cikgu YaTie


Pendahuluan

         Negeri Perak merupakan negeri pertama British campur  tangan di Tanah Melayu. Negeri Perak menjadi semakin penting selepas  bijih timah ditemui oleh Long Jaafar. Penemuan bijih timah menyebabkan ramai orang China telah berhijrah ke Perak terutamanya di Larut. Kedatangan orang Cina telah menyebabkan berlaku perebutan kawasan  bijih timah. Keadaan diburukkan lagi apabila berlakunya perebutan takhta di kalangan putera-putera raja. Situasi yang tidak stabil ini telah menjejaskan kestabilan dari segi politik dan ekonomi di Perak. Suasana yang tidak stabil ini menyebabkan  British mengambil kesempatan untuk campur tangan di Perak.

1.        Masalah perebutan takhta.

Ø  Masalah perebutan tahta di Perak kerana tidak ada sistem penggantian sultan secara automatik atau warisan. Ini disebabkan Perak mengamalkan sistem giliran. Mengikut sistem ini, tiga orang keluarga diraja akan berkongsi hak untuk menaiki tahta kerajaan. Keluarga akan mencalon seorang putera yang bakal menaiki tahta melalui satu pusingan. Menurut sistem ini, seseorang bakal sultan sepatutnya memegang jawatan Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebagai Sultan.

Ø  Masalah timbul apabila sistem giliran tidak diikuti dengan betul. Terdapat pembesar yang berpengaruh sering campur tangan dalam soal pelantik sultan baru. Oleh itu, terdapat bakal penganti sultan diketepikan tanpa alasan yang munasabah.

baca lagi......


Ø  Masalah perebutan takhta  mulai tercetus pada tahun 1857 selepas kemangkatan Sultan Muhammad ( 1847 -1857 ). Raja Jaafar telah dilantik sebagai Sultan Perak yang baru dengan gelaran Sultan Jaafar Muazzam Syah ( 1857- 1865).

Ø  Raja Yusuf iaitu Putera Almarhun Sultan Muhammad yang menjadi Raja Di Hilir tidak dilantik menjadi Raja Bendahara.  Ini kerana Raja Yusuf tidak disukai oleh pembesar-pembesar Perak yang menyokong Sultan Jaafar yang pernah memusuhi Almarhum Sultan Muhammad.

Ø  Sebaliknya, Raja Ismail berketurunan keluarga Diraja Siak telah dilantik sebagai Raja Bendahara. Bonda Raja Ismail adalah Puteri Diraja Perak, sedangkan ayahandanya adalah seorang Raja Siak. Putera Sultan Jaafar iaitu Raja Abdullah telah dilantik Raja Di Hilir. Ini bermakna Raja Yusof telah digugurkan dari sistem giliran.

Ø  Pada tahun 1865, Sultan Jaafar telah mangkat, Raja Ali telah dilantik menjadi sultan dengan gelar Sultan Ali Mukamal Inayat Shah ( 1865- 1971 ). Raja Abdullah, putera Sultan Jaafar yang sepatutnya yang menjadi Raja Bendahara dilantik sebagai Raja Muda. Raja Ismail yang sepatutnya menjadi Raja Muda dikekalkan menjadi Raja Bendahara kerana dianggap tidak dilayak. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati Raja Ismail. Raja Yusuf yang sepatutnya menjadi Raja Muda diketepikan kali kedua.

Ø  Apabila Sultan Ali mangkat pada tahun 1871 keadaan menjadi bertambah rumit. Berdasarkan sistem giliran, Raja Abdullah ( Raja Muda ) sepatutnya dilantik menjadi Sultan Perak yang baru.

Ø  Raja Abdullah diketepikan dengan alasan Raja Abdullah tidak menghadirkan diri semasa upacara pemakaman Sultan Ali. Sebaliknya, pembesar-pembesar dari Hulu Perak telah sepakat melantik Raja Ismail sebagai sultan. Ini telah menimbulkan perebutan tahta Kerajaan Perak di antara Raja Ismail dan Raja Abdullah.

Ø  Pelantikan Raja Ismail sebagai Sultan Perak tidak dipersetujui oleh Raja Abdullah. Raja Abdullah telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Perak yang sah serta tidak mahu menyerahkan hasil-hasil Hilir Perak kepada Sultan Ismail. Akibatnya , Perak telah diperintah oleh dua orang sultan iaitu Sultan Ismail di Hulu Perak dan Sultan Abdullah di Hilir Perak.

Ø  Bagi mengukuhkan kedudukannya, Raja Abdullah telah bersatu dengan Raja Yusof dan melantiknya sebagai Raja Muda. Raja Abdullah juga telah menjalinkan hubungan baik dengan kumpulan Kongsi Gelap Cina Ghee Hin. Jesteru itu, secara tidak langsung Raja Abdullah telah terlibat dalam pertelingkahan di antara kongsi-kongsi gelap Cina di Perak.


  1. Pertelingkahan di antara Kongsi-kongsi Gelap Cina.

Ø  Kemasukan orang orang-orang Cina secara beramai-ramai ke Perak berlaku selepas Long Jaafar menjumpai bijih timah di Larut pada tahun 1848. Terdapat dua kumpulan kongsi gelap Cina yang besar iaitu Kongsi Gelap Ghee Hin yang berpusat di Kemunting ( Klian Bahru ) dan Kongsi Gelap Hai San yang berpusat di Taiping ( Klian Pauh ).

Ø  Pergaduhan antara Kongsi Gelap Ghee Hin  dan Hai San memburukkan lagi keadaan huru-hara di Perak sehingga membawa kepada Perang  Larut 1 ( 1861 ), Perang Larut 11 ( 1865- 1867 ) dan Perang Larut 111 ( 1872 ).


Ø  Perang Larut 1 ( 1861 ) meletus berpunca daripada pergaduhan seorang pelombong Hai San dengan seorang pelombong Ghee Hin tentang masalah bekalan air untuk kerja pelombongan. Seorang pelombong Hai San telah bertindak memotong bekalan air ke lombong-lombong Ghee Hin.

Ø  Menteri Besar Larut iaitu Ngah Ibrahim menyebelahi puak Hai San dan melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru. Puak Ghee Hin yang diketuai oleh Lee Coyen lari ke Pulau Pinang dan meminta bantuan Inggeris.

Ø  Gabenor Negeri-negeri Selat, Orfeur Cavenagh telah meminta Sultan Perak supaya bertanggungjawab atas pertikaian tersebut. Beliau telah mendesak Sultan Perak supaya membayar ganti rugi berjumlah $17,500 kepada puak Ghee Hin.

Ø  Sultan telah menolak permintaan tersebut. Walau bagaimana pun Ngah Ibrahim telah bersetuju membayar ganti rugi kepada Ghee Hin. Selepas penyelesaiaan dicapai Ghee Hin dibenarkan pulang ke Klian Bahru dan keamanan dapat dipulihkan.

Ø  Ngah Ibrahim telah diberi gelaran ‘ Orang Kaya Menteri Larut’ untuk membalas jasa Ngah Ibrahim dan beliau dijadikan pemerintah seluruh daerah Larut.

Ø  Sungguh pun, Perang Larut 1 tamat, puak Hai San masih tidak berpuas hati. Puak Ghee Hin yang kalah dalam peperangan tersebut telah mendapat semula lombong mereka dan mendapat ganti rugi yang banyak. Sebaliknya puak Hai san tidak mendapat apa-apa. Hai san menunggu peluang untuk membalas dendam.

Ø  Pada 16 Jun 1865, Perang Larut II  berlaku disebabkan oleh masalah perjudian di antara puak Ghee Hind an Hai San. Sekali lagi Ngah Ibrahim menghantar bantuan tentera untuk menolong puak Hai San dan melancarkan serangan ke atas puak Ghee Hin di Klian Bahru.

Ø  Puak Ghee Hin lari ke Pulau Pinang untuk meminta bantuan Inggeris tetapi gagal. Peperangan berlaku sehingga ke Pulau Pinang sehingga menyebabkan kegiatan perdagangan terganggu. Inggeris mengambil keputusan untuk menamatkan peperangan dengan memaksa puak Ghee Hind an Hai San membayar ganti rugi berjumlah $5000 kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang atas alas an menjejaskan perdagangan.

Ø  Pada tahun 1872, meletus Perang Larut III akibat skandal percintaan antara seorang wanita puak Hai San dengan peminpin puak Ghee Hin. Puak Hai San telah menangkap peminpin Ghee Hin bersama pasangannya dan membuang mereka ke dalam lombong. Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan puak Ghee Hin dan telah melancarkan serangan menyerang  puak Hai San di Klian Pauh. Puak Hai San telah lari ke Pulau Pinang untuk mendapat bantuan. Masalah menjadi bertambah rumit apabila kedua-dua kongsi gelap terlibat dalam pertelingkahan merebut tahta kerajaan Perak.

Ø  Puak Hai San menyebelahi Raja Ismail dan puak Ghee Hin menyokong Raja Abdullah. Di samping kumpulan kongsi gelap juga terlibat dalam kegiatan perlanunan di perairan Selat Melaka. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti perlombongan dan mengganggu kegiatan perdagangan  di Negeri-negeri Selat. Akibat daripada keadaan negeri Perak yang tidak stabil dari segi politik telah menjejaskan  kegiatan ekonomi dan perdagangan.

Ø  Pada 4 November 1873 Sir Andrew Clarke iaitu Gabenor baru Negeri-negeri Selat yang dilantik mengganti Sir Harry Ord telah menunggu saat yang sesuai untuk campur tangan di Perak bagi menamatkan  kekacauan yang berlaku.

Ø  Pada 30 Disember 1873, Raja Abdullah dengan bantuan W.H.Read dan J.G.Davidson telah mengutus surat kepada Sir Andrew Clarke memohon bantuan Inggeris untuk mendapat tahta negeri Perak. Sir Andrew Clarke telah menggunakan kesempatan ini untuk campur tangan di Perak.

Ø  Pada 15 Januari 1874 satu rundingan telah berlangsung di atas kapal H.M.S.Pluto di Pulau Pangkor di antara Sir Andrew Clarke, pembesar-pembesar Melayu dan peminpin-peminpin Cina. Satu perjanjian telah ditandatangani pada  20 Januari 1874 yang dikenali dengan nama Penjanjian Pangkor. Perjanjian ini sangat penting kerana ia bermulalah campur tangan Inggeris di Negeri-negeri Melayu.

-        
Kesimpulan

      Dari perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa  masalah perebutan tahta kerajaan dan juga masalah perebutan kawasan perlombongan di antara puak Hai San dan Ghee Hin telah menyebabkan keadaan politik dan ekonomi di Perak tidak stabil. British telah mengambil kesempatan daripada keadaan ini dengan mengadakan beberapa rundingan untuk campur tangan di Perak. Campur tangan British di Perak  merupakan titik permulaan kepada campur tangan British di Negeri-negeri  Melayu yang lain.


0 Responses

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...