Topik berkaitan adat di Asia lazimnya adalah dalam bentuk soalan aras mudah....rujuk juga adat-adat yang diamalkan di Asia Tenggara.
Masyarakat tempatan di Asia mempunyai sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi. Sistem bermasyarakat yang berasaskan hukum adat menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian. Adat merupakan amalan dari generasi ke generasi dan menjadi satu kesalahan jika tidak diamalkan. Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan India sebelum kedatangan kuasa Barat.
B) ISI (20 M)
1. AMALAN ADAT DI CHINA (10 M)
a.Adat berkenaan bayi/anak kecil
i.Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak mereka dilahirkan sehinggalah pada hari kematian mereka.
ii. Kehidupan mereka dilingkungi oleh adat dan setiap adat haruslah dipatuhi.
iii. Mengikut masyarakat Cina, semasa seseorang bayi dilahirkan, anak tersebut telah berumur satu tahun dan semasa anak tersebut berumur satu tahun dia dikira berusia dua tahun.
iv. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan adat sejak kanak-kanak lagi.
v. Mereka ditekankan dengan ajaran Confucius dan menghormati keluarga.
b.Adat wanita hamil
i. wanita hamil tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengebumian dari mula proses kehamilan sehingga ke seratus haris selepas tempoh bersalin.
ii. Wanita yang baru melahirkan anak perlu berehat dan mengambil banyak makanan yang berkhasiat
iii. Mereka dilarang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan mentah untuk menggelakkan daripada jatuh sakit.
iv. Larangan ini bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru dilahirkan.
c.Adat berkaitan anak lelaki
i. Masyarakat Cina memberi keutamaan kepada kaum lelaki dan dianggap penting dalam sesebuah keluarga kerana mereka akan mengekalkan nama keluarga.
ii. Bagi anak perempuan yang berkahwin pula, secara tidak langsung mereka akan memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan nama keluarga suaminya.
iii. Oleh itu, kelahiran anak lelaki disambut dengan begitu meriah berbanding dengan kelahiran anak perempuan.
d.Adat membebat kaki anak perempuan
i. Anak perempuan akan sentiasa dikawal dan tinggal di rumah sahaja.
ii. Untuk memastikan kawalan ke atas anak perempuan ini dilaksanakan, kaki anak anak gadis akan dibebat antara tingga hingga lapan tahun.
iii. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kaki menjadi tidak seimbang dan mereka hanya mampu melangkah pendek ketika berjalan.
e.Adat perkahwinan
i. Menurut adat ini, pihak pengantin perempuan tidak akan mengadakan majjlis perkahwinan.
ii. Majlis perkahwinan hanya akan diadakan oleh pihak pengantin lelaki sahaja.
iii. Malahan, dalam masyarakat Cina, perkahwinan telah diatur sejak kecil untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
f.Mementingkan perkahwinan
i. Masyarakat Cina amat mementingkan perkahwinan kerana perkahwinan akan melahirkan generasi baru yang bakal mengantikan generasi lama.
ii. Oleh itu, anak adalah perkara yang penting dalam hubungan kekeluargaan Cina.
iii. Masyarakat Cina percaya kesalahan terbesar seorang anak ialah tidak melahirkan generasi akan datang dan perkara ini akan menghapuskan keturunan generasi orang tuanya kerana setelah mereka meninggal dunia kelak, tidak akan ada persembahan bagi memuja roh mereka.
iv. Oleh itu, sesiapa yang tidak mempunyai anak dianggap memalukan generasi yang terdahulu daripadanya.
g. Adat kowtow
i. Adat ini merupakan satu cara menghormati raja ketika menghadap raja.
ii. Rakyat akan meniarap sembilan kali dihadapan maharaja sebagai penghormatan kepada pemerintah.
iii. Adat ini juga diguna pakai kepada orang Barat yang datang ke negeri Cina.
iv. Duta-duta dari negara Portugis, Belanda, dan England dikehendaki melakukan kowtow di hadapan maharaja.
2. AMALAN ADAT DI INDIA (10 M)
a. Mengamalkan adat berdasarkan pengaruh agama Hindu
i. Pengaruh agama Hindu banyak mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat India.
ii. Misalnya, mencecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi yang dilakukan oleh golongan Brahmin.
b. Adat wanita hamil
i. Wanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan mempengaruhi anak dalam kandungannya.
ii. Oleh itu, ibu yang hamil tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh, dan sebagainya.
iii. Hal ini bertujuan untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.
c. Adat Sutte
i. Adat ini diamalkan apabila seseorang isteri kematian suaminya. Adat ini merupakan pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan merelakan diri mereka dibakar bersama mayat suami semasa upacara pengebumian.
ii. Adat ini diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seseorang isteri terhadap suami.
iii. Namun adat ini telah dihapuskan oleh William Bentinck melalui akta tahun 1829.
d. Adat Thuggee
i. Adat Thuggee dilakukan golongan Thug di wilayah Timur Laut India. Adat ini merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya.
ii. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.
iii. William Bentinck telah membentuk sebuah badan untuk menghapuskan golongan Thug ini pada tahun 1829.
iv. Akibatnya beratus-ratus golongan Thug telah berjaya dibunuh dan lebih daripada tiga ribu Thug ditangkap pada tahun 1831 hingga 1837.
e. Adat pembunuhan bayi perempuan
i. Masyarakat India tidak gemar akan kelahiran bayi perempuan kerana mereka bersifat patrilinal, iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding anak perempuan.
ii. Bagi mengatasi masalah ini, mereka telah melakukan adat pembunuhan bayi perempuan .
iii. Pembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil lagi iaitu semasa bayi tersebut ingin menyusu, ibu bayi itu akan meletakkan racun pada puting susu dan menyusukan bayinya.
iv. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak mereka berkahwin kelak.
f. Adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu
i. Dalam adat ini balu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka.
ii. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja.
iii. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.
iv. Bagaimanapun pada tahun 1853, Lord Dalhousie memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula Balu . Namun akta ini tidak dapat diterima oleh masyarakat India.
g. Adat Pemberian Dowri
i. Sebelum perkahwinan dijalankan pihak perempuan akan meminang pihak lelaki.
ii. Pihak lelaki akan menetapkan kepada keluarga pengantin perempuan untuk memberikan dowri.
iii. Pemberian dowri wajib diberikan oleh pihak perempuan untuk mengekalkan perkahwinan.
C. KESIMPULAN (2@3 M)
Adat memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat di China dan India. Adat dijadikan panduan dan sempadan yang harus diikuti oleh setiap ahli bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Catatan
Adat-adat lain jika tepat dan berkaitan hendaklah diberi markah.
Adat-adat lain jika tepat dan berkaitan hendaklah diberi markah.
Catat Ulasan