cikgu YaTie



       Institusi perhambaan merupakan amalan kemasyarakatan yang telah diamalkan di Negeri-negeri Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Hamba dapat melambangkan pengaruh dan kekayaan seseorang pembesar pada ketika itu. Semakin ramai hamba yang dimiliki seseorang pembesar, ini menunjukkan semakin berstatus kedudukannya dalam masyarakat dan semakin kukuhlah kedudukan ekonominya. Sebelum kedatangan Barat hamba boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu hamba abdi, hamba berhutang, dan hamba raja.


1. Hamba raja.

Ø  Hamba raja biasanya terdiri daripada orang yang merdeka. Hamba raja juga dikenali sebagai budak raja atau digelar ‘ biduanda’ . Hamba raja lebih tinggi tarafnya berbanding dengan hamba lain terutamanya biduanda.

Ø  Hamba raja dan keturunannya akan menjadi hamba turun temurun. Mereka boleh dibebaskan dengan kerelaan dan budi bicara raja . Hamba raja juga  terdiri daripada kalangan mereka yang menghulurkan diri ( menyerahkan diri ) kepada raja setelah melakukan kesalahan jenayah berat dan kemudiannya meminta ampun daripada raja atau keramat raja dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun. Kebanyakan hamba raja merupakan orang tawanan perang atau banduan. Mereka boleh dibebaskan jika kedua-dua buah negara berbaik semula. Antara gelaran dayang-dayang, beti-beti dan perwara      (hamba perempuan )

2. Hamba Biasa.

Ø  Hamba biasa atau abdi atau sahaya terdiri daripada golongan orang suruhan yang khas dan mereka berasal daripada keturunan tersebut. Mereka menjadi hamba seumur hidup kepada golongan pembesar atau orang biasa yang kaya raya.

Ø  Golongan hamba jenis ini biasanya diperolehi daripada pembelian atau pertukaran sesama tuan punya hamba. Mereka akan menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya. Hamba biasa boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu.

1.    Hamba abdi

i.  Hamba abdi boleh dibahagi kepada beberapa jenis ;-

Ø  Hamba tawanan menjadi hamba setelah tertawan dalam peperangan. Hamba Diranggah iaitu hamba di kalangan orang bukan Islam seperti orang Batak , orang Asli dan penduduk bukan Islam dari Asia Tenggara yang diculik oleh perniaga hamba abdi atau mereka yang ditawan oleh lanun menjadi hamba.


Ø  Hamba Habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka terdiri adalah kulit hitam yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah . Hamba  ini juga diimport oleh saudagar-saudagar Arab dan kemudian di bawa ke Tanah Melayu.

Ø  Hamba Hulur ialah orang yang melakukan kesalahan jenayah dan menyerah diri sebagai hamba kepada pemerintah kerana tidak mampu membayar hutang darah atau denda.

Ø  Hamba Serah iaitu orang yang menjadi hamba kerana mereka menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberi makanan atau nafkah hidupnya. Anak hamba atau keluarga hamba iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba abdi.

Ø  Hamba Dengan iaitu hamba yang dibeli atau hamba yang dijual kepada pembeli lain tetapi mereka tidak bebas daripada status hamba.

Ø  Hamba Biduanda iaitu orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.


4. Hamba Berhutang.

Ø Hamba berhutang berasal daripada orang yang merdeka. Oleh sebab gagal membayar hutang dalam tempoh tertentu yang ditetapkan oleh pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan, mereka terpaksa menjadi hamba kepada pemiutang sehingga hutang mereka selesai. Isteri dan anak-anak orang yang tersebut juga akan menjadi hamba dan hendaklah tinggal bersama-sam pemiutang sebagai hamba tebusan. Taraf hamba akan luput apabila hutang tersebut selesai dijelaskan atau setelah tamat sesuatu tempoh perkhidmatan yang dipersetujui dengan pemiutang.
Ø Hamba berhutang akan mengerjakan segala suruhan tuan mereka seperti bercucuk tanam, melombong dan melakukan kerja-kerja rumah. Golongan bangsawan merupakan pihak yang paling banyak mempunyai hamba. Hamba berhutang boleh dibahagi kepada beberapa jenis iaitu.

a.    Orang Berhutang iaitu orang yang terikat dengan hutan dan akan dibebaskan selepas membayar hutangnya.
b.    Anak Emas iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan. Misalnya hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya.
c.    Hamba Waris iaitu isteri dan anak-anak kepada hamba berhutang.
d.    Hamba Bayar iaitu hamba abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain sebagai mambayar hutang tuannya.

 Ø  Hamba berhutang dapat juga dijeniskan mengikut bentuk perkhidmatan mereka. Mereka boleh dibahagikan kepada sistem mengiring dan sistem berbelah;

a.    Sistem mengiring ialah hamba berhutang memberi segala perkhidmatan kepada si pemiutang dan mereka berkhidmat sepenuh masa.
b.    Sistem berbelah pula hamba akan berkhidmat separuh masa atau sambilan kepada si pemiutang sehingga hutang mereka selesai. Melalui sistem ini hamba lebih bernasi baik kerana mereka masih dapat mencari pendapatan dan menabung berpeluang membebaskan diri dengan lebih cepat. Satu-satunya cara untuk cepat membebasken diri ialah dengan cara berjudi. Oleh sebab itu amalan berjudi menjadi amalan orang Melayu untuk membebaskan diri daripada menjadi hamba.

5. Peranan Hamba

Ø  Hamba abdi dan hamba berhutang biasa berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan ada yang berkhidmat sebagai pembantu rumah. Hamba berhutang juga terlibat dalam kegiatan produktif seperti kegiatan pertanian dan melombong bijih timah.

Ø  Hamba lelaki diberi tugas berat di luar rumah. Mereka sering digunakan untuk tujuan pertahanan negeri . Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti penanaman padi seperti membajak,menanam, menuai dan memugar hutan baru atau bertugas dilombong bijih timah. Hamba lelaki yang bernasib baik mungkin berpeluang mengikuti tuan mereka berdagang atau berniaga.

Ø  Hamba wanita biasanya membuat kerja-kerja rumah dan menjadi dayang-dayang kepada pemerintah. Tugas lain hamba wanita termasuklah sebagai tukang masak, mengasuh anak-anak kecil tuan mereka, mencuci, mengambil air, membelah kayu dan menganyam. Kadang kala mereka dihantar ke sawah untuk menuai padi. Ada juga hamba wanita dipaksa menjadi pelacur oleh tuannya bagi menambahkan pendapatan tuan mereka. Seorang hamba wanita juga dijadikan guntik oleh tuannya. Gundik ini mendapat taraf yang lebih tinggi daripada hamba-hamba lain. Jika hamba ini melahirkan anak hamba ini berhak dibebaskan.

 Kesimpulan

Sistem perhambaan telah menjadi suatu amalan tradisi dalam masyarakat Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Amalan perhambaan dapat menunjukkan ketinggian status dan kekayaan sesorang pemiliknya. Apabila kedatangan British di Tanah Melayu amalan perhambaan telah diharamkan oleh British. Ini telah menimbulkan kemarahan dan penentangan daripada pembesar-pembesar Melayu. Walau bagaimanapun, amalan perhambaan dapat dihapuskan oleh Britsih di Tanah Melayu sehingga kini.

      


0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...