cikgu YaTie

Sistem Beraja / Maharaja

Konsep

1. Ketuhanan

a. Jepun Maharaja ialah keturunan Amaratsu - Dewi Matahari
b. Burma, Thailand, dan IndoCina pengaruh Budha Theravada - kedudukan raja penting
dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang.
c. Sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.
d. Burma , Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang berasaskan pada penguasan buruh. Kedaulatan raja hasil daripada pengaruh Budha dan Hindu. Kawasan Istana suci. Rakyat perlu ikut peraturan seperti tundukkan kepala, membuka kasut.
e. Raja Nguyen anggap dirinya Thein-tu - anak tuhan, hak memerintah sebagai wakil tuhan.
f. Keturunan raja Kampuchea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 - 1970 ) dianggap suci.
g. Raja Siam berteraskan konsep divine kingship yang dipengaruhi unsur Budha dan Hindu


Peranan Raja/Maharaja

1. Burma
a. penaung dan pengembang agama
b. penakluk negeri.
c. tunggak kekuatan dan keupayaan negeri.
d. pemberi pengesahan kepada sistem politik dan sosial.
e. menjamin pengekalan adat resam tempatan dan mempunyai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan datang.

Ciri-ciri kekuasaan raja Burma:
I. Pengumpulan gajah putih.
a. Dikaitkan dengan ciri-ciri luar biasa raja - gagah dan negara semakin makmur.
b. Gajah putih sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.

2. Vietnam
a. Raja sebagai punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta ayah kepada rakyat. Sebab manusia diberi keupayaan yang berbeza dan raja memiliki kelebihan.

3. Kampuchea
a. Rujukan undang-undang dan pertuturannya dianggap undang-undang.
b. Tempat menaruh harapan kepada mereka yang hadapi masalah.
c. Raja lambang kemamkmuran negara - tiada raja bermakna negara musnah.

4. Siam
a. Pelindung rakyat
b. Mempunyai kuasa mutlak semua yang ada di bumi.
c. Peranan Raja Siam dalam Dinasti Chakri 1782 - 1910:
Peranan Rama 1 1782-1809.
I. Mengeluarkan undang-undanh seperti yang diperlukan.
ii. Memastikan upacara negara dijalankan.
iii. Menjadi penaung kepada Buddhaisme.
iv. Menggalakkan kesusasteraan rakyat.
v. Mengubahsuai tradisi Ayudhya yang berkaitan dengan undang-undang cerai, kesusasteraan dan sejarah, undang-undang agama, dan istiada negara. - Revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia untuk menentukan nasib dan negara.
Peranan Rama 2 dan 3
I. Melaksanakan upaca negara
ii. menjamin keamanan dalam negeri.
iii. Mempertahankan negeri daripada tekanan luar.
iv. Memperkembangkan keintelektualan - Rama 3

Ciri-ciri kekuasaan raja Siam:
I. Pengumpulan gajah putih - simbol kebebasan raja

5. Jepun
a. Bertugas hanya dalam melaksanakan upacara sahaja.
b. Tugas-tugas pemerintahan dan pentadbiran terletak pada Shogun.
c. Shogun memerlukan Raja bagi mengesahkan pelantikan dan menerima taat setia daripada rakyat.
d. Raja ialah sumber kedaulatan, tetapi bukan sumber kuasa.
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...