Ogo
24
perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara.
- Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.
- Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian: Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).
1. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)
a. Sebab:
i. Khabar
angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk
memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
ii.
Terusan
ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii. Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv. British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.
b. Syarat-syarat:
i. British
mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap
mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa
lain.
ii. Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan
asing tanpa persetujuan kerajaan British.
iii. British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.
c. Kesan-kesan
i. Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU
ii. NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.
2. Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.
a. Sebab:
i.
Kebimbangan campur tangan kuasa asing.
- Contoh: Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), Amerika-Terengganu.
- Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Siam dengan British. British masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing.
ii. Peranan Frank Swettenham
- F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam.
iii.
Kegiatan R W Duff di Kelantan
- 1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British).
- Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff.
- Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan.
- Duff mengugut akan mempelawa Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya.
- British berunding dengan Siam agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff daripada meminta bantuan luar.
- Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff. Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan.
- Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Swettanham.
c. Syarat-syarat
a.
Siam diberi kuasa
melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
b.
Siam akan menguasai
hubungan luar Kelantan dan Terengganu.
d. Kesan-kesan
a.
Sultan
Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan
itu. Sultan Terengganu enggan mengakui
pengistiharan itu.
b.
Pengaruh
British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.
3. PERJANJIAN BANGKOK
1909
a. Sebab-sebab
i.
Pakatan
Inggeris – Perancis 1904.
ii.
Kebimbangan
campurtangan asing yang lain.
iii.
Pembatalan
hak-hak wilayah asing.
iv.
Masalah
kewangan Siam.
b. Syarat-syarat
i.
Siam telah menyerahkan
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
ii.
Inggeris
pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.
iii. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.
c. Kesan:
i. NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
ii.
Penerimaan
seorang penasihat Inggeris di NNMU.
iii.
Menetapkan
sempadan antara Siam
dengan Tanah Melayu.
iv. Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.
Kesimpulan:
Inggeris berjaya
menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun
1914.
Catat Ulasan