Ogo
24
Kesan perluasan kuasa British ke atas Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1874 hingga 1921 dari segi politik.
Pendahuluan
:
- sebelum 1874 , British mengamalkan dasar tidak campur tangan tetapi sedikit sebanyak telah terlibat secara tidak langsung dalam hal ehwal politik tempatan kerana kepentingan ekonomi mereka
- Mulai 1874, British mula mengubah dasarnya demi melindungi kepentingan perdagangan saudagar negeri-negeri Selat dan beberapa factor lain seperti takutkan campur tangan kuasa asing , perubahan politik di Britain dan sebagainya.
- Dengan menggunakan alasan-alasan tertentu British mula campur tangan di Perak, Selangor , Negeri sembilan dan Pahang.
baca lagi.........
1.
Campur
tangan British membawa pengenalan system Residen.
2.
Sistem
Residen berdasarkan konsep pemerintahan secara tidak langsung di mana Kerajaan
British memerintah tanpa rasa tanggungjawab
yang berat.
3.
Sultan,Pembesar
Melayu mengekalkan kedudukannya.Residen British di lantik untuk menasihati
sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat dan agama Islam. Sultan dan
pembesar tidak lagi berkuasa penuh di dalam pentadbiran negeri kerana terpaksa
menerima nasihat Residen.
4.
Majlis
mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan pentadbiran negeri. Semua rang
undang-undang perlu tanda tangan sultan.
5.
undang-undang
tanah diperkenalkan dan pembahagian negeri kepada daerah diwujudkan.
Pentadbiran daerah diletakkan di bawah jagaan pegawai daerah.
6. Mulai 1 Julai 1895, Negeri Perak, Selangor , Negeri Sembilan dan Pahang
digabungkan menjadi sebuah Persekutuan.
7. Persekutuan ditakrifkan sebagai satu system pemerintahan yang
menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi satu unit politik di bawah
pentadbiran Kerajaan Pusat.
8. Kerajaan Pusat terletak di kuala Lumpur
dan diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang bertanggungjawab kepada
Suruhanjaya Tinggi yang juga memegang jawatan jawatan Gabenor Negeri-negeri Selat.
9. Di bawah residen jeneral, terdapat 4 orang Residen yang ditempatkkan di
setiap negeri Bersekutu yang menjalankan tugas seperti di bawah Sistem Residen
dahulu.
10. Sultan bersetuju menerima nasihat dalam semua hal pentadbiran kecuali yang
menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang melayu.
11. Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar ditubuhkan bertujuan membincangkan
perkara-perkara untuk kepentingan bersama di antara keempat-empat sultan dan
pegawai-pegawai Inggeris.
12. Fungsi Durbar mewujudkan kerjasama
dan perpaduan di keempat-empat negeri Melayu dan membolehkan raja-raja
Melayu menasihati kerajaan persekutuan.
13. Durbar telah dibatalkan setelah 2 kali persidangan iaitu pada tahun 1897
9kuala Kangsar) dan 1903 (Kuala Lumpur).
14. Durbar digantikan dengan Majlis Mesyuarat
Persekutuan 1909.
15. Sistem persekutuan telah menimbulkan perasaan anti Persekutuan pada 1909.
16. Tujuan majlis ini adalah untuk mengurangkan kuasa Residen Jeneral,
menambahkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi, mengembalikan kuasa pentadbiran dan
melaksanakan pembahgian kuasa perundangan antara kerajaan negeri dan kerajaan
pusat.
17. Perlaksanaan Majlis Mesyuarat Persekutuan membawa kepada pemusatan kuasa di
tangan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi Presiden Majlis dan mempunyai kuasa
pembatal.
18. Kuasa dan kedaulatan raja-raja terjejas kerana baginda menjadi ahli biasa
dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan terpakasa berbahas dengan rakyat biasa
dalam mesyuarat yang dijalankan.
Kesimpulan:
- Walaupun peoses pembahagian kuasa berlaku tetapi kuasa raja-raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu masih berkurang berbanding dengan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
- Sistem Pentadbiran Tradisional digantikan dengan pentadbiran British.
Catat Ulasan