cikgu YaTie



Pendahuluan :
      Perluasan kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.
        Perluasan kuasa British di Sabah bermula apabila seorang pegawai British yang  bernama  Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis.

Sarawak :
  1. 1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.
  2. James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.
  3. 1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.
  4. Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ.
  5. 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang  dan dari rejang ke Tanjung Kidurung.
  6. 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ.
Sabah :
        
  1. 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan.
  2. 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating , saudara  Sultan Israel Sulu.
  3. Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
  4. Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran  ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat di Hong Kong.
  5. Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent.
  6. Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentuk sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British.
  7. 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.

Kesimpulan :

       Perluasan di Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kumpulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur untuk pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain



0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...