cikgu YaTie
Mohammad Azri Bin Zul...
Bincangkan proses campur tangan British di negeri-negeri melayu pada awal abad ke-19?

Pentadbiran British di negeri-negeri selat telah membuka ruang kepada British untuk campur tangan di negeri-negeri melayu seperti Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Perubahan dasar tidak campur tangan British kepada dasar campur tangan membolehkan British bertindak mencampuri urusan dalaman negeri-negeri tersebut. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada proses campur tangan British di negeri-negeri tersebut.
(pengenalan yang baik walaupun ringkas....pengenalan mesti dikaitkan dengan tajuk soalan )

* bagi bahagian isi, markah keseluruhan ialah 20 M..ini bermakna jawapan mestilah merujuk kepada empat NNM tersebut....secara keseluruhannya isi yang dibincangkan oleh saudara Azri adalah baik dan menepati kehendak soalan..5 M bagi setiap negeri yang dibincangkan, jika diteliti setiap pengembangan isi beliau berjaya menghubungkaitkan faktor dan proses dengan tepat, ringkas dan padat.

Proses campur tangan British di Perak bermula dengan tindakan Raja Abdullah yang meminta bantuan British untuk mendapatkan takhta Perak. Tindakan beliau mendorong Sir Andrew Clarke untuk meninjau masalah anarki di Perak. Campur tangan British juga dikaitkan dengan pergaduhan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San yang mencetuskan Perang Larut 1,2 dan 3 keadaan ini menyebabkan kegiatan perusahaan bijih timah terjejas dan merugikan pemodal-pemodal British di negeri-negeri selat. Atas faktor ini juga, pemodal-pemodal ini mendesak supaya British campur tangan di Perak. Perjanjan Pangkor yang ditandatangani pada tahun 1874 adalah pemulaan penjajahan British di Perak. Campur tangan British di Perak secara rasmi bermula dengan pelantikan J.W.W Birch sebagai Residen British pertama di Perak.

Proses campur tangan British di Selangor pula bermula dengan perebutan daerah Klang antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Daerah Klang kaya dengan hasil bijih timah. Selepas kemangkatan Raja Abdullah , anakandanya Raja Ismail menyambung penentangan dgn Raja Mahadi. Raja Ismail meminta bantuan Tunku Kudin untuk mendapatkan semula Klang. Selain itu, beliau juga mendapat sokongan oleh Yap Ah Loy dan Fui Chew(Hai San). Sementara Raja Mahadi pula disokong oleh Maharaja Abu Bakar dan Ghee Hin. Ketika itu juga kedua-dua kongsi gelap cina ini bertelingkah atas sebab pebunuhan seorang wakil Yap Ah Loy oleh pihak Yeng Chew. Selain itu, kegiatan lanun telah merompak sebuah kapal milik Britain. Pihak British memaksa Sultan Abdul Samad membicarakan kes tersebut. peristiwa ini, memberi ruang kepada Sir Andrew Clarke untuk melantik seorang Residen British iaitu J.G. Davidson walaupun pada mulanya Sultan Abdul Samad tidak bersetuju.

Proses campur tangan British di Pahang pula bermula dengan Sultan Ahmad ingin memajukan Pahang dengan menggalakkan pelabur asing dengan memberi konsesi tanah. Hal ini menyebabkan rakyat tidak berpuas hati kerana tanah mereka diberi kepada pelabur asing. Adik Sultan Ahmad iaitu ( Wan Masyur )menuntut takhta dan telah meminta bantuan British untuk mendesak Sultan Ahmad untuk mendapatkan takhta Pahang. Oleh itu, British membuat perjanjian dengan Sultan Ahmad. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah Sultan Ahmad mestilah menerima seorang penasihat British tetapi peranannya sangat terhad. Selepas peristiwa pembunuhan Goh Hui iaitu rakyat British berketurunan cina berhampiran istana Sultan Ahmad. British menggunakan peristiwa ini untuk terus menguasai Pahang. Akhirnya, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British pertama di Pahang.

Alasan yang digunakan oleh British untuk campur tangan di negeri Sembilan adalah untuk menamatkan konflik pembesar-pembesar yang tercetus bagi mengusai Negeri yang kaya dengan hasil Bijih Timah ini. Campur tangan British bermula apabila Dato’ Kelana meminta bantuan British untuk mengukuhkan kedudukannya. Selain itu juga desakan oleh saudagar dari Negeri-negeri Selat yang takut perdagangan Bijih Timah mereka di sungai Ujong terancam. British menyediakan 160 orang tentera kepada Dato’ Kelana untuk menyerang Dato Bandar. Mereka Berjaya dan British mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pembesar. Kapten Tathan dilantik sebagi penolong Residen di Sungai Ujong. Pertelingkahan antara pembesar terus berlaku di Rembau dan Seri Menanti dari segi pungutan cukai dan perebutan kawasan. Oleh itu British telah melantik Martin Lister sebagai Residen British pertama di Negeri Sembilan. British juga telah mengabungkan semua daerah di bawah satu pemerintahan dan diberi nama Negeri Sembilan.

Kesimpulanya, campur tangan British di negeri-negeri melayu berpunca daripada keinginan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di tanah melayu. Kelemahan pentadbiran pembesar-pembesar tanah melayu memudahkan British mengusai perdagangan bijih timah. Kita mestilah menjadikan peristiwa ini sebagai cont0h untuk kita tidak lagi dijajah oleh pihak asing.

( bagi bahagian kesimpulan...calon tidak perlu memberikan pernyataan peribadi seperti " kita mestilah.........". kaitkan dengan ekoran campurtangan British...timbul reaksi masyarakat tempatan )

( M 19/25 )

Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...