Aspek Politik:
1. Perubahan sistem pemilikan tanah dan perubahan adat Melayu.
Perubahan dalam sistem pemilikan tanah yang dilakukan oleh Inggeris telah mengakibatkan kehilangan atau berlakunya perubahan dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu terutamanya yang melibatkan sistem kerah, serah dan hamba abdi. Perubahan yang dilakukan Inggeris dengan memberikan hak milik kepada mereka yang berkenaan telah menjelaskan tentang hak milik tanah kepada pemiliknya secara sah. Penentuan dan pengsahan hak milik tanah di kalanagan masyarakat petani telah membolehkan para petani berusaha dalam menambahkan pengeluaran dan peningkatan hasil daripada tanah yang diusahakan. Mereka tidak lagi berasa bimbang akan hasil yang dikehendaki diserahkan kepada para pembesar, tetapi dapat menembahkan hasil bagi keluarga mereka untuk mendapatkan perubahan dalam taraf hidup. Perubahan pentadbiran yang menyentuh pemilikan tanah ini, walaupun ditentang oleh pembesar Melayau sebenarnya telah membantu golongan bawahan untuk mendapatkan hak milik terhadap tanah yang diusahakan.
2. Perubahan peranan pembesar dan Sultan dalam sistem tadbir penjajah. Pembesar jadi pegawai kerajaan, Sultan penasihat kepada residen. Keadaan ini bukan setakat men jejaskan kekuasaan kepimpinan Melayu tetapi ia membolehkan Inggeris membentuk satu sistem bagi mencegah ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan bawahan Melayu yang dirasakan ditindas oleh golongan atasan melalui pelbagai sistem dan kepercayaan yang dikenakan terhadap masyarakat bawahan Dalam perubahan kepimpinan dan hiraki kepimpinan Melayu para pegawai Inggeris telah menentukan hala tuju dan undang-undang baru yang berteraskan undang-undang commom law Inggeris sehingga mengubah teras kepercayaan masyarakat terhadap instusi kesultanan dan pembesar. Walaupun keadaan ini menjejaskan masyarakat pembesar Melayu sedikit banyak ia telah membantu golongan bawahan Melayu untuk memiliki kekayaan dengan golongan pemerintah Melayu Walaupun pada hakikatnya Inggeris banyak menguasai memboloti kekayaan negara tetapi perubahan tanggapan masyarakat bawahan bagi penambahan hasil ekonominya telah juga berubah..
Aspek Ekonomi:
3. Wujudnya revolusi industri di Eropah dan kemahuan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Kepesatan teknologi dan penemuan baru dalam era kegemilangan industri di Eropah telah mewujudkan persaingan bagi mendapatkan bahan mentah. Keadaan ini kelihatan banyak terdapat di Tanah Melayu yang menjadi pengeluar utama getah dan timah. Kehendak bagi bahan ini telah mendesak para pemodal untuk melaburkan modal. Jika tidak wujudnya revolusi ini maka kehendak bahan mentah ini tidak menjadi saingan bagi industri pemotoran, dan pengetinan.
4. Pemodal asing yang sanggup menanam modal seperti Guthrie, dan Sime Darby. Adanya pemodal-pemodal ini telah menyebabkan banyak tanah-tanah dibuka dan diterokai sama ada dalam bidang pelombongan ataupun pertanian. Pemodal-pemodal ini akhirnya telah menyebabkan ramai para buruh dibawa masuk dari India dan Cina. Kewujudan ini kerana masyarakat pemodal memerlukan lebih banyak bahan dapat dikeluarkan dan ini secara tidak langsung telah mengubah persepsi masyarakat melayu terhadap bentuk kehidupan mereka sebelumnya yang menjuruskan aspek sara diri. Lebih-lebih lagi apabila pihak Inggeris telah mengubah banyak sistem di Tanah Melayu terutama dalam sistem pencukaian, iaitu bayaran cukai dalam bentuk wang tunai.
5. Fahaman liberialisme dan kapitalisme yang bercirikan pasaran bebas galakan persaingan dan ekonomi wang merupakan asas kepada ekonomi dagangan. Keadaan ini telah memperlihatkan kemajuan yang begitu ketara di kalangan masyarakat pendatang, terutamanya masyarakat Cina yang banyak mengambil peluang daripada perubahan sistem ini. Ini secara tidak langsung telah mengubah pemikiran Melayu bagi mendapatkan kemajuan dan taraf yang sama dengan masyarakat pendatang. Perkembangan fahaman ini juga mengikiskan fahaman dalam sistem feudalisme yang tersemai dalam pemikiran masyarakat Melayu dan sedikit demi sedikit telah menghapuskan beberapa amalan tradisi seperti sistem kerah,serah dll sistem.
Aspek Sosial:
6. Adanya usaha pihak penjajah membawa masuk teknologi baru seperti teknik perlombongan - pam kelikir, dan kapal korek. - Teknik penorehan getah dan membawa masuk biji benih getah.
7. Kemasukan buruh asing Cina dan India untuk bekalan buruh yang murah.
8. Perkembangan pendidikan, dan prasarana serta pembukaan bandar dan hutan untuk pertanian.
Catat Ulasan