cikgu YaTie
5. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah lambang kejayaan
perjuangan orang-orang Melayu. Bincangkan.

A. Pendahuluan ( 3 Markah )

1. Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
2. Orang-orang Melayu menyambut baik penubuhan Persekutan Tanah Melayu kerana
Menggantikan Malayan Union.
3. Malayan Union yang dianggap satu sistem pentadbiran yang tidak menjaga
kepentingan masyarakat Melayu di tanah airnya sendiri.
4.Di bawah Persekutuan 1948, status Tanah Melayu kekal sebagai negeri naungan dan
bukan sebagai tanah jajahan langsung British.

B. Isi-isi penting ( 20 markah )

Orang-orang Melayu menyambut baik pembentukan Persekutuan 1948 kerana,

1. Menggangap sebagai kejayaan hasil dari perjuangan mereka menumbangkan Malayan Union yang cuba

a. Menghapuskan kuasa dan kedudukan raja-raja Melayu.
b. Penghapusan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan tulisan jawi.
c. Dasar kerakyatan yang terlalu liberal berdasarkan prinsip Jus Soli kerana menyebabkan lebih ramai golongan imigran mendapat taraf kerakyatan dengan mudah.
d. Cara Harold Mac Michael mengancam dan menggugut raja-raja Melayu, jika tidak mahu menerima Malayan union.

2. Orang-orang Melayu menerima persekutuan Tanah Melayu kerana ia dilaksanakan secara rundingan yang turut melibatkan raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu yang diwakili UMNO.

3. Pembentukan Persekutan Tanah Melayu dilihat oleh orang Melayu sebagai tindakan British mengiktiraf mereka dari segi kedudukan dan hak istimewa mereka di negara sendiri.


4. Kandungan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai memenuhi perjuangan orang-orang Melayu menentang Malayan Union seperti

a. Melaksanakan konsep pemerintahan Raja berperlembagaan amatlah diharapkan oleh orang-orang Melayu kerana ia dianggap simbol ketamadunan masyarakat Melayu.
b. Perlindungan istimewa orang Melayu yang dianggap sesuatu yang amat perlu memandangkan bilangan kaum imigran yang agak ramai ketika itu.
c. Menggabungkan pentadbiran negeri-negeri Melayu dibawah satu unit menepati semangat dari perjuangan dan matlamat kongres persatuan dan pertubuhan Melayu ketika berusaha menumbangkan Malayan Union.
d. Syarat kerakyatan yang lebih ketat, dianggap jauh lebih baik daripada syarat kerakyatan Malayan Union yang dilihat sebagai hukuman oleh pihak British kononnya masyarakat Melayu bekerjasama dengan Jepun ketika zaman pendudukan Jepun.



5. Di bawah pentadbiran persekutuan, jawatan residen turut dimansuhkan dan digantikan dengan jawatan Menteri Besar yang terdiri daripada kaum Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar.

6. Penubuhan Majlis Undangan, Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Raja-raja dilihat memberi lebih banyak peluang untuk orang Melayu terlibat dalam urusan pentadbiran.


7. Tindakan memasukkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa Inggeris dianggap sebagai memenuhi matlamat untuk menjaga kepentingan bahasa Melayu.

8. Sehubungan itu penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 disambut dengan tangan terbuka yang kemudiannya merintih jalan ke arah pengenalan Sistem Ahli atau kabinet bayangan persekutuan Tanah Melayu seandainya diberi kemerdekaan kelak.


C. Kesimpulan ( 2 markah )

1. Orang-orang Melayu menyambut baik Persekutuan 1948 kerana menepati ciri-ciri
perjuangan mereka.
2. Walaupun kaum bukan Melayu tidak bersetuju sepenuhnya dengan penubuhan
Persekutuan 1948, namun mereka tetap menerimanya kerana kesediaan orang Melayu
menerima mereka sebagai rakyat Tanah Melayu.
3. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 akhirnya merintih jalan ke arah
perjuangan menuntut kemerdekaan.

Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...