cikgu YaTie



• Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak.
• Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan rakyat dan hamba.
• Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis.
• Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran
• Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
• Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
• Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
• Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
• Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
• Boleh memecat pembesar

b. Sebagai Ketua Agama Islam
• Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
• Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
• Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
• Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam
• Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat
• Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
• Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
• Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
• Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hukum

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan
• Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
• Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang dikenali sebagai Bahasa Istana
• Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
• Mempunyai cop mohor atas nama baginda
• Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
• Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos
• Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
• Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
• Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
• Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
• Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang

f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat
• Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
• Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
• Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
• Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah

g. Dibantu oleh Pembesar
• Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
• Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
• Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti Orang Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua
• Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
• Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar
• Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
• Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan para embesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
• Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar
• Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan dalam negeri
• Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja, membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negara daripada ancaman

• Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat, mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunya daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraan rakyat
• Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
• Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan pemilihan takhta sultan
• Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antara satu dengan yang lain.

 Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Campurtangan British di Tanah Melayu bermula pada 1874, menyebabkan berlakunya perubahan terhadap kuasa sultan.





















0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...