cikgu YaTie
Pendahuluan:
  1. Syarikat Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.
  2. Keluarga Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan.
 Isi:
Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) di Sabah.
  1. Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran.
  2. Pada peringkat awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi bertambah menjadi 4.
  3. Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai daerah.
  4. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat daerah.
  5. SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
  6. Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
  7. Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong. Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.
  8. Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu, diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili oleh pegawai daerah.
 Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.
  1. Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja.
  2. Walaupun mereka menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.
  3. Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan pentadbiran Sarawak.
  4. Majlis Negeri jugga dibentuk untuk membawa semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
  5. Bagi memudahkan pentadbiran , keluarga Brooke telah membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima bahagian pada tahun 1912.
  6. Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan adapt resam masyarakat pribumi.
  7. Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
  8. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
  9. Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British.
  10. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan pentadbiran di Sarawak.

Kesimpulan:
Kedua-dua pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British.  Pentadbiran mereka mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.

0 Responses

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...