cikgu YaTie
Struktur pentadbiran / Peranan Pembesar:

Siam

I. Pembahagian rakyat kepada dua golongan:
a. Golongan Tentera - di bawah Kalahom - penguasaan di selatan Siam
b. Golongan Awam - di bawah Mahatthai - penguasaan di Utara Siam.

ii. Di bawah kedua-dua bahagian ini terdapat empat kementerian dan diketuai oleh menteri.
a. Perbendaharaan
b. Istana
c. Ibu kota
d. Tanah

iii. Abad ke -17 menteri-menteri Kalahom dan Mahathai bertukar fungsi kepada ketua wilayah dan berperanan untuk:
a. mengerahkan rakyat tempatan semasa perang.
b. menyimpan rekod-rekod banci rakyat.
c. menyelia pentadbiran harian wilayah-wilayah yang merangkumi perjalanan mahkamah, cukai yang sepatutnya dibayar oleh setiap wilayah.
d. Perbendaharaan - pengendalian perdagangan raja dengan dunia luar seterusnya menjadi Menteri Luar.

iv. Ditadbir seperti hak keluarga dengan hak dalam hal ehwal dalam negeri, keadilan, pertahan dan kewangan
Burma

I. Petadbiran dibahagikan kepada pegawai-pegawai ikut fungsi seperti Raja Muda, Wungyi (Menteri ), Menteri Muda ( wundauk ) , setiausaha-setiausaha, dan pegawai istana ( atwinwun ).
ii. Wungyi dan wundauk menjadi anggota Majlis Negara ( Hluttaw ) - yang berfungsi sebagai mahkamah agung. Menguasai jabatan-jabatan seperti perbendaharaan dan tempat menyimpan kelengkapan tentera dan arang batu.
iii. Atwinwun - darjat lebih rendah , tetapi lebih berkuasa kerana bekerja di istana dan ada hubungan dengan raja.
iv. Kenaikan pangkat berdasarkan:
a. pendidikan.
b. perkhidmatan tentera.
c. hubungan patron- klein seperti dalam kes Kinwun Mingyi atau U Gaung.
v. Peranan lain pembesar Burma ialah:
a. pembekal tenaga tentera raja. ( Myowun ) Gabenor.
b. Hubungan luar ( Kes Kinwun Mingyi ingin dapatkan pengiktirafan Inggeris terhadap kedaulatan Raja Burma ).
c. Beperanan dalam menentukan pengganti raja - U Gaung berperanan menggantikan Mindon dengan Thibaw.
d. Peranan Ketua Kampung ( Ywa Thugyi )
I. Mengutip cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang .
ii. Menentukan pengeluaran makanan dan tenaga buruh untuk negara.

Vietnam

a. Struktur organisasi pentadbiran Vietnam dipengaruhi unsur China dan terdiri daripada:
I. Raja - ] Pentadbiran Pusat
ii. Quan - ]
Quan dibahagikan kepada peringkat atau gred. Quan awam mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Quan tentera.
Quan Awam mengetuai tentera dan membuat keputusan yang berkaitan dengan tentera walaupun tidak ada latihan.
iii. Xuan ( Desa ) - Pentadbiran Desa
b. Pentadbiran Pusat bertanggungjwab terhadap pertadbiran negara, perjalanan undang-undang dan pelajaran. Dilakukan melalui :
Enam jabatan penting:
I. Istiadat - bertanggungjawab terhadap pelajaran dan perhubungan luar.
ii. Takwim bulan
iii. Perkhidmatan awam - mennetukan pelantikan, tugas, kenaikan dan penurunan pangkat.
iv. Kerja raya. - pembangunan tali air.
v. Kewangan
vi. Kehakiman dan Peperangan.
Dasar negara dijalankan melalui Majlis Sulit ( co-mat-vien ).
Pengerusi : Maharaja
Jawatankuasa: Empat orang Menteri Kanan dan Pegawai Istana.
Bertanggungjawab meluluskan atau memberikan pandangan yang berkaitan negara.
c. Pentadbiran Desa - unit pentadbiran paling bawah.
Berkisar pada suku -suku keluarga dan ketua desa. Peranan yang dijalankan:
I. mengenakan hukuman terhadap kesalahan ringan
ii. berfungsi sebagai bapa kepada anak mereka
iii. menggubal dasar umum tterhadap tanah awam
iv. menyelia projek awam.
v. membahagikan tanah dan air untuk pertanian.
vi. menentukan siapa yang diperlukan untuk memenuhi kerah kerajaan
vii. memungut cukai
viii. menjadi ketua upacara.
ix. mengemaskinikan daftar penduduk.
x. mengerahkan tenaga buruh dan rakyat yang bakal berkhidmat dalam tentera dan buruh.
Kesan peranan ketua desa merupakan simbol penting pemerasan peringkat pusat dan kemudiannya kolonial Perancis.
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...