cikgu YaTie
cikgu YaTie
cikgu YaTie
Bincangkan pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
cikgu YaTie
Pendahuluan:
- Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.
- Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan.
Isi:
Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di
Sabah.
- Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran.
- Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.
- Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah.
- Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat daerah.
- SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
- Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
- Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.
- Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah.
Pentadbiran
Keluarga Brooke di Sarawak.
- Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja.
- Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.
- Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak.
- Majlis Negeri jugga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
- Bagi memudahkan pentadbiran , keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.
- Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi.
- Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
- Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
- Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British.
- Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak.
Kesimpulan:
Kedua-dua pihak
mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran mereka mendapat tentangan
daripada masyarakat tempatan.
Sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan langkah-langkah ke arahnya di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
cikgu YaTie
Pendahuluan:
1.
Menurut
L.A.Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa
pentadbiran, perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat
kepada kerajaan negari. Pada masa yang
sama juga, kerajaan pusat mengekalkan
2. kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan pentadbiran dan kestabilan
kewangan”.
3. Pembentukan Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu system pemusatan kuasa
yang
4.
Keterlaluan
di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran
5.
Ditadbirkan
dibawah Jabatan-jabatan Persekutuan di Kuala Lumpur.
6.
Dasar
desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha untuk mengurangkan kuasa kerajaan
7.
Pusat
dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.
klik pada tajuk........
Kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1874 hingga 1921 dari segi politik.
cikgu YaTie
Pendahuluan
:
- sebelum 1874 , British mengamalkan dasar tidak campur tangan tetapi sedikit sebanyak telah terlibat secara tidak langsung dalam hal ehwal politik tempatan kerana kepentingan ekonomi mereka
- Mulai 1874, British mula mengubah dasarnya demi melindungi kepentingan perdagangan saudagar negeri-negeri Selat dan beberapa factor lain seperti takutkan campur tangan kuasa asing , perubahan politik di Britain dan sebagainya.
- Dengan menggunakan alasan-alasan tertentu British mula campur tangan di Perak, Selangor , Negeri sembilan dan Pahang.
baca lagi.........
Situasi politik dan ekonomi yang tidak stabil telah mempengaruhi British campur tangan di Perak pada tahun 1874.
cikgu YaTie
Pendahuluan
Negeri Perak merupakan negeri pertama British campur tangan di Tanah Melayu. Negeri Perak menjadi
semakin penting selepas bijih timah
ditemui oleh Long Jaafar. Penemuan bijih timah menyebabkan ramai orang China
telah berhijrah ke Perak terutamanya di Larut. Kedatangan orang Cina telah
menyebabkan berlaku perebutan kawasan
bijih timah. Keadaan diburukkan lagi apabila berlakunya perebutan takhta di kalangan
putera-putera raja. Situasi yang tidak stabil ini telah menjejaskan kestabilan dari segi politik dan ekonomi di
Perak. Suasana yang tidak stabil ini menyebabkan British mengambil kesempatan untuk campur
tangan di Perak.
1.
Masalah perebutan takhta.
Ø Masalah perebutan tahta di Perak
kerana tidak ada sistem penggantian sultan secara automatik atau warisan. Ini
disebabkan Perak mengamalkan sistem giliran. Mengikut sistem ini, tiga orang
keluarga diraja akan berkongsi hak untuk menaiki tahta kerajaan. Keluarga akan
mencalon seorang putera yang bakal menaiki tahta melalui satu pusingan. Menurut
sistem ini, seseorang bakal sultan sepatutnya memegang jawatan Raja Di Hilir,
Raja Bendahara dan Raja Muda sebagai Sultan.
Ø Masalah timbul apabila sistem giliran
tidak diikuti dengan betul. Terdapat pembesar yang berpengaruh sering campur
tangan dalam soal pelantik sultan baru. Oleh itu, terdapat bakal penganti
sultan diketepikan tanpa alasan yang munasabah.
baca lagi......
perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara.
cikgu YaTie
- Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.
- Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).
1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)
a. Sebab:
i. Khabar
angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk
memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
ii.
Terusan
ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.
baca lagi.......
cikgu YaTie
Pendahuluan :
Perluasan kuasa
British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James Brooke
sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di
Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau
menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.
Perluasan kuasa British di Sabah bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis.
Perluasan kuasa British di Sabah bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada 1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur Kimanis.
Sarawak :
- 1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.
- James Brooke mendapat tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.
- 1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.
- Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk menjaga keamanan di situ.
- 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan, Krian, Sekrang dan dari rejang ke Tanjung Kidurung.
- 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ.
Sabah :
- 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan.
- 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan dimusnahkan oleh Datu Tating , saudara Sultan Israel Sulu.
- Kemudian John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- Sebelum syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat di Hong Kong.
- Torey cuba memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan, lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent.
- Overback dan Dent memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentuk sebuah Syarikat British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British.
- 1881, Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.
Kesimpulan :
Perluasan di Sarawak lebih mendapat
penentangan oleh kumpulan pribumi berbanding Sabah . Manakala pentadbiran di
Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka bumi yang kurang subur
untuk pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain
cikgu YaTie
Pengenalan
Istilah peluasan kuasa asing
sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa
pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal
pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya
juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan
merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan
kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan.
Latar belakang peluasan kuasa asing
1.
Tanah Melayu
Selalunya, peluasan kuasa
asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat
seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku
sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang
ditandatangani.
Semenjak awal abad ke-16,
Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan
kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di samping
pengenalan beberapa unsur asing yang sedikit sebanyak telah meresap ke dalam
budaya orang Melayu.
Kehadiran kuasa Belanda juga memberi kesan
terhadap Tanah Melayu. Kuasa ini menggantikan kuasa Portugis di Melaka tetapi
tidak seperti Portugis, mereka hanya menumpukan perhatian dalam hal-hal
ekonomi.
British merupakan kuasa asing yang memberi
pengaruh yang paling kuat dalam hal pentadbiran dan segala aspek yang lain.
Pada awalnya, mereka hanya bertujuan untuk menjalankan kegiatan ekonomi, namun
atas dasar keutamaan dengan China, maka mereka pun mula menukar dasar mereka
daripada tidak campur tangan kepada campur tangan.
2.
Sarawak
Peluasan kuasa asing di Sarawak lebih
merujuk kepada pihak British di mana seorang bekas tentera Syarikat Hindia
Timur Inggeris (SHTI), James Brooke telah dilantik oleh Pangeran Muda Hashim
sebagai “Raja Sarawak”. Kedudukannya ini kemudian diperturunkan kepada anaknya.
Apabila sampai ke tangan Vyner Brooke, baginda telah menyerahkan kuasanya
kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri dengan
pengisytiharaan Perlembagaan Sarawak pada tahun 1941. Kemudian, Sarawak manjadi
tanah jajahan British pada tahun 1946.
3.
Sabah
Pada mulanya, Amerika
berdagang dengan Sabah melalui perjanjian yang dibuat pada tahun 1850. Melalui
perjanjian, C. Lee Moses mendapat tanah pajakan daripada Sultan Brunei. Moses
telah memberikan tanah tersebut kepada William Torrey. Beliau mengusahakan
tanaman kopi tetapi tidak berjaya dan kawasan itu dijual kepada Baron Von
Overbeck dan Alfred Dent. Kompeni Overbeck and Dent kemudian membentuk kompeni
British untuk menarik palabur British. Overbeck tidak dapat menyertai kompeni
ini kerana dia bukan rakyat British. Dent mendapat piagam daripada British dan
sebuah kompeni yang bernama Kompeni Berpiagam Borneo Utara ditubuhkan pada tahun
1881. Kompeni memerintah Sabah sehingga tahun 1946 kemudian diserahkan kepada
Kerajaan British.
Mekantilisme
Mekantilisme merupakan satu
dasar di mana kekayaan diukur dengan wang emas dan perak dan objektif utamanya
adalah untuk meningkatkan kuantiti wang dan galian berharga dalam sesebuah
negara. Mengikut pengertian Thomas, mekantilisme ialah konsep di mana hendak
menjadikan sesebuah negara itu kaya dan kuat; menjadi semakin kaya setiap tahun
disebabkan oleh negara lain.
Kemakmuran yang dimaksudkan oleh
golongen mekantilisme ialah berdasar kepada penduduk yang ramai, pekerjaan yang
menguntungkan bagi seluruh penduduk semata-mata.
Secara ringkas, mekantilisme
merupakan dasar yang mementingkan 3K iaitu kekuasaan, kekayaan dan kebajikan.
Kekayaan diperolehi dengan mengusai koloni dan mengadakan imbangan perdagangan
yang memihak kepada negara induk. Kekuasaan pula diperolehi dengan membesarkan
angkatan tentera, memajukan industri perkapalan dan mengadakan akta perkapalan
yang menafikan hak berdagang di koloni untuk kuasa-kuasa asing. Kebajikan
rakyat dalam negara induk pula diperolehi dengan meluluskan akta-akta yang
dapat meningkatkan produktiviti negara antaranya Apprentice Act 1563 dan Poor
Law 1600 di England.
Imperialisme
Imperialisme ialah dasar
atau tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke
atas negara-negara lain. Seperti dasar mekantilisme, imperialisme juga
merupakan satu bentuk penjajahan malah ia lebih jelas kerana ia melibatkan
kuasa politik dan pemerintahan yang secara langsung meragut kedaulatan sesebuah
negara atau kerajaan. Dalam erti kata yang lain, hak untuk mentadbir dan
menguasai sesuatu kumpulan masyarakat telah diambil alih oleh satu lagi kuasa
baru iaitu kuasa imperialis. Kita juga boleh mengatakan bahawa dasar imperialis
itu bermula atau berasaskan kepada konsep mekantilisme.
Kolonialisme
Kolonialisme
merupakan satu dasar menguatkuasakan atau mengekalkan kekuasaan atau
pemerintahan atas negeri jajahannya. Dengan kata lain, kolonialisme bermaksud
tindakan menjajah negara lain. Kalau imperialis hanyalah meletakkan
kekuasaannya terhadap sesebuah negara atau kerajaan itu, kolonialisme pula
adalah tindakan yang mencampuri hal-hal dalaman negara atau kerajaan yang telah
dijajah itu. Maknanya konsep kolonialisme itu merupakan lanjutan kepada usaha
imperialisme dalam erti kata pengukuhan kepada usaha penjajahan.

