Kepercayaan Tradisi dan Islam
Amalan kepercayaan masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh amalan dan keprcayaan dalam amalan nenek moyang atau kepercayaan Hyang, Hindu, dan Buddha seperti percaya kewujudan ‘mana’, mentera atau jampi, sihir, bomoh atau dukun, sumpah atau tulah, daulat raja, dan pelbagai jenis hantu yang berhubung kait dengan konsep syaitan dalam Islam. Kepercayaan kepada penyembahan nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu walaupun setelah kemasukan agama Hindu dan Buddha. Keadaan ini dapat dilihat daripada pemujaan yang dilakukan mereka di candi-candi Lembah Bujang yang tidak mempunyai kesamaan dengan penyembahan kuil oleh masyarakat Hindu-Buddha di India. Oleh itu, kepercayaan ini lebih tertumpu kepada perkongsian amalan yang dicampuradukkan sehingga mewujudkan satu amalan bentuk baru, tetapi masih didominasi oleh kepercayaan Hindu. Sehingga kedatangan Islam amalan-amalan ini masih tidak luput daripada naluri orang Melayu. Walaupun, amalan-amalan ini bertentangan dengan syariat Islam, ornag-orang Melayu masih tidak membuangnya daripada budaya masyarakat. Keadaan ini dapat difahami berdasarkan sebab-sebab berikut:
Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan.
· Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama.
Pensenyawaan unsur Islam dan Hindu
· Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh:
· Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konseop menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu.
· Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagian-bahagian mayat yang pecah.
· Majlsi perayaan: Memasang pelita. Dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya.
Cara pendakwahan
· Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan.
· Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt.
· Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana.
· Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan amalan Islam.
Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan.
· Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza.
· Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalancara hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.
· Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu sama.
Pengaruh adat dan budaya masyarakat.
· Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al Quran dan sunnah Nabi saw.
· Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation dan rearrangement.
Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara baru ( rearrangement ).
· Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh:
· Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.
· Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan
· Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt. Siva dianggap mahaguru, Nur muhamad dan Luqman Al-Hakim adalah pawang silam dan aku adalah pawang keempat, Pawang tuan juga dikaitankan dengan Siva, Nabi Muhamad dan kadang kala Allah swt.
Aspek Kepercayaan
Mana :

Satu aspek kepercayaan yang membolehkan seseorang mendapat MANA atau kekuatan daripada seseorang yang dikalahkan atau dibunuh. Sebagai contoh seorang pahlawan yang berjaya membunuh musuhnya, pahlawan tersebut mendapat kekuatan atau kesaktian musuhnya yang dibunuhnya.
Mentera dan jampi :
John D. Gimette dalam bukunya A Dictionary of Malay Medicine mentakrifkan Jampi atau mentera sebagai penggunaan serapah oleh bomoh atau pawang dalam amalan sihir orang Melayu. Selalu ia menggunakan kata-kata atau ayat-ayat tertentu yang difahami maksudnya oleh Bomoh. Apabila kedatangan Islam kata-kata atay ayat tersebut ditukar bentuk kepada ayat-ayat suci Al-Quran. Sebagai contohnya ayat-ayat yang digunakan sebelum kedatangan Islam adalah seperti yang berikut:
“ Hai pinang sepiak muri tanaman Maharaja Dewana......” Perkataan Maharaja Dewana ini boleh ditukarkan kepada nama para nabi atau wali dalam Islam.. dan boleh ditambah dengan kalimah syahadah.

Sihir dan tilik:
Ibnu Khaldun melihat sihir dan tilik sebagai satu ilmu tentang persediaan jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama dilihat sebagai sihir dan kedua tilik.
A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English menyatakan sihir adalah seni yang mengawal kejadian dengan pendakwaaan penggunaan tenaga luar biasa. Ia witchcraft, praktis tahyul primitif berdasarkan kepercayaan terhadap agen ghaib. Sihir hitam dilakukan dengan pertolongan syaitan dan sihir putih ( ? ) tanpa pertolongan syaitan.
Tahap-tahap atau martabat sihir:
1. Ia dapat mempengaruhi melalui kemahuan semata-mata tanpa bantuan. Ini yang disebut sihir oleh golongan failasuf.
2. Ia dapat mempengaruhi dari bantuan dari mizaj, bintang-bintang, elemen-elemen alam atau angka-angka bilangan, ini yang dinakan tilik , ia lebih lemah daripada yang pertama.
3. Ia dapat mempengaruhi perasaan yang berkhayal dan gambaran yang mahu diberikan dan kemudian membawanya kembali kepada alam nyata, seperti membuat mereka seolah-seolah ternampak sesuatu, sedangkan ia sebenarnya tidak ada di hadapan mereka. Ini yang disebut khayalan atau hallucination oleh golongan falsafah. Setelah kedatangan Islam istilah sihir ditukar kepada jampi serapah atau mentera.
Bomoh /Pawang/Dukun:
Dianggap oleh masyarakat Melayu berasal dari Luqman Al-Hakim, dan bertugas bagi menyembuhkan sihir. Ia sebagi alat bagi mengubati penyakit dan dilihat sebagai seorang yang berdekatan dengan Tuhan. Oleh itu, ia mendakwa diri mereka sebagai keturunan daripada para aulia atau wali, dan sebelum Islam biasanya ia mempunyai kuasa berhubung dengan para dewa seperti Siva.
Catat Ulasan