cikgu YaTie


Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga awal abad ke 19.

Pengenalan

Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan Adat Perpatih, menjadi undang-undang bertulis apabila ianya dikanunkan oleh sultan-sultan Melayu. Antara undang-undang tersebut ialah Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Isi ( 20 M )

1. Undang-undang Pahang

a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah
b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam
c) Dibahagikan kepada 3 bahagian :

· Adat Lembaga Negeri – menerangkan keistimewaan raja dan pembesar, larangan dan tugas pembesar
. Undang-undang jenayah – hukuman kesalahan adalah keras contoh kepada penderhaka

· Undang-undang awam – merangkumi tanah dan rumah

2. Undang-undang 99 Perak

a. Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz.
b. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab
c. Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :
· Tugas dan tanggungjawab pemerintah
· Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja
· Perkara-perkara jenayah
· Hal-hal kekeluargaan

3. Undang-undang Kedah

a. Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum kanun Datuk Kota Star
b. Antara perkara yang terkandung ialah :
· Undang-undang Pelabuhan menyentuh urusan perdagangan, sukatan, dan ukiran
· Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum pertanian dan ternakan, tugas-tugas penghulu dan urusan jual beli
· Perkara adat meminang

4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

a. Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung T.M
b. Berdasarkan system pentadbiran di Britain.
c. Antara perkara yang terkandung ialah :
· Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing
· Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri
· Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang

5. Undang-undang Islam

a. Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak.
b. Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah
c. Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda

Kesimpulan

Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan. Selepas campurtangan British, undang-undang Brtish diperkenalkan dan digunapakai dalam sistem perundangan di Tanah Melayu.














Labels: | edit post
Reactions: 
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...