdekaan Siam.
  


 

Kesan Dasar Pintu Terbuka


 

Siam

Jepun

Cina

  1. Siam bersetuju membenarkan pedagang-pedagang British berdagang di Siam.
  2. Siam memberikan beberapa konsesi untuk pedagang British.Lihat syarat dalam perjanjian Bowring.
  3. Siam terlepas jajahan di utara Tanah Melayu melalui perjanjian Bangkok
  1. Kejatuhan Kesyogunan Tokugawa dan bermula Dinasti Meiji dan kerajaan beraja di Jepun.
  2. Penyebaran agama kristian diteruskan.
  3. Wujud perubahan-perubahan yang dijalankan oleh Meiji.
  4. Jepun menjadi kuasa tentera yang setaraf dengan negara barat.
  5. Bermula era demokrasi berparlimen di Jepun.
  1. Pembahagian Cina kepada wilayah-wilayah yang dikuasai oleh penjajah-penjajah barat dan Jepun.
  • Inggeris – Hong Kong, Shanghai
  • Jepun - Manchuria
  • German – Wei-Wei
  • Russia – Semenanjung Liao Tung.
  • Portugis – Canton
  1. Keruntuhan Dinasti Manchu dan bermula pengaruh nasionalis dan komunis.
  2. China tunduk dibawah kuasa barat.


 


 

 

0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...