cikgu YaTie
12. Bandingkan sumbangan Jose Rizal di Filipina dan Sukarno di Indonesia
dalam perjuangan menegakkan kedaulatan di negara masing-masing.

A. PENDAHULUAN ( 3 Markah )

Filipina dan Indonesia mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam usaha menentang penjajahan Barat iaitu Jose Rizal dan Sukarno.
Filipina pada masa itu berada di bawah penjajahan Sepanyol dan Indonesia di bawah penjajahan Belanda.
Sumbangan Jose Rizal dan Sukarno dapat dilihat melalui peranan yang dimainkan dalam aktiviti-aktiviti politik atau separa politik, kaedah perjuangan dan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam membangkitkan kesedaran nasionalisme di negara masing-masing.


B. ISI-ISI ( 20 Markah )

Perbandingan sumbangan Jose Rizal dan Sukarno dalam perjuangan
menegakkan kedaulatan negara masing-masing

1. Latar belakang

Jose Rizal dilahirkan pada 1861 dan berketurunan Sepanyol – Cina. Beliau meminati bidang seni dan sastera. Mendapat pendidikan di Maktab Jesuit di Manila sebelum melanjutkan pelajaran ke Sepanyol dalam bidang perubatan.

Sukarno dilahirkan pada 1901 di Jawa dan berketurunan Bali – Jawa. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Belanda di Surabaya dan melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan.


2. Penglibatan dalam politik

Jose Rizal terbabit dalam gerakan cendiakawan dan sederhana. Matlamat perjuangannya ialah menghapuskan ketidakadilan dan penindasan Sepanyol.

Sukarno terlibat aktif dalam politik, terpengaruh dengan golongan radikal seperti Dr. Tjipto Munggunkusumo dan E.F Douwes. Matlamat perjuangannya ialah mencapai kemerdekaan Indonesia dan menyatukan rakyat.

3. Cara perjuangan

Jose Rizal berjuang melalui kaedah penulisan dan politik secara berpersatuan. Beliau menulis novel Noli Me Tanggere dan El Filibusterismo dan karyanya dimuatkan dalam majalah La Solidaridad. Penulisan beliau merupakan kritikan terhadap pemerintahan Sepanyol dan kesatuan agama dengan mendedahkan penderitaan rakyat Filipina.
Persatuan Liga Filipina bermatlamat melindungi rakyat Filipina daripada kekejaman Sepanyol, menyatukan kepulauan Filipina, dan menuntut reformasi dalam bidang perdagangan, pendidikan, dan pertanian.
Liga Filipina membuat tuntutan secara diplomasi.
Dasar perjuangan Jose Rizal ialah bekerjasama dengan penjajah dan tidak suka kepada kekerasan.
Beliau membuat kritikan tajam melalui mata pena yang mampu membuka mata masyarakat.

Sukarno berjuang melalui gerakan parti politik iaitu Parti Nasionalis Indonesia (PNI) yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia secara terang-terangan.
Matlamat PNI ialah mencapai kemerdekaan, menyatukan rakyat, dan menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi

Dasar perjuangan Sukarno dan PNI ialah tidak bekerjasama dengan Belanda. Sukarno aktif memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerjasama, dan membantu pendidikan nasional.
Sukarno merupakan seorang ahli pidato yang lantang dan berkarisme serta mempunyai pengaruh yang luas.


4. Kejayaan/ sumbangan

Jose Rizal yang banyak melakukan kritikan telah ditangkap dan Liga Filipina dibubarkan. Namun, tulisan-tulisannya banyak memberi inspirasi kepada kelahiran Katipunan yang lebih agresif dan mendapat sokongan ramai terutama golongan petani. Tulisan-tulisan beliau menyedarkan rakyat Filipina bahawa mereka adalah satu bangsa. Katipunan telah melancarkan satu revolusi tetapi telah gagal.
Jose Rizal disyaki terlibat dalam gerakan revolusi itu walaupun beliau tidak menyokongnya. Beliau telah ditangkap dan dikenakan hukuman bunuh.

Sukarno sebagai pemimpin PNI berjaya memperolehi sokongan yang luas meliputi Pulau Jawa dan Sumatera Timur dan paling berpengaruh. Belaiu menubuh Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI).

Beliau ditangkap dan PNI dibubarkan. Selepas dibebaskan beliau menyertai PARTINDO dan ditangkap lagi. Setelah kedatangan Jepun, dibebaskan dan menyertai PUTERA bersama-sama Hatta dan Syahrir dan menuntut kemerdekaan.
Sukarno telah dilantik sebagai presiden Indonesia yang pertama selepas merdeka.







C.KESIMPULAN ( 2 Markah )

Kedua-dua pemimpin telah membangkitkan kesedasaran kebangsaan di
kalangan masyarakat tempatan untuk menghalau penjajah. Sukarno lebih
praktikal dan agresif dalam perjuangannya manakala Jose Rizal lebih
sederhana dan berdiplomasi dengan menggunakan mata pena sebagai
senjatanya.











Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...