Bahagian A : Sej Malaysia
Tema 1 : Masyarakat Tempatan
Calon sewajarnya menguasai sepenuhnya isi kandungan tema 1. Biasanya aras soalan berkaitan tema 1 yang dikemukakan adalah aras mudah dan sederhana.
Contoh :
Bincangkan institusi pemerintahan tradisional di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.
Berdasarkan soalan ini..

- Calon mestilah memahami konsep dan istilah dalam soalan...institusi pemerintahan tradisional merujuk kepada komponen politik iaitu sistem beraja/sultan dan pembesar. Calon mesti membincangkan kedua-dua komponen ini. Calon akan kehilangan markah sekiranya mengabaikan salah satu komponen tersebut.
- Calon mestilah memahami kehendak soalan.....calon mesti membincangkan kedudukan dan peranan kedua-dua komponen tersebut dalam pemerintahan di Tanah Melayu.
Tips : Calon mesti menguasai bahagian pengenalan dan penutup. Pengenalan yang baik mesti berkait dengan tajuk soalan. Bagi soalan ini, pengenalan adalah berkaitan dengan sistem politik feudal Tanah Melayu....bagi bahagian penutup..calon boleh kaitkan dengan kedudukan komponen tersebut selepas campurtangan barat.
Catat Ulasan