cikgu YaTie
9. Bandingkan kesan-kesan Perjanjian Nanking 1842 kepada China dan Perjanjian
Kanagawa 1854 kepada Jepun.

A. Pendahuluan ( 3 markah )

1.Perjanjian Nanking ditandatangani diantara British dan China pada tahun 1842 selepas
China kalah dalam Perang British-China Pertama yang juga dikenali sebagai Perang
Candu Pertama.
2. Perjanjian Kanagawa pula adalah perjanjian yang ditandtangani di antara Jepun dan
Amerika Syarikat pada tahun 1854.
3. Kedua-dua perjanjian ini menandakan bermulanya dasar buka pintu kepada kedua-dua
negara ini dan banyak menimbulkan kesan kepada kedua-dua negara tersebut.

B. Isi-isi penting ( 20 markah )

Perjanjian Nanking ditandatangani pada tahun 1842 di antara China dan British,
antara kandungan syarat-syaratnya ialah:

1. Lima buah pelabuhan dibuka kepada pedagang British iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
2. China terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British.
3. Sistem monopoli oleh co-hong dihapuskan.
4. Konsul British ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan yang dibenarkan untuk rakyat British.
5. Cukai-cukai eksport dan import yang rendah dikenakan.
6. China perlu membayar ganti rugi peperangan sebanyak 21 juta tael kepada British.

Kesan Politik

1. Selepas Perjanjian Nanking, China turut dipaksa menandatangani beberapa
perjanjian dengan kuasa-kuasa barat lain seperti Perjanjian Wangshia (1844) dan
Perjanjian Whampoa(1844).
2. Perjanjian Nanking juga menandakan kemerosotan dan kejatuhan Dinasti Manchu
kerana syarat-syarat perjanjian yang hanya menguntungkan kuasa-kuasa Barat.
3. Kesediaan kerajaan China menandatangani perjanjian dengan kuasa barat telah
menimbulkan tanggapan bahawa Dinasti Manchu sudah kehilangan mandat dari
syurga.
4. Rakyat bangun menentang kerajaan Manchu dan orang asing seperti tercetusnya
pemberontakan Taiping.
5. Ketidakpuasan hati kerajaan China terhadap perjanjian yang berat sebelah tersebut
akhirnya membawa kepada berlakunya perang British-China Kedua.

Kesan Ekonomi

Kemerosotan ekonomi tradisional dan berlaku penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa Barat.
China juga sudah kehilangan kuasa untuk mengenakan tarif bagi melindungi barangannya.
China juga terpaksa membuka pelabuhan-pelabuhannya kepada pedagang-pedagang asing.
Barangan asing yang murah membanjiri pasaran China.
Industri tempatan seperti paku dan kraf tangan semakin terpinggir.

Kesan sosial.

Penyebaran agama Kristian berleluasa kerana China juga dipaksa membenarkan pembinaan gereja serta barat bebas menyebarkan agama Kristian.
Kemerosotan industri dan perdagangan barangan tempatan telah menyebabkan peningkatan kadar pengganguran yang turut dikaitkan dengan peningkatan kegiatan rompakan dan penindasan.

Perjanjian Nanking dilihat menimbulkan banyak kesan buruk terhadap sistem politik ekonomi dan sosial masyarakat China, namun terdapat situasi yang berbeza dialami oleh Jepun kesan daripada Perjanjian Kanagawa.

Perjanjian Kanagawa ditandatangani diantara Jepun dan Amerika Syarikat pada tahun 1854 dan diantara syarat-syaratnya:

Pelabuhan Shimoda dan Hakodate dibuka kepada Amerika Syarikat bagi tujuan mendapatkan bekalan dan perdagangan.
Amerika Syarikat diberi layanan most favoured nation.
Amerka Syarikat diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda.
Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di Jepun diberi layanan baik.

Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa,

Kesan Politik.

1. Bermulanya dasar buka pintu Jepun kepada pedagang-pedagang asing.
2. Jepun juga seperti China dipaksa menandatangani perjanjian dengan kuasa barat lain seperti Britain (1854), Rusia(1855), Belanda (1856) serta beberapa negara barat lain.
3. Amerika juga berjaya memaksa Jepun menandatangani Perjanjian Townsend Harris (1858 ) yang menyebabkan Jepun dipaksa membuka Kobe, Nagasaki, Kanagawa, dan Niigate kepada pedagangang-pedagang asing.
4. Amerika juga berjaya menempatkan seorang menterinya di Edo.
5. Perjanjian Kanagawa akhirnya menyebabkan kejatuhan kerajaan Shogun Tokugawa di mana Shogun Keiki menyerah kembali kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun 1867.
6. Maharaja Meiji kemudianya berjaya memulihkan Jepun dengan melaksanakan dasar pemodenan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.

Kesan Ekonomi.

1. Ekonomi Jepun berkembang pesat selepas Perjanjian Kanagawa kerana kemasukan pedagang-pedagang asing.
2. Pembukaan pelabuhan-pelabuhan Jepun kepada pedagang-pedagang asing telah meningkatkan kegiatan ekonomi komersial.





3. Kebangkitan golongan Zaibatsu yang turut meningkatkan perkembangan ekonomi Jepun.

Kesan Sosial.

1. Seperti juga di China berlakunya perkembangan agama Kristian yang turut
menjejaskan kepercayaan masyarakat tempatan.
2. Pembaharuan dalam sistem pendidikan menyebabkan berlaku proses
pemodenan masyarakat.
3. Masyarakat Jepun juga mula menerima sistem perundangan barat sebagai
rujukan undang-undang dalam masyarakatnya

C. Kesimpulan ( 2 markah )

China dan Jepun mula menjalankan dasar buka pintu selepas perjanjian-perjanjian tersebut.
Selepas Perjanjian Nanking, sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat China menjadi semakin lemah manakala
Perjanjian Kanagawa menjadi faktor Jepun berkembang maju melalui proses pemodenan hingga terselamat daripada penjajahan kuasa barat.


Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...