cikgu YaTie

Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Bincangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi  dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan British. [25 M]
2. Jelaskan struktur lapisan masyarakat Melayu sebelum perluasan kuasa Barat di Tanah Melayu.[25 M]
3. Terangkan faktor-faktor disentralisasi di Negeri-Negeri Melayu sehingga tahun 1939.[25 M]
4. Sejauh manakah peranan H.N. Ridley menjadi faktor pencetus perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.[25 M]
5. Jelaskan dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941hingga 1945.
[25 M]
6. Huraikan sistem pemerintahan di Malaysia sehingga tahun 1963. [25 M]
Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja.
7. Bincangkan perlaksanaan adat yang diamalkan di India dan Indonesia sebelum kedatangan Barat.[25 M]
8. Jelaskan dasar pintu tertutup (isolasi) yang diamalkan di Jepun dan Vietnam terhadap kuasa Barat pada abad ke 19.[25 M]
9. Huraikan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Bowring 1855 ke atas Negara China dan Thailand pada abad ke 19.[25 M]
10. Bandingkan usaha pemodenan yang dibuat oleh Maharaja Meiji (1868-1912) di Jepun dengan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Thailand.[25 M]
11. Bincangkan faktor-faktor yang membawa meletusnya Revolusi China 1911 Revolusi Siam  1932.[25 M]
12. Bincangkan perkembangan politik di Filipina dan Thailand selepas Perang Dunia Kedua.[25 M]



Soalan 1
Bincangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam
sistem politik Melayu sebelum campur tangan British
PENDAHULUAN ( 3 markah)
- Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat meletakkan sultan sebagai
kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan.
- Sultan berkuasa dalam politik, ekonomi dan sosial dan dibantu oleh golongan pembesar.
- Sultan dibantu golongan pembesar yang dilantik melalui pengurniaan surat tauliah.
- Sultan mendapat kesetiaan sepenuhnya daripada golongan pembesar dan rakyat.
ISI (20 markah)
i. Sebagai ketua pentadbir
- Ketua pemerintahan, berkuasa mutlak dan berkuasa melantik pembesar untuk membantu
urusan pentadbiran negeri.
- Pemusatan kuasa di tangan sultan dan pembesar hanya berkuasa di wilayah penguasaannya
sahaja.
- Rakyat memberikan sepenuh kesetiaan kepada sultan dan tidak boleh menderhaka.
- Arahan sultan dilakukan tanpa bantahan.
ii. Sebagai ketua agama Islam
- Ketua agama Islam dalam negeri pemerintahannya.
- Dilambangkan sebagai khalifah ataupun pembantu Allah di bumi dan menaungi masyarakat
Melayu.
- Berperanan menyebarkan agama Islam dan menyelesaikan permasalahan yang berkaitan
dengan agama Islam di dalam negeri dan tanah jajahan.
- Golongan ulama menjadi penasihat dalam hal ehwal agama Islam.
- Istana merupakan saluran perkembangan agama Islam.
iii. Hak keistimewaan
- Dapat membezakan raja dengan rakyat biasa.
- Penggunaan bahasa dalam seperti bersiram. Rakyat biasa tidak boleh menggunakannya.
- Alat-alat kebesaran seperti pedang, lembing dan ketur. Alat-alat ini dibawa dan diletakkan di
sebelah raja semasa raja bersemayam di balairong seri.
- Memiliki cop mohor yang menjadi lambang kekuasaan raja yang memerintah.
- Nobat menjadi alat muzik rasmi raja dan dimainkan semasa upacara rasmi seperti
pertabalan, perkahwinan, kemangkatan dan kelahiran.
940/2
4
iv. Konsep daulat
- Daulat menjadi pemisah antara sultan dengan rakyat.
- Raja mempunyai daulat dan rakyat tidak boleh menderhaka kerana akan dikenakan
hukuman atau ditimpa tulah.
- Daulat mengikat kesetiaan rakyat kepada sultan.
- Daulat merupakan kebolehan istimewa dan kewibawaan sultan untuk memerintah dengan
berkesan.
v. Unsur mitos
- Sultan Melayu diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka yang dikaitan dengan tokoh
Iskandar Zulkarnain.
- Sebelum kedatangan Islam institusi beraja dipengaruhi agama Hindu-Buddha iaitu konsep
dewaraja (raja dikaitkan dengan jelmaan dewa).
- Bertujuan untuk mengangkat status sultan dan menunjukkan ketokohan sultan yang
berdaulat.
- Sistem beraja ini kemudian diwarisi oleh kerajaan seperti Perak, Pahang dan Johor.
vi. Sistem serah dan kerah
- Sultan berkuasa memungut cukai di kawasan yang ditadbir.
- Sultan berhak mengarahkan rakyat melakukan pekerjaan untuk sultan tanpa upah dalam
tempoh masa tertentu.
- Sistem ini dapat membezakan status dalam masyarakat Melayu.
- Sistem ini membuktikan kesetiaan rakyat kepada raja.
vii. Hubungan saling bergantungan antara raja dengan pembesar
- Pelantikan pembesar melalui cop mohor daripada raja.
- Pelantikan ini dapat membantu raja mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan
ekonomi dan sosial kawasan pemerintahan masing-masing.
- Kedudukan raja dikukuhkan dengan sokongan pembesar.
- Pembesar membekalkan tenaga kerja untuk keperluan raja.
- Berlaku pengkhususan dengan raja menumpukan kepada kerajaan pusat, mengadakan
hubungan luar dan menyatukan rakyat.
- Pembesar pula berperanan membantu raja mengekalkan keamanan, kesejahteraan negeri
dan membantu raja dalam pemerintahan.
KESIMPULAN (2 markah)
- Sebelum kedatangan Barat, sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu mempunyai kedudukan
yang tinggi dalam sistem pemerintahan dan mendapat sokongan padu daripada pembesar
dan rakyat jelata.
- Pengukuhan kuasa sultan penting bagi menjamin kedudukan baginda sebagai ketua Negara.
- Kuasa sultan semakin hilang apabila Barat mula campur tangan dalam pemerintahan di
Tanah Melayu.
940/2
5
Soalan 2
Jelaskan struktur lapisan masyarakat Melayu sebelum perluasan kuasa Barat di Tanah Melayu.
Pengenalan (3 markah)
a. Masyarakat Melayu tradisional merupakan masyarakat feudal dan bercorak hieraki.
Terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
b. Golongan pemerintah terdiri daripada kumpulan kecil tetapi mempunyai kuasa dan
pengaruh yang besar. Mereka terdiri daripada raja/sultan, kerabat diraja, pembesar dan
ulama.
c. Golongan yang diperintah merupakan golongan yang paling ramai bilangannya. Golongan ini
terdiri daripada orang merdeheka dan hamba.
ISI (20 markah)
GOLONGAN PEMERINTAH
a. Raja/Sultan/Yang Dipertuan Besar
- Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri dan mempunyai kuasa dalam menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran.
- Mentadbir negeri dengan bantuan kerabat dan pembesar.
- Menyatukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
- Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata.
- Konsep daulat dan derhaka memperkukuhkan kuasa raja.
- Mempunyai keistimewaan tertentu seperti warna kuning, bahasa dalam, cop mohor diraja dan alat-alat kebesaran.
b. Kerabat diraja
- Kedudukan kedua selepas raja dan mempunyai gelaran tertentu seperti raja, tengku dan wan.
- Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung atau adinda sultan jika tiada putera.
- Putera sultan dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan takluk.
- Mempunyai keistimewaan sama seperti raja tetapi tidak melebihi keistimewaan raja.
c. Golongan bangsawan dan pembesar
i. Golongan bangsawan
- Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat.
- Membantu sultan dalam pemerintahan dan pentadbiran.
- Menjadi pembesar di daerah-daerah tertentu.
ii. Pembesar
- Bukan kerabat diraja tetapi rakyat biasa yang dinaik taraf dan dilantik secara turun-temurun.
- Dikenali sebagai keturunan baik-baik.
- Dilantik melalui pemberian surat tauliah oleh sultan.
- Memegang jawatan seumur hidup.
- Memberikan kesetiaan sepenuhnya kepada sultan.
- Berkuasa penuh dalam kawasan pentadbirannya.
- Berkedudukan penting dalam pemerintahan kerajaan.
- Perantaraan antara sultan dengan rakyat.
- Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pentadbirannya.
- Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di kawasannya.
- Membekalkan tenaga buruh kepada raja melalui sistem serah dan kerah.
iii. Golongan ulama
- Berketurunan Arab Melayu dan berasal dari Asia Barat, India dan Pulau Jawa.
- Merupakan pakar dalam hukum hakam Islam dan memegang jawatan kadi, mufti, imam,
khatib dan guru agama.
- Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional.
- Menasihati raja tentang hukum syarak dan hal ehwal agama.
iv. Golongan pendeta
- Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah diraja.
- Jadi pakar rujuk kepada raja dan kalangan istana serta menjadi penulis diraja.
GOLONGAN DIPERINTAH
Golongan merdeheka terbahagi kepada dua kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing
i. Rakyat biasa
- Bebas menjalankan kegiatan ekonomi seperti berdagang, berniaga, menangkap ikan,
melombong, dan menjadi tukang mahir.
- Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran.
- Memberi ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada sultan.
- Dikenakan sistem serah dan kerah.
ii. Rakyat asing
- Orang bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu dan tinggal sementara sahaja dan pulang
ke negeri asal setelah urusan mereka selesai.
- Mereka terdiri daripada pedagang, perantau, santeri dan mubaligh.
- Terlibat dalam kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
- Terdapat rakyat asing yang menetap terus setelah berkahwin dengan masyarakat tempatan.
- Mereka tidak diwajibkan mengamalkan dan mematuhi tradisi kebudayaan masyarakat
tempatan.
940/2
7
iii. Golongan hamba
- Menduduki hieraki yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat.
- Menyediakan tenaga manusia bagi menjalankan pelbagai kerja dalam masyarakat.
- Menyumbangkan tenaga untuk menambahkan harta tuannya.
- Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
a. Hamba raja
- Menjadi hamba raja dilindungi dan ditanggung sepenuhnya oleh raja.
- Berkedudukan lebih tinggi daripada hamba lain.
- Bekas tawanan perang/banduan.
b. Hamba berhutang
- Gagal membayar hutang.
- Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan selepas itu mereka bebas.
c. Hamba biasa
- Menjadi hamba seumur hidup.
- Tiga jenis hamba biasa iaitu hamba abdi, hamba yang dibeli dan biduanda.
KESIMPULAN (2 markah)
- Wujudnya susun lapis masyarakat dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional untuk
mudah membezakan kedudukan pemerintah dengan golongan diperintah.
- Perbezaan kedudukan melahirkan satu penghormatan antara golongan pemerintah dengan
golongan diperintah.
- Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
- Namun begitu susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan
British.
940/2
8
Soalan 3
Terangkan faktor-faktor dan langkah-langkah disentralisasi di Negeri-Negeri Melayu sehingga
tahun 1939.
PENDAHULUAN (3 markah)
a. Merupakan proses pemulangan kuasa pentadbiran, perundangan dan kewangan secara
berperingkat-peringkat daripada kerajaan pusat kepada kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu.
b. Ini adalah ekoran pembentukan Persekutuan 1896 yang menyaksikan Residen Jeneral
bertindak sebagai ketua kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran NNMB.
c. Kedudukan sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri terjejas kerana hanya berkuasa dalam hal
berkaitan adat dan agama Islam sahaja.
d. Proses ini dijalankan secara berperingkat-peringkat . Namun begitu kerajaan pusat masih
berkuasa dalam memastikan keselarasan pentadbiran dan kewangan.
ISI
FAKTOR-FAKTOR DISENTRALISASI (20 markah)
i. Rasa tidak puas hati sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
- Sultan-sultan NNMB tidak berpuas hati dengan penubuhan Majlis Mesyuarat
Persekutuan(MMP) kerana pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral. Sultan-sultan di
NNMB tidak berkuasa seperti sultan-sultan di NNMTB.
- Kedudukan sultan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 semakin rendah kerana tidak
mempunyai undi pemutus.
- Pengerusi MMP ialah Pesuruhjaya Tinggi British dan majlis berkenaan boleh menjalankan
peranannya tanpa kehadiran sultan.
ii. Kemelesetan ekonomi dunia 1920-an
- Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1921 hingga 1923 turut menjejaskan ekonomi
Tanah Melayu dan kesannya kerajaan Persekutuan mengalami krisis kewangan yang teruk.
- Tambahan pula harga getah dan bijih timah turut mengalami kemerosotan.
- Kerajaan Persekutuan terlalu banyak menggunakan wang untuk mentadbir kerajaan pusat
kerana Pesuruhjaya Tinggi British dan Ketua Setiausaha mempunyai kuasa dalam
membelanjakan wang.
- British berpendapat cara terbaik mengatasi masalah ini dengan cara melakukan pengagihan
kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
iii. Menarik minat Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) bergabung dengan Negerinegeri
Melayu Bersekutu (NNMB)
- British berhasrat menggabungkan NNMB dengan NNMTB yang diperolehi daripada Thailand
pada tahun 1909 di bawah satu unit pentadbiran.
- Sultan-sultan NNMTB tidak berminat menyertai Persekutuan kerana kebimbangan
kehilangan kuasa seperti sultan-sultan di NNMB.
- Bagi menarik minat sultan-sultan NMTB menyertai Persekutuan, pengagihan kuasa perlu
dilakukan.
940/2
9
iv. Masalah perebutan kuasa
- 1920-an berlaku pergeseran kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi (Sir Lawrence Guillemard)
dengan Ketua Setiausaha (Sir George Maxwell).
- Pergeseran kuasa ini telah mendorong Pesuruhjaya Tinggi untuk melakukan pengagihan
kuasa pusat.
- Ini bertujuan mengurangkan kuasa Ketua Setiausaha (nama lamanya Residen Jeneral).
v. Keinginan British membentuk Persekutuan Tanah Melayu
- Sir Cecil Clementi Smith telah menggantikan Sir Hugh Low sebagai Pesuruhjaya Tinggi pada
tahun 1930.
- Beliau berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang bersatu padu.
- Beliau mengamalkan dasar pengagihan kuasa pusat untuk menarik minat NNMTB bergabung
dengan NNMB.
- Beliau berpendapat pentadbiran bagi unit-unit yang berasingan adalah mahal dan kurang
cekap.
vi. Mengimbangi tekanan politik orang Cina
- Sebagai salah satu cara untuk mengimbangi tekanan-tekanan politik orang Cina.
- Sir Samuel Wilson (Setiausaha Rendah Tetap Tanah Melayu) telah melawat Tanah Melayu
pada 1932.
- Beliau berpendapat kerajaan British harus mengekalkan kuasa dan pengaruh sultan-sultan
Melayu bagi mengimbangi tekanan daripada orang Cina.
- Bagi beliau British harus memastikan kemajuan orang-orang Melayu.
vii. Masalah kemelesetan ekonomi dunia 1930-an
- Kemelesetan ekonomi dunia mengakibatkan krisis kewangan dan pengangguran di Tanah
Melayu kerana ekonomi Tanah Melayu bergantung kepada getah dan bijih timah.
- Pengeluaran getah tiruan yang berlebihan oleh Amerika Syarikat telah mengurangkan
pendapatan getah Tanah Melayu.
- Pengagihan kuasa dianggap sebagai cara untuk berjimat cermat dalam pentadbiran.
- Kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas beberapa jabatan termasuk kewangan setelah
kuasa diserahkan kembali kepada negeri.
viii. Tentangan daripada wakil-wakil sultan
- 1930-an dasar disentralisasi mendapat tentangan daripada wakil-wakil sultan.
- Sultan-sultan dan orang-orang Melayu tidak berpuas hati dengan cadangan Sir Guillermard
pada tahun 1927.
- Kedudukan sultan masih di tahap lama dan tiada perubahan.
- Wakil-wakil pembesar Melayu seperti Raja Chulan (Raja Di Hillir Perak) telah mengkritik
kelemahan-kelemahan pemusatan kuasa dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan.
- Orang Melayu mahukan pengagihan kuasa yang berkesan dilakukan.
- Akhbar Majlis, Majalah Guru dan Saudara memainkan peranan dalam mengkritik kelemahan
dasar disentralisasi 1927.

KESIMPULAN (2 markah)
- Pengagihan kuasa pusat bertujuan untuk menambahkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB.
- Usaha kerajaan British untuk melaksanakan dasar pengagihan kuasa tidak berjaya kerana
kurangnya sokongan daripada raja-raja Melayu dan penduduk tempatan serta serangan
tentera Jepun 1941.
- Matlamat British untuk menyatukan NNMB dan NNMTB hanya tercapai melalui Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Soalan 4
Sejauh manakah peranan H.N. Ridley menjadi faktor pencetus perkembangan perusahaan getah di
Tanah Melayu pada abad ke-20.
PENDAHULUAN (3 markah)
a. Peringkat awal, getah tidak mendapat sambutan daripada masyarakat tempatan kerana
getah berasal dari luar dan tidak pernah ditanam di Tanah Melayu.
b. Tambahan pula pokok getah memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasil.
c. Getah mula ditanam secara komersial pada pertengahan tahun 1890-an setelah
kemerosotan harga kopi di pasaran.
d. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah
Melayu antaranya ialah peranan yang dilakukan oleh H.N Ridley yang menjadi pemangkin
kepada perkembangan perusahaan getah.
ISI (20 markah)
i. Peranan H.N Ridley
- Pengarah Kebun Bunga di Singapura dan digelar H.N Ridley Gila atau H. N Ridley Getah’
kerana minatnya yang mendalam terhadap getah.
- Beliau mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam
getah.
- Memperkenalkan sistem torehan tulang ikan herring atau sistem ibedem yang berjaya
menghasilkan banyak susu getah tanpa merosakkan pokok dan memanjangkan jangka hayat
pokok.
- Memperkenalkan cara selamat mengangkut anak-anak getah dengan cara membungkusnya
menggunakan arang kayu yang lembab.
- Kesannya banyak ladang-ladang getah baru dibuka kerana anak-anak getah boleh diangkut
ke tempat yang jauh.
- Awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Sehingga tahun 1911 terdapat lebih
satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah menjadi
eksport utama Tanah Melayu.
ii. Kejatuhan harga kopi
- Pada tahun 1890-an harga kopi di pasaran merosot kerana pengeluaran kopi yang
berlebihan di Brazil dan serangan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk.
- Kesannya peladang mula beralih daripada tanaman kopi kepada tanaman getah.
- Kerajaan Perak telah menjual 32,000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam
di seluruh ladang di Tanah Melayu.
iii. Pemintaan yang tinggi
- Pasaran yang tinggi terhadap getah kerana kegunaannya yang meluas.
- Revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaan getah meningkat.
940/2
12
- Getah digunakan dalam industri pembuatan seperti membuat kasut, penebat elektrik, tayar,
alat-alat perubatan dan perabot.
- 1839 Goodyear mencipta kaedah “Vulcanization” untuk mengelakkan getah menjadi lembut
dan meleket apabila panas.
- Pada tahun 1888 J.B Dunlop telah mencipta tayar angin.
- Permintaan yang tinggi telah meningkatkan harga getah di pasaran dunia.
- Ini menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam secara besar-besaran.
- Ini menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat.
- Amerika Syarikat pembeli getah asli utama di dunia kerana perkembangan industri kereta.
iv. Bekalan tenaga buruh
- British telah membawa masuk secara beramai-ramai buruh dari India Selatan melalui
Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.
- Buruh India digunakan dalam sektor perladangan kerana mereka dibayar gaji yang rendah
dan boleh bekerja dengan lasak.
- British menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh
India secara terancang.
- Bekalan tenaga buruh yang mencukupi telah menyebabkan pemodal-pemodal Eropah
membuka ladang-ladang getah secara besar-besaran.
v. Dasar kerajaan British
- Pada tahun 1897 cukai sebanyak 10 sen dikenakan bagi seekar tanah tanaman getah 10
tahun pertama. Selepas itu cukai dinaikkan kepada 50 sen seeker.
- Duti ke atas tanaman getah hanyalah 2.5% bagi setiap 15 tahun yang pertama.
- Pada tahun 1904 kerajaan British menyediakan pinjaman khusus kepada para pelabur getah
- British memberi hak milik kekal kepada pelabur-pelabur yang membuka tanah untuk
tanaman getah.
vi. Penyelidikan getah
- Pada tahun 1899 sebanyak $4000 diperuntukkan untuk tujuan penyelidikan getah.
- 1905 Jabatan Pertanian ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk membuat penyelidikan terhadap
jenis-jenis pisau toreh, masa torehan, jarak tanaman anak getah dan jenis tanaman tutup
bumi yang sesuai bagi pokok getah.
- 1926 Institut Penyelidikan Getah (RRIM) ditubuhkan bagi tujuan penyelidikan dan berjaya
menemui cara tanaman getah saintifik, klon-klon getah yang bermutu dan mengawal
serangan penyakit getah.
vii. Penglibatan pelabur Eropah
- Penglibatan pelabur-pelabur Eropah dan Cina telah menyumbang kepada perkembangan
perusahaan getah.
- Peranan mereka dalam perkembangan perusahaan getah menyebabkan Tanah Melayu
menjadi penyumbang setengah daripada bekalan getah dunia.
- Antara pelabur-pelabur Eropah yang utama ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby dan Harisson
and Crosfield.

KESIMPULAN (2 markah)
- Tanaman getah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar getah utama dunia kesan
daripada peranan yang dimainkan oleh H.N Ridley.
- Walau bagaimanapun harga getah mula jatuh di pasaran sekitar tahun 1920-an dan 1930-an,
akibat kemerosotan ekonomi di dunia.
- Kerajaan British telah mengambil bebarapa langkah bagi mengatasi masalah ini.

Soalan 5
Jelaskan dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga
1945.
PENDAHULUAN (3 markah)
a. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 hingga 12 September
1945.
b. Jepun menyerang Tanah Melayu kerana kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi
keperluan sektor perindustrian dan ketenteraan.
c. Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di Tanah
Melayu.
DASAR-DASAR PEMERINTAHAN JEPUN (12 markah)
i. Dasar Politik
- Jepun melaksanakan corak pemerintahan ketenteraan di Tanah Melayu. Tanah Melayu
diletakkan di bawah pemerintahan tentera yang berpusat di Singapura yang diketuai oleh
Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita.
- Peringkat awal pemerintahan Jepun bercorak keras dan zalim. Selepas Jun 1943 Jepun mula
bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan sokongan.
- Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian :
a. Pentadbiran Negeri-negeri Selat dijalankan oleh Gabenor yang berpusat di Singapura.
Nama Singapura ditukar kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan.
b. Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai Malai Baru. Tanah
Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor.
c. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera telah disatukan sehingga tahun 1943.
- Ogos 1943 NNMU telah diserahkan kepada Thailand selaras dengan perjanjian 11 Disember
1941 sebagai membalas jasa Thailand membenarkan Jepun melalui negara itu untuk
menyerang Tanah Melayu
- Pemerintahan Jepun telah menubuhkan tiga jenis pasukan perisikan tentera untuk tujuan
keselamatan.
a. Kempetai - tentera Jepun yang menjadi perisik untuk mendapatkan maklumat berkaitan
masyarakat dan mereka ini sangat kejam kerana membunuh ramai orang Melayu yang
disyaki sebangai anti-Jepun.
b. Tekikan-tentera yang mencari musuh yang pro-British.
c. Toko-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruh Tanah Melayu.
- Dasar Jepun terhadap penduduk di Tanah Melayu juga berbeza.
a. Orang Melayu diberi keistimewaan untuk mendapatkan sokongan dan mereka dianggap
sebagai masyarakat bumiputera dan berhak ke atas Tanah Melayu.
b. Orang Cina mendapat layanan yang buruk kerana permusuhan orang Cina dan Jepun
sehingga meletusnya Perang China-Jepun.
c. Orang India diberi layanan yang baik bagi tujuan mendapatkan sokongan untuk
menghalau British dari India.
ii. Dasar Ekonomi Jepun
- Pemerintahan Jepun mengamalkan sistem ekonomi tertutup dan bersifat berdikari.
940/2
15
- Tentera Jepun mengambil alih sepenuhnya kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai oleh
orang British dan Cina.
- Jepun menumpukan kepada kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
- Kesannya ekonomi Tanah Melayu merosot dan menimbulkan masalah kebuluran,
pengangguran dan kesihatan.
iii. Dasar Sosial
- Jepun memaksa penduduk Tanah Melayu mengamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan
Jepun.
- Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah dan pejabat.
- Sekolah-sekolah Cina dan Inggeris ditutup digantikan dengan sekolah yang mengajar bahasa
Jepun.
- Cuti am berdasarkan kalendar cuti Jepun.
- Jepun mengharamkan penggunaan radio gelombang pendek, tayangan filem-filem Barat dan
menutup kelab tari menari di tempat-tempat hiburan.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN (8 markah)
i. Kesan Ekonomi
- Tanah Melayu terputus hubungan dengan dengan dunia Barat kerana bijih timah dan getah
tidak lagi dapat dieksport ke Barat.
- Kemudahan infrastruktur yang musnah akibat bumi hangus menyebabkan perlombongan
bijih timah dan getah tidak dapat dilakukan.
- Masalah inflasi timbul kerana kekurangan barang dan pencetakan wang kertas pokok pisang
berleluasa.
- Masalah kekurangan makanan dan pakaian. Kupon digunakan untuk mendapatkan makanan
dari Pejabat Kawalan Makanan.
ii. Kesan Politik
- Membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu dan Jepun memberi peluang orang
Melayu mentadbir dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh British.
- Penubuhan parti politik orang Melayu seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Pembela
Tanah Air (PETA) dan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
iii. Kesan Sosial
- Berlaku perpindahan orang Cina dari bandar ke kawasan pinggir hutan untuk mengelakkan
kekejaman Jepun.
- Permusuhan antara kaum berlaku sehingga membawa kepada pergaduhan kaum selepas
kekalahan Jepun.
- Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
yang dinaungi oleh Parti Komunis Malaya.
- Tahap kesihatan rakyat merosot dan terdedah kepada wabak penyakit berjangkit seperti
malaria, beri-beri, taun dan kudis.
940/2
16
KESIMPULAN (2 markah)
- Pemerintahan Jepun di Tanah melayu telah menimbulkan semangat nasionalisme dalam
kalangan penduduk tempatan.
- Masyarakat Melayu mula merasakan perlunya menuntut kemerdekaan.
940/2
17
Soalan 6
Huraikan sistem pemerintahan di Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
PENDAHULUAN (3M)
a. Sistem pemerintahan Malaysia ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan yang
berasaskan kepada teori pengasingan kuasa.
b. Sistem pemerintahan ini mengandungi tiga komponen penting iaitu Badan Perundangan,
Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
c. Ketiga-tiga badan ini diasingkan bagi mengelakkan pemusatan kuasa antara badan-badan ini.
d. Badan Perundangan berfungsi untuk menggubal undang-undang, badan eksekutif
menjalankan kuasa pentadbiran dan badan kehakiman bertindak sebagai pelaksana
keadilan.
e. Yang Dipertuan Agong akan mengetuai ketiga-tiga badan ini.
ISI (20 markah)
i. Badan Perundangan/Parlimen
- Bertanggungjawab menggubal rang undang-undang.
- Parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara, Dewan Rakyat
dan Badan Kehakiman.
a. Dewan Negara
- Dikenali sebagai Senat dan merupakan majlis tertinggi Parlimen yang bertindak
membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
- Tidak berkuasa untuk meminda rang undang-undang tetapi boleh meminta Dewan
Rakyat memperbetulkan semula rang undang-undang tersebut.
- Keahlian Dewan Rakyat seramai 69 orang iaitu dua orang dipilih dari setiap negeri, dua
dilantik oleh YDPA mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang dari wilayah
Persekutuan Labuan serta 40 lagi ahli dilantik oleh YDPA.
- Ahli Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan tempoh jawatannya selama tiga tahun
dan jawatan ini tidak terhenti sekiranya Parlimen dibubarkan.
b. Dewan Rakyat
- Ahlinya dipilih melalui proses pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.
- Tempoh jawatannya selama lima tahun dan tamat apabila parlimen dibubarkan.
- Antara sebab seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kelayakan apabila:
i. Diisytiharkan tidak sempurna akal dan muflis yang belum dibebaskan.
ii. Tidak hadir menghadiri sidang parlimen selama 6 bulan tanpa keizinan
dewan.
iii. Disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh mahkamah dan dijatuhkan
hukuman penjara satu tahun atau denda tidak kurang RM2000.00.
- Jika berlaku kekosongan kerana peletakkan jawatan dan kematian, kekosongan hendaklah
diisi dalam tempoh 60 hari di Semenanjung Malaysia dan 90 hari di Sabah dan Sarawak.
940/2
18
- Tugas Dewan Rakyat ialah membentang, membahas dan meluluskan undang-undang.
- Perbahasan hanya meliputi perkara yang terdapat dalam Senarai Persekutuan dan Senarai
Bersama sahaja.
BADAN EKSEKUTIF
- Diketuai oleh Perdana Menteri dan Kabinet yang menjalankan dasar pentadbiran Negara.
- Terdapat tiga peringkat.
a. Peringkat Persekutuan
- Pentadbiran dilaksanakan oleh Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh
Timbalan Perdana Menteri dan para Menteri.
- Fungsinya menggubal dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberi arahan untuk
melaksanakan dasar.
i. Kabinet
- Badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif dan menggubal
dasar-dasar kerajaan serta memberi arahan kepada kerajaan di peringkat persekutuan untuk
melaksanakan dasar.
- Diketuai oleh Perdana Menteri iaitu ahli Dewan Rakyat. Keanggotaan kabinet terdiri
daripada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
- Tugas utama Perdana Menteri sebagai mengetuai kabinet, menjalankan pentadbiran dan
menggubal dasar-dasar kerajaan.
- PM melantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan menteri dan setiausaha
menteri untuk membantu dalam melicinkan urusan pentadbiran kerajaan.
ii. Kementerian, jabatan dan badan kerajaan
- Bilangan kementerian, jabatan dan kerajaan berubah dari semasa ke semasa.
- Setiap kementerian akan diketuai seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri serta
setiausaha parlimen.
- Di bawah kementerian terdapat beberapa badan berkanun iaitu agensi separuh kerajaan
yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen seperti RISDA.
- Mempunyai kuasa peruntukkan kewangan tersendiri dan kuasa autonomi namun
bertanggungjawab kepada menteri tertentu.
b. Peringkat Negeri
- Ketua Eksekutif terletak pada sultan atau raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang
Dipertua Negeri dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
- Pembuat dasar di peringkat negeri dilakukan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan
EXCO.
- Pentadbiran peringkat negeri berkaitan tanah dan galian, air, agama dan pertanian.
- Pentadbiran peringkat daerah diketuai oleh pegawai daerah dan dibantu oleh Penghulu.
- Pentadbiran di Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh seorang timbalan
dan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi.
- Di Sabah pentadbiran terbahagi kepada daerah dan kampung. Daerah akan dibantu oleh
Ketua Anak Negeri.
940/2
19
c. Peringkat Kerajaan Tempatan
- Dikenali sebagai pihak berkuasa tempatan. Mengandungi Dewan Bandaraya, Majlis
Perbandaran dan Majlis Daerah.
- Di Sarawak pentadbirannya dibahagikan kepada bahagian, daerah dan kampung. Ketua
bahagian diketuai oleh Residen.
- Di Sabah pentadbirannya dibahagikan kepada daerah dan kampung. Daerah ditadbir oleh
Pegawai Daerah dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri.
- Fungsi utama kerajaan tempatan adalah untuk membangunkan sosioekonomi di kawasan
itu sahaja.
BADAN KEHAKIMAN
- Bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman. Kuasa kehakiman diberikan
kepada mahkamah tinggi dan mahkamah rendah.
- Mahkamah Agung merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia.
- Fungsi mahkamah:
i. mentafsir perlembagaan dan undang-undang.
ii. mengisytiharkan tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
iii. mengisytiharkan undang-undang persekutuan dan negeri tidak sah dan batal.
- Hakim-hakim dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.
- Jenis-jenis mahkamah:
MAHKAMAH ATASAN
i. Mahkamah Agung
- Berfungsi sebagai mahkamah rayuan.
- Menentukan rayuan undang-undang yang mempunyai kepentingan umum.
- Menentukan sah undang-undang yang digubal oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
- Memutuskan pertikaian antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan atau antara
negeri-negeri.
ii. Mahkamah Tinggi
- Terdapat dua mahkamah tinggi iaitu Mahkamah Tinggi Tanah Melayu dan Mahkamah Tinggi
Borneo dan diketuai oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi.
- Mempunyai kuasa yang tidak terhad dalam menjalankan pengadilan ke atas kes jenayah asal.
- Berkuasa menyemak keputusan-keputusan Mahkamah Rendah dalam kes-kes sivil dan
jenayah.
- Keputusan sivil Mahkamah Tinggi boleh dirayu di Mahkamah Agung.
MAHKAMAH RENDAH
i. Mahkamah Sesyen
- Merupakan mahkamah yang tertinggi dalam kalangan Mahkamah Rendah.
- Mempunyai kuasa pengadilan jenayah bagi semua kesalahan kecuali hukuman mati dan
penjara seumur hidup.
940/2
20
- Membicarakan dan memutuskan apa-apa tindakan bagi mendapatkan ganti rugi tidak
melebihi RM25,000.
- Menjalankan perbicaraan permulaan untuk kes-kes yang kemudiannya dibicarakan di
Mahkamah Tinggi.
ii. Mahkamah Majistret
- Terdapat di semua daerah bagi mengendalikan kes-kes sivil dan jenayah yang berlaku di
sesuatu kawasan.
- Diketuai oleh seorang Majistret yang dilantik oleh Sultan/Yang Dipertuan Besar/Yang
Dipertua Negeri atas nasihat Ketua Hakim Negara.
- Mengendalikan kes-kes sivil dan berkuasa mengeluarkan saman dan waran.
- Terdapat dua jenis Mahkamah Majistret iaitu Mahkamah Majistret Kelas Satu dan
Mahkamah Majistret Kelas Dua.
- Majistret Kelas Satu mempunyai kuasa pengadilan yang lebih luas berbanding majistret kelas
dua namun hanya terhad menjatuhkan hukuman tidak melebihi sepuluh tahun penjara.
iii. Mahkamah Juvana
- Mahkamah bagi mereka yang berumur tidak melebihi 18 tahun.
- Dipengerusikan oleh Majistret Kelas Satu dan dibantu dua penasihat awam.
- Perbicaraan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri pegawai mahkamah dan pihakpihak
yang berkaitan.
- Jika pesalah didapati bersalah maka pesalah akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
iv. Mahkamah Penghulu
- Dipengerusikan oleh seorang penghulu atau ketua kampung yang dilantik oleh kerajaan
negeri.
- Merupakan mahkamah terendah sekali dalam kalangan mahkamah rendah.
- Berkuasa mengadili pertelingkahan sivil bagi nilai yang tidak melebihi RM50.00 dan denda
tidak melebihi RM25.00 bagi perkara-perkara jenayah.
KESIMPULAN (2 markah)
a) Sistem pemerintahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan kemajuan ekonomi di
Malaysia.
b) Kerajaan yang memerintah dapat menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat diperintah.
c) Kesannya institusi pemerintahan sukar digugat kerana kemajuan dan kestabilan politik yang
dicapai oleh negara.
940/2
21
Soalan 7
Bincangkan perlaksanaan adat yang diamalkan di India dan Indonesia sebelum kedatangan Barat.
PENDAHULUAN (3 markah)
a. Undang-undang awal yang dilaksanakan di kebanyakan negara Asia adalah dalam bentuk
undang-undang lisan dikenali sebagai Hukum Adat.
b. Adat bertujuan mengekalkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggota masyarakat.
Hukum adat dikaitkan dengan segala bentuk adat resam yang menjadi amalan secara turuntemurun
hingga menjadi peraturan atau hukum yang harus dipatuhi.
c. Hukum adat meliputi segala aspek seperti perlakuan, upacara, tatacara kehidupan dan
larangan-larangan tertentu.
ISI PENTING
a) Perlaksanaan Adat di India (10 markah)
1. Adat wanita hamil
• Masyarakat India mengamalkan adat secara turun-temurun. Adat diamalkan dari saat
dilahirkan hinggalah pada saat kematiannya.
• Di India perlaksanaan hukum adat adalah berkaitan dengan pengaruh agama Hindu yang
begitu kuat dan menjadi pegangan utama masyarakatnya.
• Masyarakat India mempunyai adat yang khusus untuk wanita yang mengandung. Golongan
ibu yang hamil seharusnya menjaga diri dan tidak melanggar segala pantang larang ketika
sedang hamil.
• Ibu-ibu yang hamil dilarang melakukan perbuatan seperti mengumpat, bergaduh, dengki dan
sebagainya. Mereka bimbang ia akan mempengaruhi tingkah laku anak yang bakal
dilahirkan.
• Selain itu juga bertujuan melindungi ibu dan anak daripada kuasa jahat.
2. Adat Thuggee
• Thuggee merupakan satu adat merompak dan membunuh mangsa di jalanan yang dilakukan
oleh golongan Thug di wilayah timur laut India.
• Mereka merupakan kumpulan agama yang bersenjata yang menyamar diri dan mencekik
pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.
• Amalan ini menakutkan pengembara yang menjalani perdagangan. Antara 1831 hingga 1837
seramai tiga ribu Thug telah ditangkap.
3. Adat Suttee
• Amalan suttee merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan membakar diri
bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian berlangsung sebagai bukti kesetiaan si
isteri.
• Balu-balu ini tidak dibenarkan berkahwin semula. Balu sanggup membunuh diri kerana
kehidupan tanpa suami penuh dengan penderitaan.
• Contohnya balu tidak dibenarkan menghadiri majlis sosial, tidak boleh berhias dan ada pula
akan dibotakkan rambutnya.
• Terdapat kes di mana balu yang melarikan diri dipaksa meneruskan adat suttee ini. Pada
tahun 1818 di pedalaman Benggal dianggarkan terdapat 800 orang balu yang menjalani adat
ini.
940/2
22
4. Adat pembunuhan bayi perempuan
• Amalan membunuh bayi perempuan merupakan hukum adat yang menjadi amalan tradisi
untuk mengelakkan ibu bapa menanggung penderitaan seperti pemberian dowri (mas
kahwin).
• Membunuh bayi perempuan dengan meletakkan racun pada puting susu ibu dan ibu
menyusukan bayi atau mencampurkan racun dalam susu sebaik bayi lahir.
• Hal ini biasa berlaku dalam keluarga miskin. Selain itu terdapat juga adat membunuh kanakkanak
dengan membuang ke dalam Sungai Ganges bagi melengkapkan upacara keagamaan.
• Adat ini dilakukan apabila ahli keluarga mempunyai niat atau nazar tertentu buat dirinya
atau keluarganya.
5. Adat melarang berkahwin semula oleh balu
• Dalam amalan adat ini, balu-balu yang kematian suami dilarang keras untuk berkahwin
semula dan berhias diri dan hanya dibenarkan memakai sari berwarna putih sahaja.
• Mereka juga dilarang menghadiri sebarang majlis perayaan dan tidak dibenarkan pulang ke
rumah keluarga mereka sendiri.
• Kebanyakan balu yang menerima nasib sebegini hidup dalam kesusahan dan penderitaan
lebih-lebih lagi golongan petani yang miskin.
6. Adat dalam sistem perhambaan.
• Masyarakat India merupakan antara masyarakat yang telah lama mengamalkan sistem
perhambaan.
• Dalam sistem ini, hamba-hamba akan dijadikan korban untuk sesuatu upacara pengobanan
yang dijalankan bagi meningkatkan kesuburan dan kemakmuran tanah dalam usaha mereka
untuk mengukuhkan ekonomi masyarakatnya.
• Adat pengorbanan hamba ini telah banyak mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa.
b). Perlaksanaan adat di Indonesia ( 10m )
• Masyarakat Indonesia pula pada asasnya mempunyai banyak adat yang diamalkan sejak
turun-temurun lagi.
• Ini kerana adat memainkan peranan penting mewujudkan hubungan antara masyarakat dan
melambangkan konsep kekeluargaan yang tinggi.
1. Adat wanita hamil
• Adat ini dijalankan ketika kandungan seseorang wanita mencapai usia tujuh bulan
kehamilannya.
• Harga rojak akan dibayar dengan atap genting dan adat ini dipercayai untuk mengajar sifat
berjimat cermat kepada bayi yang akan dilahirkan. Rasa rojak pula menandakan jantina bayi
kerana masam bererti bayi lelaki dan rasa manis pula menandakan perempuan.
• Wanita hamil tidak dibenarkan memegang benda-benda tajam kerana ini akan
memudaratkan bayi yang dikandungnya.
• Para tetamu juga tidak dibenarkan membawa hadiah kerana ini akan mendatangkan
keburukan kepada bayi yang akan dilahirkan.
940/2
23
2. Adat menyambut kelahiran anak
• Adat ini menjadi amalan masyarakat Indonesia dilakukan ketika bayi selamat dilahirkan dan
ia dilakukan dengan upacara meramalkan nasib bayi.
• Dalam adat ini pelbagai barangan diletakkan di hadapan bayi untuk mengetahui barang
manakah yang menjadi kesukaan bayi tersebut.
• Bayi juga diberikan azimat atau tangkal berupa benang yang dililitkan di lengan atau di leher
untuk melindungi daripada dirasuk oleh unsur-unsur jahat.
• Selain itu, bayi yang baru dilahirkan akan disapu dengan jamu khas pada muka setiap hari
untuk menghindarkannya daripada terkena sihir dan makhluk halus.
3. Adat memuliakan tetamu
• Dalam adat ini, tetamu akan dijemput makan bersama tuan rumah sebelum ahli keluarganya
menjamah makanan yang disediakan.
• Keluarga yang makan sendirian tanpa mempelawa tetamu dianggap biadab kerana tetamu
hendaklah dimuliakan dengan memberi layanan istimewa dan makanan yang dihidangkan
adalah mengikut kemampuan tuan rumah.
• Makanan yang dihidangkan di atas tikar yang dihamparkan di tengah-tengah dapur dan
mereka akan makan secara bersila.
4. Adat memilih pemimpin
• Dalam memilih pemimpin mengikut adat istiadat Minangkabau pemilihan ketua kampung
adalah berdasarkan sistem persaudaraan suku masyarakatnya.
• Kedatangan Islam menyebabkan berlaku sedikit pertentangan dalam pemilihan ketua ini
kerana pangkat atau taraf yang diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang
ditentukan oleh hukum syarak.
• Hubungan antara pemimpin puak dan ketua kampung yang berlandaskan adat ditentang
oleh pemimpin agama.
KESIMPULAN (2m)
a. Adat yang diamalkan oleh masyarakat di India dan Indonesia mengalami pengubahsuaian
dengan nilai-nilai moden pada abad ke 19 hasil kadatangan kuasa Barat. Kedatangan agama
Islam juga sedikit sebanyak mengubah sistem adat masyarakat di Indonesia.
b. Peraturan yang dianggap tidak adil dan di luar prinsip kemanusiaan telah dimansuhkan
seperti beberapa amalan adat di India.
c. Tidak dinafikan masih terdapat banyak lagi hukum adat yang terus kekal diamalkan hingga
ke hari ini dan menjadi sebahagian amalan budaya masyarakat.
940/2
24
Soalan 8
Jelaskan dasar pintu tertutup (isolasi) yang diamalkan di Jepun dan Vietnam terhadap kuasa
Barat pada abad ke 19.
PENDAHULUAN (3 markah)
a. Dasar pintu tertutup adalah dasar yang diamalkan untuk menjaga kedaulatan negara daripada
campur tangan kuasa dan pengaruh asing serta menghalang kemasukan pedagang luar ke
dalam negara mereka.
b. Semenjak abad ke 16 Masihi kuasa Barat seperti Portugis telah menunjukkan minat untuk
berdagang ke Timur. Abad ke 17 Masihi kuasa barat seperti British, Perancis dan Belanda juga
menunjukkan minat yang sama.
c. Negara Jepun dan Vietnam mengamalkan dasar pintu tertutup kerana merasakan negara
mereka tidak memerlukan barangan dari Barat dan bimbangkan penyebaran pengaruh agama
kristian oleh para mubaligh.
ISI PENTING
a). Dasar pintu tertutup Negara Jepun (10 m )
- Dasar isolasi yang diamalkan oleh negara Jepun tidak bersifat mutlak kerana Jepun masih
lagi menerima kedatangan kuasa luar namun dalam keadaan terkawal. Buktinya, Jepun
mengadakan hubungan dengan Paderi Jesuit Francis Xavier pada tahun 1549 M.
- Dasar pintu tertutup diumumkan oleh Maharaja pada tahun 1633, 1635 dan 1639.
- Dasar pintu tertutup diamalkan kerana :
a. Negara Jepun adalah sebuah negara pertanian dan mempunyai sumber negara yang
mencukupi serta tidak memerlukan barangan dari Barat.
b. Kerajaan Shogun Tokugawa bimbang dengan perkembangan agama Kristian dan tidak
mahu agama ini digunakan untuk menjatuhkan kerajaan.
c. Alasan orang asing selalu menimbulkan masalah dan huru-hara yang boleh mengancam
ketenteraman negara.
d. Kerajaan Shogun Tokugawa curiga dengan kejujuran Barat dan takut Barat akan
mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik tempatan. Kebimbangan ini
mula terlihat apabila Filipina dijajah oleh Sepanyol.
- Justeru, kerajaan Shogun Tokugawa telah menghalau mubaligh-mubaligh Kristian dan para
pedagang keluar dari Jepun. Rakyat Jepun juga dihalang keluar melancong dan membina
kapal-kapal besar.
b). Dasar pintu tetutup Negara Vietnam ( 10m )
i). Perkembangan sekitar abad ke 18
- Pigneau de Behaine seorang mubaligh Kristian Perancis telah membantu Nguyen Anh
sebagai maharaja Vietnam dengan gelaran Maharaja Gia Long.
- Walaupun memberi layanan yang baik kepada mubaligh Perancis tetapi beliau masih curiga
penglibatan Perancis dan kuasa Barat yang lain.
- Maharaja Gia Long mengamalkan dasar pintu tertutup kerana terjamin daripada
pencerobohan kuasa Barat dan juga mengekalkan wilayahnya.

ii). Tindakan Minh-Mang
- Beliau adalah penganti Gia Long dan masih mengamalkan dasar pintu tertutup dan bersikap
lebih keras terhadap kuasa barat.
- Beliau benci kepada kuasa Barat kerana bimbang campur tangan dalam hal-ehwal Vietnam.
- Pada tahun 1822, beliau menolak utusan John Crowford yang datang untuk mengadakan
hubungan perdagangan.
- Dasar Minh-Mang seterusnya menutup semua pelabuhan Vietnam kepada kuasa Barat dan
bertindak membunuh beberapa mubaligh Kristian.
- Beliau enggan membenarkan agama Kristian diamalkan, berbeza dengan bapanya yang
membenarkan mubaligh Kristian memasuki Vietnam.
- Maharaja Minh-Mang cuba mengubah dasar pada saat-saat akhir pemerintahannya setelah
menyaksikan kejatuhan China pada tahun 1839.
- Percubaannya untuk mengimbangi kuasa Barat di Vietnam dengan menghantar utusan ke
Perancis ditolak Raja Louis Philippe kerana layanan buruknya terhadap mubaligh Kristian.
iii). Dasar Maharaja Thieu Tri
- Mengamalkan dasar pintu tertutup dan bencikan kuasa Barat.
- Beliau meneruskan dasar pemencilan dan anti agama Kristian.
- Pada tahun 1843, Kapten Levegeu belayar ke Tourane dan meminta lima orang mubaligh
Kristian yang telah ditangkap dan dihukum mati dibebaskan.
- Pada tahun 1847, walaupun mubaligh kristian dibebaskan, Perancis mengepung Tourane
meminta keselamatan warganegara Perancis. Perancis gagal mendapat jaminan daripada
Maharaja.
- Serangan ke atas Tourane telah menambah minat Perancis untuk meluaskan kuasa ke atas
Vietnam.
iv). Dasar Maharaja Tu Duc
- Hubungan dengan Barat bertambah buruk.
- Penganiyaan dan penindasan ke atas mubaligh Kristian diteruskan.
- Mubaligh Kristian Perancis Augustin Scoeffler dan Jean Louis Bonnard dihukum bunuh pada
tahun 1851-1852. Pada tahun 1857, beliau menghukum mubaligh Kristian Sepanyol di
Tongking.
- Pada tahun 1857, kerajaan Perancis menghantar kata dua kepada Maharaja Tu Duc dan
meminta tindakan keras ke atas paderi Perancis dihentikan.
- Maharaja Tu Duc menolak kata dua tersebut dan akibatnya Peracis melancarkan serangan ke
atas Tourane.
- Pada Februari 1861, Perancis melancarkan serangan ke atas Saigon.
- Pada April 1862, Maharaja Tu Duc menghantar wakilnya untuk berdamai dengan Perancis.
Perjanjian dengan Perancis ini menandakan bermulanya pendudukan Perancis di Vietnam.
940/2
26
KESIMPULAN ( 2m )
• Dasar pintu tertutup Jepun dan Vietnam boleh dilihat dari sudut yang berbeza iaitu Jepun
menjalankan dasar isolasi lebih kepada tumpuan dalaman kerana keperluan dalamannya
yang mencukupi serta bimbang dengan perluasan pengaruh kuasa Barat terhadap negara
Jepun.
• Sementara Vietnam lebih kepada penegasannya terhadap dasar tutup pintunya bahkan lebih
agresif dengan tindakan membunuh mubaligh Kristian sehingga mengabaikan kekuatan
kuasa barat terhadap negara yang enggan tunduk kepada kehendak mereka seperti berlaku
di China. Akhirnya tindakan Vietnam membawa kepada kejatuhan wilayahnya kepada
Perancis secara paksaan.
940/2
27
SOALAN 9
Huraikan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Bowring 1855 ke atas Negara China
dan Thailand pada abad ke 19.
PENDAHULUAN ( 3 markah )
a. Revolusi Perindustrian di Eropah memerlukan bahan mentah dan pasaran untuk memasarkan
barangan mereka.
b. Kuasa-kuasa Eropah mula menjalankan dasar imprealisme.
c. Perjanjian Nanking 1842 telah ditandatangani antara China dan British.
d. Perjanjian Bowring 1855 telah ditandatangani antara Thailand dan British.
e. Perjanjian yang berlaku ini menandakan permulaan hubungan negara China dan Thailand
dengan kuasa barat British.
ISI PENTING
a) Perjanjian Nanking 1842 ( China ) (10 markah)
Sebab-sebab perjanjian :
- Negara China mengamalkan dasar tutup pintu
- Negara China menganggap orang-orang Barat sebagai barbarian dan bertaraf rendah.
- China enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan Barat atas dasar persamaan taraf.
- Perdagangan asing dibenarkan secara terhad di Canton sahaja.
- Sistem perundangan yang bertentangan.
- Britain telah mengenakan kekerasan untuk menghapuskan dasar tutup pintu Negara China
dalam Perang Candu I yang berakhir dengan Perjanjian Nanking.
Syarat-syarat Perjanjian Nanking :
- China bersetuju menyerahkan Hong Kong kepada British.
- Sistem monopoli Co-hong dihapuskan.
- China membuka 5 buah pelabuhan iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shanghai.
- Pegawai-pegawai Konsular British akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan.
- China berjanji untuk mengenakan cukai-cukai yang sederhana dan sama ke atas eksport dan
import.
- China bersetuju membayar gantirugi sebanyak 21 juta tael.
Kesan-kesan:
- Menamatkan perang British-China pertama.
- Permulaan campur tangan Barat di China
- China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat perdagangan bebas.
- China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa barat yang lain.
- China telah dibelah bahagikan oleh kuasa-kuasa barat :
i. Rusia mendapat pajakan di Selatan Semenanjung Linotung selama 25 tahun pada
tahun 1898.
ii. Jerman diberi pajakan 99 tahun di Teluk Kinichow
iii. Perancis mendapat pajakan 99 tahun di Teluk Kwangchow.
940/2
28
b. Perjanjian Bowring 1855 ( Thailand ) (10 markah )
Sebab-sebab Perjanjian :
- Raja Mongkut seorang pemerintah yang peka pada perkembangan politik di Asia.
- Baginda tidak bersetuju dengan dasar pemencilan atau isolasi seperti yang diamalkan oleh
Myanmar dan China.
- Baginda sedar sikap isolasi bukan sahaja gagal menyekat kemaraan kuasa-kuasa Barat malah
membawa kepada pencerobohan dan penjajahan kuasa Barat di Asia.
- Raja Mongkut telah memulakan dasar pintu terbukanya dengan menjalankan banyak
pembaharuan dan pemodenan di Thailand.
- Raja Mongkut dan anaknya Raja Chulalongkorn mengamalkan dasar tolak ansur terhadap
kuasa-kuasa Barat kerana menyesuaikan kehendak dan tuntutan ekonomi yang dikehendaki
Barat.
Syarat-syarat Perjanjian:
- Perdagangan bebas dijalankan
- Cukai import 3% valorem dan eksport 5% valorem
- British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 km dari Bangkok
- Import candu ke Thailand dibenarkan tetapi dengan kawalan.
- Seorang konsul British ditempatkan di Thailand untuk mengadakan hubungan diplomatik
dengan Raja Thailand
- Eksport beras dibenarkan
- Rakyat British di Thailand diberi hak-hak wilayah asingan.
Kesan-kesan Perjanjian:
- Thailand telah didedahkan dengan perdagangan antarabangsa namun penguasaan golongan
bangsawan dalam bidang perdagangan semakin merosot dan sistem kewangan Thailand
telah disusun semula.
- Ekonomi Thailand telah berkembang dan berjaya mewujudkan sistem ekonomi wang.
- British telah berjaya menjadi pelabur utama dengan para pedagangnya dapat menjalankan
aktiviti perdagangan yang turut menguntungkan Thailand.
- Perubahan susunan kewangan Thailand dapat dilaksanakan mengubah sistem cukai dan
menamatkan monopoli perdagangan oleh golongan bangsawan dan kerajaan Thailand.
- Penguasaan orang Cina dalam perniagaan di Thailand telah mula berkurangan dan kini
dikuasai pula oleh orang Eropah terutama British.
- Kesan Perjanjian Bowring telah membawa lebih daripada 20 lagi perjanjian-perjanjian lain
antara Thailand dengan kuasa-kuasa Barat lain yang telah meninggalkan kesan lain iaitu
kuasa Barat boleh mendirikan konsul mereka, tersebarnya ajaran agama Kristian, dan kapalkapal
boleh berlabuh di pelabuhan Thailand.
940/2
29
KESIMPULAN ( 2 markah )
a. Perjanjian Nanking dan Perjanjian Bowring memberi pengertian yang sangat besar kepada
China dan Thailand.
b. Dasar tutup pintu yang diamalkan China membawa padah kepada kerajaan China sendiri
hingga dicerobohi oleh British.
c. Bagi Thailand, pemerintahnya Raja Mongkut sedar tentang perluasan kuasa Barat yang
semakin rancak di benua Asia Tenggara.
d. Pemerintah Thailand juga dikatakan berpandangan jauh menyebabkan Thailand merupakan
satu-satunya negara Asia Tenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya.
940/2
30
SOALAN 10
Bandingkan usaha pemodenan yang dibuat oleh Maharaja Meiji (1868-1912) di Jepun dengan Raja
Chulalongkorn (1868-1910) di Thailand.
PENDAHULUAN ( 3 markah )
a. Maharaja Meiji merupakan pemerintah bagi Negara Jepun manakala Raja Chulalongkorn adalah
pemerintah Negara Thailand.
b. Kedua-dua pemerintah ini berusaha membangunkan negara masing-masing untuk mengekalkan
kedaulatan.
c. Pelbagai langkah pemodenan dilakukan terutama dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.
ISI PENTING
PEMODENAN MAHARAJA MEIJI (10 markah )
a. POLITIK
i. Dasar Luar
- menjalinkan hubungan diplomatik dengan Barat secara rasmi
ii. Pentadbiran
- Pemerintahan monarki berperlembagaan diperkenalkan.
- Parlimen ditubuhkan dan pilihanraya kebangsaan dijalankan.
- Memperkenalkan kabinet yang berdasarkan model kabinet Prusia.
- Menghapuskan sistem feudalisme pada tahun 1871. Menyerahkan kuasa daimyo kepada
kerajaan pusat.
- Membenarkan penubuhan parti politik.
- Menubuhkan Majlis Penasihat Privy untuk menasihati Maharaja.
iii. Pemodenan Ketenteraan
- Disebabkan pemimpin baru di Jepun mengagumi kekuatan tentera Barat.
- Mahukan kekuatan tentera setanding dengan kuasa Barat
- Menubuhkan kementerian Tentera Darat dan Laut pada 1873.
- Melatih tentera Jepun berdasarkan sistem tentera Perancis dan Jerman
b. SOSIAL
i. Pendidikan
- Pendidikan bertujuan membekalkan tenaga buruh yang mahir dan berdisiplin.
- Dapat menampung semua aspek pemodenan dan pentadbiran Jepun.
- Mengutamakan nilai-nilai murni dan rohani seperti kesetiaan kepada negara.
- Menubuhkan Kementerian Pendidikan pada tahun 1871.
- Mewajibkan pendidikan sekolah rendah pada tahun 1872.
- Menitikberatkan mata pelajaran sains dan teknik.
- Menterjemahkan sejarah negara kepada bahasa Jepun.
- Mengambil pakar pendidikan dari Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat.
940/2
31
- Menghantar pelajar Jepun ke Britain untuk mengikuti kursus ketenteraan laut, ke Jerman
untuk ketenteraan darat dan ke Amerika Syarikat untuk ilmu perdagangan.
ii. Perhubungan dan infrastruktur.
- Membina kemudahan perhubungan, Jalan keretapi Tokyo – Yokohama (1871), Osaka – Kobe
(1874) dan Osaka - Kyoto (1877)
c. EKONOMI
- Memperkenalkan sistem cukai dan sistem mata wang, sistem mata wang Yen yang standard
digunakan.
- Menubuhkan Bank Negara pada tahun 1875. Bank-bank ditubuhkan seperti Bank of Tokyo,
Bank Jepun dan Bank Yokohama.
- Mempergiatkan perindustrian dengan merancang, membiayai, memulakan dan mencari
bahan mentah serta pasaran.
- Menggiatkan perusahaan dan perdagangan antarabangsa contohnya Mitsubishi, Sumitomo
dan Mitsui.
- Menubuhkan Jabatan Perusahaan pada tahun 1873.
PEMODENAN RAJA CHULALONGKORN (10 markah )
a. POLITIK
i. Dasar Luar
- Menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan kuasa Barat.
- Menandatangani perjanjian dengan Belgium, Norway dan Sweden.
- Menyerahkan wilayah Laos dan Kemboja kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara
kepada Inggeris.
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua negara seperti Maharaja William II
dan Tsar Nicholas II.
ii. Pentadbiran
- Bentuk kerajaan bercorak kabinet Eropah bersama 2 majlis penasihat iaitu Majlis Negeri dan
Majlis Privy.
- Mengupah penasihat Barat misalnya bangsa British dalam Kementerian Kewangan dan
bangsa Perancis dalam Kementerian Undang-undang.
- Menubuhkan sistem pentadbiran pusat dengan mengadakan 12 kementerian yang diketuai
oleh putera-puteranya atau golongan bangsawan.
- Memodenkan sistem perundangan.
- Membahagikan Thailand kepada 18 monthon, changwat dan amphoe untuk melicinkan
pentadbiran.
- Pentadbiran mengikut model Barat.
b. SOSIAL
i. Pendidikan
940/2
32
- Mengutamakan pendidikan Barat berasaskan model sekolah awam British di England.
- Membina 3 buah sekolah Sunandayala untuk perempuan, Maktab Diraja untuk lelaki dan
Sekolah Latihan Khas untuk golongan pertengahan.
- Seramai 300 orang anak bangsawan dihantar ke luar negeri setiap tahun.
- Menubuhkan Jabatan Pendidikan pada tahun 1887 dan maktab Perubatan pada tahun 1908.
ii. Pembaharuan adat.
- Menghapuskan adat sujud pada tahun 1873.
- Menghapuskan amalan abdi pada tahun 1905.
- Amalan buruh paksa juga dihapuskan.
iii Perhubungan dan infrastruktur.
- Menubuhkan Jabatan Keretapi pada tahun 1892.
- Jalan keretapi pertama dibina menghubung Korat dan Paknam.
- Memajukan perkhidmatan pos dan telegraf.
c. EKONOMI
- Menubuhkan bank-bank British.
- Menggalakkan penanaman padi.
- Memajukan perdagangan antarabangsa.
KESIMPULAN (2 markah)
a. Maharaja Meiji dan Raja Chulalongkorn mempunyai matlamat untuk memajukan negara
masing-masing.
b. Usaha-usaha pemodenan Maharaja Meiji dan Raja Chulalongkorn dapat membantu kedua-dua
negara bebas daripada penjajahan Barat.
940/2
33
Soalan 11
Bincangkan faktor-faktor yang membawa meletusnya revolusi China 1911 dan Revolusi Siam
1932.
PENDAHULUAN ( 3markah )
a. Revolusi bermaksud menentang kerajaan dengan kekerasan, dan selalunya dengan bersenjata
b. Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932 merupakan kemuncak penentangan yang agak
berbeza sedikit kerana menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap pemerintah yang sedia
ada.
c. Revolusi ini digerakkan oleh golongan intelektual yang merasakan pembaharuan perlu dilakukan
untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan daripada rakyat.
d. Revolusi China 1911 dapat menumbangkan kerajaan Manchu di mana revolusi ini dipimpin
oleh Dr. Sun Yat Sen sedangkan Revolusi Siam 1932 berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja
dan raja diletakkan di bawah perlembagaan dengan revolusi ini dipimpin oleh Pride Panomyong.
ISI PENTING
REVOLUSI CHINA 1911 ( 10 markah )
1. Kelemahan pemerintahan Manchu.
- Terdapat beberapa penentangan secara terbuka antaranya Pemberontakan Taiping 1850-1864,
tahun 1885 pemberontakan Panthay, pada tahun 1853-1868 pemberontakan Nien serta
gerakan sulit seperti “While Lotus Society” dan “Heavan and Earth Society”
- Kelemahan Manchu menyebabkan kemasukan orang Barat, malah rasuah dan huru-hara dalam
negeri. Menelan perbelanjaan yang banyak dan menimbulkan masalah kewangan. Keadaan
bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian sehingga masyarakat
China beranggapan Kerajaan Manchu tidak mendapat mandat dari tuhan.
- Selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun1908, putera Chun yang dilantik sebagai
pemangku raja merupakan seorang raja yang tidak berwibawa.
2. Kesengsaraan Rakyat
- Penduduk China bertambah sekitar 400 juta orang menjelang awal abad ke-20 dan
menimbulkan masalah kekurangan tanah untuk pertanian dan berlaku pengangguran.
- Ditambah pula dengan kemarau dan bencana alam seperti di Anhwei, Chiking dan Shantung.
- Menimbulkan kesengsaraan rakyat dan menimbulkan perasaan marah terhadap pemerintah
Manchu.
3. Kemasukan kuasa Barat
- Kemasukan orang Barat telah memberi kesan kepada aspek perdagangan dan aspek
keagamaan.
- Masyarakat China merasakan untuk menjadi maju mereka perlu menerima idea-idea daripada
Barat dan disesuaikan di China.
- Malangnya idea baru tidak disenangi oleh pemerintah Manchu lalu melaksanakan dasar tutup
pintu.
940/2
34
- Pada waktu yang sama Jepun telah membenarkan Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan Tung
Meng Hui semasa di Jepun dan memberi penerangan serta mendorong orang China di seberang
laut untuk menyokong pemberontakan ini.
4. Penguasaan ekonomi oleh orang asing
- Orang Barat telah menguasai ekonomi China melalui beberapa siri perjanjian seperti perjanjian
Nanking yang membenarkan Barat menguasai ekonomi dan sumber China.
- Kesannya kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai
pelabuhan utama sekitar Peking bandar utama.
- Perjanjian ini menyebabkan hilangnya punca kewangan China kerana terpaksa membayar
pampasan kepada kuasa Barat. Contohnya pada tahun 1894-1895, Perjanjian Shimonoseki yang
terhasil akibat peperangan antara Jepun dengan China yang menyebabkan China terpaksa
membayar sebanyak 450 juta tael.
- Menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap kelemahan pemerintahan
Manchu.
5. Peranan golongan terpelajar
- Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen memainkan peranan dalam mempengaruhi
masyarakat dan meniupkan semangat nasionalisme mengenai kelemahan pemerintahan
Manchu.
6. Kemudahan Sistem perhubungan
- Revolusi China 1911 juga dipercepatkan oleh kemudahan sistem perhubungan yang terdapat di
China seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf menyebabkan idea-idea
nasionalisme cepat disalurkan.
- Kemudahan media cetak juga turut menyumbang ke arah ini. Contohnya, Dr. Sun Yat Sen sendiri
pernah menerbitkan akhbar Min Poa atau The People untuk menyemarakkan semangat
nasionalisme dan revolusi China pada tahun 1911.
REVOLUSI SIAM 1932 ( 10 markah )
1. Lahir golongan berpendidikan Barat
- Pembaharuan yang dibuat oleh Raja Mongkut dan anakandanya Raja Chulalongkorn dalam
bidang pendidikan melahirkan golongan cerdik pandai dan liberal yang akhirnya memikirkan
demokrasi berparlimen.
- Idea pembaharuan ini lahir daripada Profesor Pridi Panomyong yang merasakan perlu
dilakukan suatu pembaharuan dalam politik, ekonomi dan sosial
- Begitu juga dengan mereka yang mendapat pendidikan Barat terpengaruh dengan idea
demokrasi Barat dan anti kuasa mutlak raja serta sistem monarki dianggap sebagai penghalang
kemajuan.
- Beliau dibantu oleh Mejar Phibul Songkram (Ketua Turus Angkatan Tentera Siam)
- Golongan berpendidikan ini juga merasakan mereka tidak mendapat jawatan yang setaraf
dengan kelulusan mereka kerana kebanyakan jawatan dipegang oleh ahli aristokrat.
940/2
35
2. Kelemahan pemerintahan Raja Prajadhipok
- Pada masa pemerintahan beliau, Siam mengalami masalah ekonomi yang serius antara tahun
1913-1925.
- Perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% sementara pendapatan negara pula adalah
sekitar 25%.
- Tindakan yang diambil oleh Prajadhipok juga kurang disenangi kerana memotong gaji pegawai
dan mengurangkan jumlah kakitangan serta mengenakan cukai baru dalam usaha memulihkan
ekonomi.
- Pembubaran pasukan The Wild Tiger Corps yang diasaskan oleh Raja Vajiravudh menimbulkan
kemarahan di kalangan anggota tentera yang kehilangan pekerjaan. Beliau dituduh memberi
jawatan tinggi kepada kerabat diraja sahaja sehingga mengabaikan rakyat mereka yang
berpendidikan untuk menjawat jawatan yang sama.
- Rasa tidak puas hati di kalangan tentera memuncak apabila pada tahun 1912 dan 1917 berlaku
cubaan mengulingkan Raja Prajadhipok tetapi gagal.
3. Dasar pilih kasih Prajadhipok
- Beliau dianggap oleh rakyat memilih kasih dalam pemerintahannya.
- Hanya mempercayai golongan diraja sahaja dalam membantu pemerintah negara melalui
penubuhan kementerian.
- Sebagai contoh pada tahun 1925, beliau telah menubuhkan Majlis Penasihat tetapi
keanggotaannya hanyalah terbatas kepada putera-putera diraja sahaja dan inilah yang
menggalakkan semangat penentangan pemerintah diraja.
4. Perselisihan antara golongan pemerintah daripada kalangan istana
- Pemerintahan beraja mula menampakkan konflik pada tahun 1931 melibatkan Putera
Bovaradej sebagai Menteri Pertahanan dengan Putera Purachartra sebagai Menteri
Perdagangan.
- Perselisihan berlegar mengenai ekonomi dan penyelesaiannya.
- Putera Bovaradej pernah mencadangkan kenaikan gaji untuk golongan tentera tetapi telah
ditolak oleh Prajadhipok.
- Perselisihan ini telah memberikan gambaran yang kurang sihat kepada rakyat dan
mempercepatkan mereka menyokong Revolusi Siam.
5. Peranan Parti Rakyat
- Melalui kepimpinan Pridi Panomyong, Kolonel Bahul dan Mejar Pibul Songkram telah
melancarkan satu rampasan kuasa setelah penubuhan Parti Rakyat pada 26 Jun 1932.
- Semasa rampasan kuasa berlaku, Raja Prajadhipok berada di luar negara dan sekembalinya
beliau selepas dua hari berlaku pemberontakan, beliau telah bersetuju untuk menerima
perlembagaan yang dirangka oleh Pridi Panomyong pada Disember 1932.
940/2
36
KESIMPULAN ( 2 markah )
- Kebangkitan rakyat terhadap pemerintah memberi kesan langsung kepada negara.
- Revolusi China 1911 telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan Republik
China. Revolusi Siam 1932 pula telah membawa kepada pemerintahan Raja Berperlembagaan.
940/2
37
Soalan 12
Bincangkan perkembangan politik di Thailand dan Filipina selepas Perang Dunia Kedua.
PENDAHULUAN ( 3 markah )
a. Selepas Perang Dunia Kedua, politik di Thailand melalui pertukaran kerajaan yang diterajui oleh
golongan tentera. Pihak tentera memainkan peranan penting dalam politik Thailand sejak
berlakunya Revolusi 1932.
b. Di Filipina selepas Perang Dunia Kedua, perkembangan politiknya bergerak secara aman atau
mengikut perlembagaan.
ISI PENTING
a). Perkembangan politik Thailand ( 10 markah )
- Setelah kekalahan Jepun, Perdana Menteri Thailand Khuang Aphaiwong disingkirkan dan
tempatnya digantikan oleh Seni Pramoj.
- Disebabkan tidak berpengalaman, pentadbiran yang diterajui oleh Seni Pramoj hanya bertahan
sehingga Januari 1946.
- Pada tahun 1946, Nai Pridi Phanomyong menjadi Perdana Menteri.
- Semasa pentadbiran beliau, Raja Ananda Mahidol ditembak mati. Raja Bhumipol Adulyadej,
adinda kepada Raja Ananda menaiki takhta kerajaan Thailand.
- Pada bulan Ogos 1946, Pridi melantik Thamrong Nawasawat sebagai Perdana Menteri.
- Kerajaan di bawah pimpinan Thamrong hanya memerintah Thailand sehingga tahun 1947.
- Phibul Songgram melancarkan satu rampasan kuasa pada tahun 1947 dengan bantuan pihak
tentera dan berjaya merampas kuasa daripada Thamrong Nawasawat.
- Phibul berjaya mewujudkan keadaan politik Thailand yang mapan dan stabil serta membentuk
satu era perlembagaan baru.
- Phibul berjanji mengadakan pilihanraya dan mengatur semula parlimen
- Pada tahun 1948, pilihan raya umum yang diadakan oleh Phibul mendapat sokongan dan
kepercayaan rakyat Thailand. Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Thailand dan
menjalankan pemerintahan mengikut dasar diktator tentera.
- Dengan bantuan dua orang sahabatnya iaitu Jeneral Phoa Sriyanon dan Jeneral Sarit Thanarat
beliau dapat meneguhkan kuasanya.
- Perlembagaan baru digubal pada tahun 1949. Melalui penggubalan ini, parlimen dibahagi
kepada dua buah dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Diraja. Keanggotaan ahli Dewan Rakyat
ditentukan oleh raja.
- Phibul menjalinkan hubungan persahabatan dengan Amerika Syarikat dan menjalankan dasar
anti- komunis.
- Beliau memberi kebebasan berpolitik kepada rakyat dan membenarkan pergerakan bebas partiparti
politik.
- Raja Bhumipol Adulyadej telah memainkan peranan secara simbolik dalam kerajaan Thailand.
- Pada tahun 1958, Phibul dan sahabatnya Jeneral Phao telah disingkirkan oleh Jeneral Sarit
Thanarat yang kemudiannya memerintah secara mutlak.
b). Perkembangan politik di Filipina ( 10 markah )
- Pada 27 Februari 1945, Amerika Syarikat telah membebaskan dan menyerahkan Filipina kepada
Presiden Osmena.
- Osmena memulihkan jentera kerajaan dengan menubuhkan beberapa agensi baru serta sebuah
kabinet baru yang bertujuan untuk membicarakan pengkhianat pada zaman Jepun.
- Pada Jun 1945, kongres Filipina dibuka semula. Usaha-usaha memperjuangkan kemerdekaan
diteruskan seperti mana dijanjikan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebelum Perang Dunia
Kedua.
- Pada 5 Januari 1946, kongres Filipina bercadang mengadakan pilihan raya pada 23 April 1946.
940/2
38
- Rang Undang-undang Perdagangan Bell dan Rang undang-undang Tydings telah diluluskan oleh
kongres Amerika Syarikat untuk memulihkan ekonomi Filipina selepas perang.
- Parti Liberal dibawah pimpinan Manuel A. Roxas telah mencapai kemenangan.
- Manual A. Roxas dipilih sebagai presiden. Beliau melantik ahli-ahli kongres baru dalam
persiapan untuk mengisytiharkan kemerdekaan republik Filipina.
- Senator Jose Aveline dilantik sebagai Presiden Senator manakala Eugene Perez dilantik sebagai
Speaker Dewan Perwakilan
- Akta Tydings memberi bantuan kewangan kepada Filipina manakala Akta Bell menekankan
perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan Filipina.
- Pada 4 Julai 1946, republik Filipina diisytiharkan sebagai sebuah republik yang merdeka oleh
Amerika Syarikat. Manuel A. Roxas dilantik sebagai Presiden yang pertama.
- Presiden Roxas menghadapi masalah dalam melawan gerakan Hukbalahap dan penindasan
yang dilakukan oleh tuan tanah terhadap penyewa.
- Beliau telah mewujudkan undang-undang yang meluluskan penetapan perkongsian daripada
tiga puluh kepada tujuh puluh antara tuan tanah dan penyewa tanah.
- Usaha Presiden Roxas diteruskan oleh pengantinya Presiden Epidio Qurino
- Ramon Magsaysay yang dilantik sebagai pengarah operasi hampir berjaya menghapuskan
gerakan Hukbalahap.
- Pada tahun 1953, Ramon Magsaysay mewakili parti Nacionalitas dan memenangi pilihan raya
seterusnya dilantik sebagai Presiden.
- Beliau cuba membangunkan ekonomi Filipina.
- Dasar luarnya menekankan semangat Asia.
- Walau bagaimanapun ia masih terikat dengan kuasa Amerika Syarikat dalam pertubuhan Seato.
- Pada awal tahun 1962 kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal tidak menerima
cadangan gagasan Malaysia.
KESIMPULAN (2 markah )
a. Selepas perang Dunia Kedua kebanyakan negara di Asia Tenggara mengalami perubahan politik
yang besar.
b. Situasi politik di Thailand terus dikuasai oleh pihak tentera.
c. Filipina pula terus memperjuangkan kemerdekaan yang dijanjikan Amerika sebelum Perang
Dunia Kedua meletus.
d. Pada 4 Julai 1946, Filipina berjaya membentuk kerajaan republik.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...