cikgu YaTie

SEJAUH MANAKAH PERASAAN TIDAK PUASHATI GOLONGAN PEMERINTAH MENYEBABKAN TERCETUSNYA KEBANGKITAN MASYARAKAT PERIBUMI TERHADAP PENTADBIRAN BRITISH DI PERAK DAN PAHANG PADA PENGHUJUNG ABAD KE-19.

A) PENGENALAN. (2@3 M)
Sistem Residen yang merupakan satu sistem pentadbiran secara tidak langsung di Negeri-Negeri Melayu mula diperkenalkan di Perak pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor. Menjelang tahun 1888, Sistem Residen telah dilaksanakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem Residen yang dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu pada penghujung abad ke-19 telah mendapat tentangan hebat masyarakat peribumi terutamanya di Perak dan Pahang.
Faktor terpenting tercetusnya penentangan terhadap Sistem Residen di Perak dan Pahang ialah perasaan tidak puas hati golongan pemerintah. Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi penentangan orang Melayu terhadap Sistem Residen di Perak dan Pahang pada penghujung abad ke-19.

B) ISI (20 M)
FAKTOR PENENTANGAN DI PERAK. (10 M)

1.Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.

a.Perlantikan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak selepas 10 bulan Perjanjian Pangkor dan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Sultan Abdullah tidak puas hati.
b.Tindakan Birch membatalkan hak pungutan cukai Sultan Abdullah dan pembesar Perak tanpa bayaran ganti rugi yang mencukupi.
c.Penghapusan sistem pengabdian hutang menimbulkan kemarahan Sultan dan pembesar Perak.
d.Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee seorang saudagar Singapura hak memungut cukai kastam di hilir Sungai Perak selama 10 tahun dengan nilai 26,000 ringgit setahun.
e.Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak. Justeru itu Raja Ismail enggan menyerahkan peralatan kebesaran DiRaja Perak yang perlu bagi pertabalan seorang Sultan kepada Raja Abdullah.
f.Ngah Ibrahim tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai pembesar Larut. Beliau tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu kerana terpaksa mematuhi nasihat penolong Residen iaitu Kapten Speedy.
g.Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Sultan Abdullah dan pembesar Perak enggan bekerjasama dengan Birch, malahan mereka telah bersatu menentangnya.
h.Faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintah bukanlah merupakan faktor tunggal orang Melayu Perak menentang pentadbiran British, malahan terdapat juga faktor-faktor lain.
2.Kelemahan peribadi Birch.
a.J.W.W. Birch tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai adat-istiadat orang-orang Melayu.
b.Birch juga tidak tahu berbahasa Melayu.
c.Birch juga bersikap sombong dan bongkak dan menganggap dirinya sahaja yang bijak dalam pentadbiran.
d.Birch tidak menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berhubung dengan Sultan dan pembesar Melayu. Birch juga seringkali membelakangi Sultan Abdullah ketika mengeluarkan arahan atau perintah.
e.Dalam usaha untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan baru, Birch seringkali bertindak keterlaluan dan biadap.

3.Perasaan tidak puas hati rakyat.
a.Birch juga turut memperkenalkan beberapa peraturan baru di Perak yang telah menimbulkan kemarahan rakyat.
b.Antaranya Birch telah memperkenalkan cukai baru ke atas bot dan padi.
c.Penduduk-penduduk Perak juga diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu, dan mengambil daun nipah.
d.Birch juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi memastikan peraturan baru dipatuhi.

4.Kesilapan Sir William Jervois.
a.Sir William Jervois telah dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Mei 1875 bagi menggantikan Sir Andrew Clarke.
b.Beliau telah membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negeri Perak melalui perlantikan pegawai British atas nama Sultan.
c.Sultan Abdullah dan pembesar Perak akan dibayar pencen yang memuaskan bagi penyerahan kuasa pentadbiran Perak.
d.Pada 11 September 1875, beliau mendesak Raja Ismail supaya menyerahkan peralatan kebesaran Diraja Perak kepada beliau tetapi ditolak oleh Raja Ismail.
e.Sir William Jervois juga memaksa Sultan Abdullah menyerahkan kuasa pentadbiran Perak kepada pegawai Inggeris. Sultan Abdullah akhirnya terpaksa menandatangani pengisytiharan penyerahan pentadbiran Perak kepada British pada 2 hb. Oktober 1875.

FAKTOR PENENTANGAN DI PAHANG. (10 M)

1.Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah.
a. Pengenalan sistem Residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkan Sultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistimewaan. Semua keputusan dalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh Residen. Sultan hanya menandatangani surat-surat perintah sahaja.
b. Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik putera sulongnya iaitu Tengku Mahmud sebagai pemangku Raja yang berkuasa penuh.
c. Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889.
d. Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiran masing-masing.
e. Penubuhan daerah – daerah baru yang diletakkan di bawah pentadbiran pegawai British yang digelar sebagai pemungut cukai dan majistret telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah.
f. Tindakan Residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai penasihat Sultan dalam Majlis Penasihat Istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.
g. Dato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan ditawarkan elaun sebanyak 70.00 ringgit sebulan. Beliau juga menentang penubuhan balai polis di Lubuk Trua tanpa kebenarannya.
h. Sementara Tok Gajah tidak puas hati apabila rayuannya untuk menambahkan elaun dan penangguhan cukai tanah kepada orang Melayu ditolak oleh Majlis Mesyuarat Negeri.
i. Tok Raja pula tidak pula hati mengenai syarat yang dikeluarkan oleh Sultan atas arahan Residen mengenai tanah yang tidak bertuan akan dipajak oleh pelombong British.

2.Perasaan tidak puas hati rakyat.
a.Pengenalan beberapa peraturan baru oleh British di Pahang menyebabkan rakyat tidak puas hati.
b.Antaranya pengenalan sistem lesen dan permit bagi memungut hasil hutan, tidak dibenarkan memakai keris, mengenakan cukai ke atas tanah yang diperolehi dan melaksanakan sistem kerah bagi projek-projek awam selama 2 bulan dalam setahun.

3.Sentimen bencikan orang asing dalam kalangan rakyat.
a. Tidak puas hati dengan kehadiran orang asing terutamanya pasukan polis yang terdiri daripada orang-orang Sikh dan orang Eropah serta Cina yang terlibat dalam perusahaan perlombongan.
b. Sikap sombong dan jahil orang asing terhadap adat resam tempatan telah menyinggung perasaan orang-orang Melayu.
c.Perasaan anti-asing jelas terlihat apabila Dato Bahaman dan Mat Kilau seringkali menyerang pedagang Cina di Pahang.

4.Penahanan beberapa orang Melayu.
a.Penahanan orang-orang Melayu oleh pasukan polis British atas kesalahan memungut hasil hutan tanpa permit merupakan sebab serta merta meletusnya kebangkitan Rakyat Pahang.

5.Kelemahan peribadi J.P. Rodger.
a. J.P. Rodger seorang yang tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan dengan Sultan Ahmad dan pembesar Pahang.
b. Beliau telah bertindak melaksanakan pelbagai peraturan baru tanpa menghiraukan perasaan Sulatan, pembesar dan rakyat Pahang.

C)KESIMPULAN (2@3 M)
Jelaslah bahawa faktor perasaan tidak puas hati golongan pemerintahan merupakan faktor terpenting meletusnya penentangan masyarakat peribumi Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19. Walaubagaimana ada faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada penentangan masyarakat tempatan di negeri-negeri tersebut. Kesan daripada reaksi masyarakat tempatan yang menentang hegemoni British, memaksa British kemudiannya berhati-hati dalam urusan pentadbiran di NNM.
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...