cikgu YaTie
Ekonomi Komersial

Dalam sistem ekonomi komersial aktiviti ekonomi menjurus pada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan dieksport dan dijual kepada pedagang bagi mendapatkan kewangan. Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu didominasi oleh aktiviti pertanian sara diri, aktiviti dagangan masih beroperasi. Hal ini kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu adalah terbuka.

Walaupun ekonomi Tanah Melayu lebih kepada ekonomi sara diri, aktiviti komersial masih dijalankan. Keadaan ini dimonopoli oleh golongan bangsawan dan bukannya petani. Ia dapat difahami kerana para bangsawan memiliki kuasa untuk mengenakan cukai, pengurniaan tanah, dan mengambil semula tanah. Kuasa dan kekuasaan yang dimiliki mereka menjadikan para petani sebagai golongan yang menjadikan golongan bangsawan semakin kaya. Oleh sebab golongan petani ialah golongan yang mengikut dan memberikan tumpah taat setia yang tidak berbelah bahagi ini menyebabkan mereka terpaksa menyerah dan mematuhi kehendak para pembeasar. Biasanya kedaan ini difahami sebagai satu kesan yang tidak baik dalam sistem kerah dan serah. Melalui sistem inilah para pembesar menjadi para pedagang dan mempunyai bekalan yang mencukupi untuk didagangkan.

Aspek kedua yang mencetuskan perubahan sistem ekonomi ke arah sistem ekonomi komersial ialah terjumpanya bijih timah di Larut oleh Long Jaafar. Adanya penemuan ini menyebabkan urusan dagangan dibuat oleh orang Eropah, terutamanya Inggeris dan Belanda. Ini diperteguhkan lagi dengan keperluan buruh-buruh Cina untuk menambahkan pengeluaran dan ia juga merupakan kesan yang menyebabkan Perak dicampur tangan oleh Inggeris. Dalam hal ini para pedagang negeri selat telah mendesak untuk menstabilkan Perak. Ini membuktikan bahawa aktiviti komersial ini ada walaupun ia hanya melibatkan golongan pembesar.

Peluasan dan keaktifan pelombongan bijih timah, bukan sahaja meluaskan dan mempercepat perubahan sistem ini, tetapi sebelumnya pada era kegemilangan kerajaan Melayu Kedah, Melaka dan Johor - Riau telah lebih awal lagi membantu perubahan sistem ekonomi sara diri. Inilah yang mengjhasilkan sebab ketiga mengapa berlakunya perubahan kepada sistem ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Pembukaan dan perkembangan pelabuhan-pelabuhan di Melaka, Johor-Riau , dan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot telah menggalakkan kedatangan pedagang-pedagang dari luar, terutamanya pada abad yang ke 14, 15, dn 16. Dalam era ini, para pedagang Eropah mencari peluang perniagaan dan tanah jajahan serta memasukkan unsur-unsur peradaban ekonomi mereka seperti pengenalan sistem kewangan dan ekonomi kapitalis. Hal ini selanjutnya diteruskan dalam abad ke 19 dan 20 apabila perkembangan dan wujudnya Revolusi Pertanian dn Industri lebih merancakkan lagi permintaan bahan mentah sehingga diperkenalkan sistem-sistem ekonomi di negara jajahan. Keadaan ini lebih galak lagi apabila pelabuhan Singapura dibuka pada awal abad ke 19. Hal ini seterusnya telah mempengaruhi pembesar-pembesar tempatan dan sultan untuk merebut peluang ekonomi bagi mengaut keuntungan dan kekayaan. Fenomena ini mempuunyai pengaruh yang kuat yang boleh mengubah minda dan pemikiran orang-orang Melayu ke arah perubahan sistem. Hal ini juga membuktikan bahawa telah wujud aktiviti ekonomi komersial sejak awal abad ke 14 di Tanah Melayu.

Ciri seterusnya ialah wujudnya masyarakat yang berbilang kaum di Melaka. Masyarakat berbilang kaum ini yang terdiri daripada kaum Cina, India, Jawa, Arab, dan Eropah telah sedia ada. Dalam hal ini boleh dikatakan masyarakat India dan Arab merupakan masyarakat yang terawal datang ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka bukan setakat untuk urusan perdagangan, tetapi menyebarkan fahaman agama dan bahasa mereka. Dengan adanya masyarakat majmuk ini, jelas bahawa aktiviti komersial dengan bertukar barangan telah lama wujud di Tanah Melayu. Ia lebih rancak lagi apabila adanya teknologi pengangkutan laut dan kedatangan orang Eropah ke Tanah Melayu. Kemajmukan bangsa ini telah membentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penguasaan perdagangan semakin jelas dengan pengusaan orang Eropah dan Cina. Andaya ( 1982 ) menyatakan pada tahun 1848-9 penguasaan orang Eropah dan Cina dalam perdagangan Tanah Melayu ialah 16% dan 19%, tetapi pada tahun 1868-9 berubahan pada 25% dan 12 %.

Kedatangan orang Eropah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Amerika Syarikat, Perancis dan lain-lain bangsa Eropah memperlihatkan pembukaan Pulau Pinang dan Singapura oleh kuasa Eropah. Penguasaan Melaka oleh Portugis merupakan asas kepada peluasan kuasa mereka. Peluasan kuasa yang dibuat mereka sebenarnya terhasil daripada aktiviti perdagangan komersial. Mereka bermula dengan hubungan dagangan secara persahabatan seterusnya mereka memetri perjanjian bagi mendapat bahan-bahan mentah yang diperlukan. Keperluan bahan mentah serta kerakusan dan persaingan untuk mendapatkannya antara mereka merupakan bukti bahawa wujud perdagangan secara komersial di Tanah Melayu dan rantau nusantara. Inilah bukti yang kelima yang nyata menunjukkan wujudnya perdagangan komersial.

Ciri2 lain - Perjanjian Inggeris - Belanda 1824 - Pembahagian wilayah antara Inggeris dan Belanda bagi urusan dagangan kedua-dua buah negara. Dalam perjanjian ini kedua-dua kuasa ini bersetuju untuk tidak bersaing dalam satu kawasan yang sama yang boleh menyebabkan perseteruan. Hal ini kerana kedua-dua kawasan utara dan selatan khatulistiwa mempunyai sumber bahan mentah yang sama seperti bijih timah dan rempah ratus. Ini juga merupakan antara sebab mengapa kuasa-kuasa barat bersaing untuk menguasai wilayah. Keadaan ini boleh membuktikan wujudnya satu sistem perdagangan yang membolehkan kuasa Inggeris mengumpul dan mendapatkan bahan mentah ini. Keadaan seperti ini tidak akan wujud jika tidak ada pedagang Melayu yang kebanyakannya dikuasai oleh para pembesar selain daripada masyarakat pendatang seperti orang Cina dan India.

Ciri2 lain dalam membuktikan telah wujudnya sistem ekonomi komersial ini ialah adanya ladang-ladang gambir yang dibuka secara besar-besaran oleh keluarga Temenggong Johor. Ini mewujudkan sistem kangcu dan surat sungai yang membolehkan perkembangan peladangan gambir ini dapat dibuat secara komersial dan bagi mengelakkan permusuhan dan peperangan antara puak-puak masyarakat Cina. Selain itu, wujudnya Sistem Pajak di Kedah membuktikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai kecenderungan dalam bidang ekonomi komersial. Dalam sistem ini Sultan Kedah memajak tanah-tanah kepada pemodal-pemodal bagi penanaman hasil tani unutk ekspot.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...