cikgu YaTie


Pendahuluan:
1.     Menurut L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan negari.  Pada masa yang sama juga, kerajaan pusat mengekalkan
2.     kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
3.     Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu system pemusatan kuasa yang   
4.     Keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran
5.     Ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
6.     Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan
7.     Pusat dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.

klik pada tajuk........


Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat  
  1. Rasa tidak puas hati sultan-sultan -  Sultan-sultan telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung sahaja.  Di samping itu juga Majlis Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam, melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
  2. Penyatuan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.-  Hasrat Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran.  Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan tersebut kerana Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
  3. Kemelesetan ekonomi dunia tahun1920-an -  Bertujuan untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.  Keadaan ini bertambah meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
Disamping itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris.  Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri sendiri.
      4.   Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi. – Sir       
Lawrence Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral) telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan.

       5.  Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi sikap anti-Inggeris. -  Bertujuan 
Untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.

Langkah-langkah Pelaksanaan Dasar Desentralisasi.
  1. Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan kuasa pusat
  2. Antara cadangannya:  Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri. Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.
  3. Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.
  4. Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan proses Desentralisasi.

Kesimpulan:
Walaupun berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...