cikgu YaTie

1.Bincangkan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum
campur tangan British.

A. PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Nusantara iaitu Islam datang dari China, Islam datang dari Arab, dan Islam datang dari India yang dipelopori oleh sarjana-sarjana dari Barat.
2. Bukti paling awal Islam bertapak di Tanah Melayu ialah penemuan batu bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu yang bertarikh 1303 M.
3. Berbagai-bagai faktor membantu perkembangan Islam di Tanah Melayu seperti perkahwinan, perdagangan, peranan pendakwah, perkembangan institusi pendidikan, peranan saudagar, dan faktor agama Islam itu sendiri.

B. Pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

Isi-isi penting ( 20 Markah )

1. Politik
i. Konsep dewaraja ditukar kepada gelaran Sultan sebagai khalifah Allah di muka bumi.
ii. Sultan bertanggungjawab memerintah dengan adil berpandukan al-Quran dan hadis.
iii. Sultan dianggap mempunyai daulat ke atas daulahnya.
iv. Sultan akan dibantu oleh pemimpin agama( ulama) . Golongan ulama akan menasihati sultan berdasarkan hukum syarak.
v. Golongan ulama diberi anugerah tertinggi seperti Imam Maharaja dan Maharaja Kadi.
vi. Undang-undang Islam diterapkan sistem perundangan seperti dalam Undang-undang 99 Perak berkaitan dengan perkahwinan, penceraian, penzinaan dan lain-lain.

2. Sosial
1.Konsep Tauhid / Akidah

i. Masyarakat Melayu menganut agama Islam menggantikan agama Hindu, Buddha, dan amalan animisme sebelum itu.
ii. Konsep kepercayaan kepada Allah menggantikan kepercayaan kepada segala perkara yang berkaitan dengan khurafat dan tahyul yang tiada kaitan dengan ajaran Islam.
iii. Terdapat dua aspek penting Islam iaitu Akidah dan Syariah. Pada masa yang sama ajaran Islam berasaskan rukun Islam dan rukun Iman.
iv. Unsur-unsur metafizikal Islam telah mempengaruhi pemikiran orang Melayu iaitu perkara-perkara ghaib yang berkaitan dengan aqidah Islam seperti kewujudan Allah, hari Kiamat, Malaikat, dan sebagainya menggantikan amalan agama Hindu-Buddha.

v. Pemikiran orang Melayu mula dipengaruhi oleh persoalan-persoalan hukum syarak. Dalam melakukan sesuatu perkara orang Melayu akan memikirkan sama ada sesuatu itu haram, halal, wajib, sunat, harus, makruh, fardu a’in, fardu kifayah, dan sebagainya.

2.Adat
i. Adat istiadat yang bertentangan dengan akidah Islam ditinggalkan secara beransur-ansur. Masyarakat Melayu mula menerima dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.
ii. Cara berpakaian mengikut ajaran Islam turut mempengaruhi orang Melayu seperti berpakaian menutup aurat.
iii. Adat istiadat dan perayaan selalunya bermula dan berakhir dengan pembacaan doa dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Pegawai agama seperti imam dan mufti penting dalam majlis perayaan kerana menjadi pembaca doa.

3.Pendidikan
iv. Pendidikan bermula dengan pengajian di rumah, rumah Tok Guru, surau, masjid, pondok, madrasah, dan sistem sekolah agama yang formal.
v. Pendidikan di rumah Tok Guru diadakan selepas waktu Zohor atau Maghrib . Di situ kanak-kanak belajar membaca Muqaddam dan al-Quran.
vi. Di surau dan masjid kanak-kanak diajar dengan ilmu yang lebih formal seperti fikah, cara dan bacaan dalam sembahyang, serta perkara-perkara penting yang seharusnya diketahui oleh orang Islam. Pada sebelah malam surau dan masjid menjadi tempat orang dewasa mempelajari ilmu fikah, usulludin, tauhid dan sebagainya.
vii. Pengajian di pondok pula berkaitan dengan pengajian al-Quran, hadis, tafsir, tauhid, usulludin, fikah, akhlak, mantik, sejarah Islam, nahu dan bahasa Arab. Pelajar-pelajar sekolah pondok dilantik untuk menjadi guru agama atau berkhidmat kepada masyarakat apabila tamat pengajian nanti.
viii. Pelajar-pelajar di madrasah mempelajari perkara-perkara yang hampir sama dengan pondok tetapi tahap pengajiannya adalah lebih tinggi.

4. Kesenian
ix. Pengaruh Islam terutama dalam seni bina dan seni ukir
x. Pembinaan masjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga atau pancur air, dan bumbung yang khusus bagi membezakan antara masjid dengan binaan yang lain.

xi. Pada rumah terdapat ukiran daun atau bunga-bungaan atau bentuk geometri
xii. Pengaruh seni khat atau kaligrafi menjadi hiasan utama di masjid dan madrasah. Tulisan ini merupakan petikan daripada ayat-ayat al-Quran terutama surah Yasin, al-Fatihah dan lain-lain.
xiii. Masyarakat Melayu di perkenalkan dengan tulisan Jawi. Tulisan Jawi membantu perkembangan bahasa Melayu di Tanah Melayu dan juga di Asia Tenggara.
xiv. Terdapat perkataan-perkataan bahasa Melayu yang di pinjam daripada bahasa Arab seperti solat, masjid, zakat dan lain-lain lagi

2. Ekonomi

i. Wujudnya sistem kewangan Islam di bawah pentadbiran yang dinamakan Baitulmal. Badan ini menjadi pusat kewangan orang Islam. Semua hasil daripada cukai, zakat dan sebagainya akan disimpan di Baitulmal. Hasilnya pula akan digunakan untuk perbelanjaan negara.
ii. Orang Melayu dalam usaha mencari rezeki pula akan pengaruhi pula dengan konsep halal dan haram. Mereka sering diingatkan supaya mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga.
iii. Ramai orang Melayu yang terlibat dengan kegiatan perniagaan. Sesuai dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan.
iv. Masyarakat Melayu diperkenalkan dengan konsep zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya. Semua ini untuk menggalakkan umat Islam supaya membantu antara satu sama lain.Cara ini akhirnya akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan umat Islam.
v. Islam mengharamkan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram.
vi. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang terdapat tulisan jawi yang mencatatkan nama sultan dan negeri seperti di Kedah dan Terengganu.

C. Kesimpulan ( 2 Markah )

1. Agama Islam mempunyai pengaruh besar dalam semua aspek kehidupan masyarakat
Melayu.
2. Walaupun Tanah Melayu kemudiannya dijajah oleh British, namun mereka tetap
berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...