cikgu YaTie
Bincangkan kedudukan institusi kesultanan Melayu sebelum dan selepas campurtangan Brtish.

Soalan ini adalah soalan aras sederhana. Calon dikehendaki membincangkan kedudukan sultan sebelum dan selepas campurtangan British..sekiranya calon dapat menganalisis kehendak soalan, ianya merangkumi tema 1 dan tema 2 dalam sej Malaysia...ini bermakna calon mesti menguasai sukatan tema 1 dan 2, Sej Malaysia...

Pengenalan :

Pengenalan yang baik mestilah berkait dengan tajuk soalan :

Institusi Kesultanan Melayu adalah komponen utama dalam sistem pemerintahan feudal di Tanah Melayu. Ianya diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka. Sebelum pengaruh agama Islam..institusi ini dipengaruhi oleh agama Hindu-Budha...Dominasi agama Islam telah mengubah secara langsung institusi raja dengan konsep devaraja kepada institusi kesultanan. Sultan-sultan NNM seperti sultan Perak, Pahang, Selangor dan negeri Sembilan memegang gelaran yang berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama sebagai ketua negeri berkuasa mutlak.
Kedudukan institusi sultan sebelum British :
Calon mesti membincangkan kedudukan sultan dari aspek :
  1. Politik merangkumi pentadbiran dan perundangan - Sultan memegang kuasa eksekutif dan kuasa legislatif...dengan dibantu oleh institusi pembesar yang dilantik. Sultan juga melaksanakan kuasa judisiarinya termasuklah menjatuhkan hukuman mati. Dalam aspek kehakiman ini, sultan dibantu oleh golongan agama....
  2. Ekonomi di mana sultan merupakan kuasa ekonomi - menguasai sistem serah dan sistem kerah...wujud pembahagian ekonomi di antara sultan dengan pembesar.
  3. Sosial - sultan adalah ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu...sultan bertanggungjawab menjaga kepentingan sosial rakyat.

Kedudukan institusi sultan selepas campurtangan British..

Calon mesti membincangkan kedudukan sultan semasa ...

  1. Sistem Residen 1874-1896 - kedudukan sultan sebagai kuasa eksekutif,legislatif dan judisiary terjejas ekoran daripada wujudnya jawatan Residen di NNM Perak, Selangor, Pahang dan negeri Sembilan. Sultan hanya berfungsi sebagai ketua agama Islam dan adat Melayu sahaja. Dari aspek ekonomi, sultan tidak lagi mendominasi sistem kerah dan serah. Sultan diberi elaun dan cukai dikutip oleh pemungut hasil yang dilantik oleh British. Tindakan Residen mendorong penentangan masyarakat tempatan di NNM berkenaan.
  2. Persekutuan 1896 - Kedudukan sultan semakin terjejas ekoran kuasa pentadbiran berpusat di tangan residen Jeneral. 1901, Durbar ditubuhkan selepas desakan daripada sultan NNM...durbar membolehkan sultan NNM bersidang untuk membincangkan kedudukan sultan dan orang-orang Melayu. Majlis Mesyuarat Persekutuan dibentuk pada 1909 menyebabkan Durbar dibubarkan. Kuasa sultan semakin terjejas apabila sultan NNM hanya diiktiraf sebagai ahli biasa dalam MMP, yang sama tarafnya dengan ahli tidak rasmi MMP.
  3. Desentralisasi 1920-an dan 1930-an, sultan NNM menuntut kuasa dikembalikan. Desentralisasi peringkat pertama gagal kerana tentangan orang-orang Cina dan Eropah atas faktor kepentingan ekonomi dan desentralisasi kali kedua tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ekoran daripada pendudukan Jepun.

Kesimpulan :

Institusi kesultanan Melayu mengalami perubahan yang jelas selepas campurtangan British. Desakan sultan NNM supaya kuasa mereka dikembalikan berjaya diperoleh melalui disentralisasi peringkat kedua, bagaimanapun gagal dilaksanakan sepenuhnya ekoran daripada pendudukan Jepun. Kuasa sultan terhapus apabila British menubuhkan Kesatuan Malayan Union 1946.

Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...