cikgu YaTie
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar.
Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
• Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
• Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
• Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
• Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
• Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Objektif Sektor Teknologi Hijau
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.



Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
Allah !
burung gagak menakutkan
dan kelaparan adalah burung gagak
selalu menakutkan
kelaparan adalah pemberontakan
adalah penggerak gaib
dari pisau-pisau pembunuhan
yang diayunkan oleh tangan-tangan orang miskin
Kelaparan adalah batu-batu karang
di bawah wajah laut yang tidur
adalah mata air penipuan
adalah pengkhianatan kehormatan
Seorang pemuda yang gagah akan menangis tersedu
melihat bagaimana tangannya sendiri
meletakkan kehormatannya di tanah
karena kelaparan
kelaparan adalah iblis
kelaparan adalah iblis yang menawarkan kediktatoran
Allah !
kelaparan adalah tangan-tangan hitam
yang memasukkan segenggam tawas
ke dalam perut para miskin
Allah !
kami berlutut
mata kami adalah mata Mu
ini juga mulut Mu
ini juga hati Mu
dan ini juga perut Mu
perut Mu lapar, ya Allah
perut Mu menggenggam tawas
dan pecahan-pecahan gelas kaca
Allah !
betapa indahnya sepiring nasi panas
semangkuk sop dan segelas kopi hitam
Allah !
kelaparan adalah burung gagak
jutaan burung gagak
bagai awan yang hitam
menghalang pandangku
ke sorga Mu
WS Rendra
DARI KUMPULAN PUISI “SAJAK – SAJAK SEPATU TUA” ( PUSTAKA JAYA – 1995 )
at 20:20 Posted by Safwan
cikgu YaTie

Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.

A. Peranan sultan sebelum penjajahan British

i. Politik

a. Sultan sebagai ketua kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah

b. Peranan sultan melantik pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan pembesar pusat dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri iaitu dalam kalangan putera-putera baginda. Bendahara Wan Ahmad, pemerintah Pahang, melantik Dato' Bahaman sebagai pembesar kerana sumbangan Dato' Bahaman ketika membantu baginda dalam Perang Bendahara.

c. Sultan menentukan hubungan diplomatik

Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta ditandatangani oleh sultan.

d. Sultan berperanan sebagai ketua tentera.

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.

ii. Ekonomi

a) Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dari Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

b) Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.

iii. Sosial

a) Sultan merupakan lambang perpaduan, dan simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

b) Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran agama Islam di Tanah Melayu

B. Perubahan peranan sultan akibat penjajahan

a) Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini.

b) Sultan kehilangan kuasa mutlak. British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa menjatuhkan hukuman. British memperkenalkan sistem perundangan yang lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.

c) Majlis Sultan diganti dengan Majlis Negeri. Walaupun sultan menjadi Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen. Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen.

d) Sultan kehilangan kekuasaan terhadap ekonomi kepada Residen British. Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah kekuasaan sultan tetapi di tangan British.British secara beransur-ansur memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi tradisional terhakis.

e) Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.

f) Pengenalan Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih di tangan British.

Dari perbincangan di atas adalah jelas bahawa sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu. Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.



Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie



Institusi beraja di Tanah Melayu di kesan seawall abad ke-15 iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Pada masa ini, mereka mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini menerima pengaruh yang amat kuat dari India dan agama Hindu-Buddha. Mengikut sistem ini, raja merupakan seorang ketua negara dan baginda dibantu oleh golongan pembesar. Sistem pemerintahan beraja Kerajaan Melayu Melaka ini kemudian diwarisi oleh negeri-negeri Malayu yang lain seperti Johor, Perak, Pahang dan Terengganu.



Konsep Raja Melayu

1. Dewa raja

Dalam sistem beraja, raja itu dianggap sebagai dewa raja. Baginda disifatkan sebagai seorang yang mulia dan berkebolehan dalam pelbagai bidang. Menurut Sejarah Melayu, raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi atau Zul-Illahi fil-alam. Menurut Adat Raja-raja Melayu dan Undang-undang Melaka pula, raja dianggap sebagai “Khalifah Allah di Dunia”. Raja juga dianggap sebagai seseorang yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dan Tuhan. Kepercayaan ini menyebabkan raja itu wajib disembah.

2. Mulia

Raja dianggap sebagai seorang yang mulia. Keadaan ini dapat dilihat dari segi pentadbiran. Raja dianggap sebagai ketua kerajaan di mana semua keputusan yang hendak diambil perlu disahkan oleh baginda. Baginda berkuasa untuk melakukan apa sahaja mengikut budi bicaranya. Kekuasaannya bukan sahaja meliputi bidang pentadbiran tetapi juga soal ekonomi, agama dan peradatan orang Melayu. Kata-kata baginda adalah muktamat dan menjadi undang-undang. Di sini dapat kita membuat kesimpulan bahawa raja sebagai seorang ketua kerajaan, merupakan kuasa tertinggi dengan budi pekerti yang mulia.

3. Kuasa mutlak

Dalam pemerintahan, raja itu berkuasa mutlak. Raja berkuasa mutlak bermakna bahawa semua undang-undang yang dibuat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan segala undang-undang yang dibuat oleh baginda. Baginda juga berkuasa penuh ke atas semua aspek dalam kerajaan seperti memegang jawatan penting dan menjatuhkan hukuman mati. Selain itu, baginda juga boleh melantik sesiapa sahaja yang akan menjadi pembesar. Walaupun baginda berkuasa mutlak tetapi baginda masih tidak boleh memerintah sesuka hati. Dalam Sejarah Melayu menasihatkan : “Raja-raja itu jikalau bagaimana sekalipun bijaksananya dan tahunya sekalipun, jikalau tiada muafakat dengan segala pegawai, tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tidak akan nyala, jikaalau tiada kayu…”

4. Daulat

Daulat dikatakan berasal daripada perkataan Arab, “daulah” yang bermaksud “negeri”. Walau bagaimanapun, daulat bermaksud kesucian seseorang raja dan bagi masyarakat melayu, konsep ini menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Konsep ini juga merupakan unsur asas kepada kekuasaan dan keagungan seseorang raja dan kerajaannya. Di Tanah Melayu, telah banyak berlaku kes yang membabitkan persoalan daulat ini.

5. Derhaka

Konsep derhaka ini seiring dengan konsep daulat. Dalam konsep ini, seseorang yang melanggar konsep daulat didapati menderhaka kepada sultan atau raja dan akan ditimpa tulah. Kepercayaan yang begini terus diperturun sejak zaman berzaman. Sebenarnya, konsep ini dibiuat semata-mata untuk meninggikan kedudukan raja-raja Melayu. Golongan ini akan dipandang mulia dan disanjung sebagai seorang yang sakral.

6. Hak istimewa

Raja-raja Melayu ini mempunyai hak-hak istimewa dan hak ini tidak boleh digunakan oleh rakyat. Contohnya, warna kuning merupakan warna diraja dan hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarga raja. Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir dan tilam. Rakyat adalah dilarang menggunakan kain berwarna kuning kecuali untuk baju dan destar. Selain itu, paying putih adalah khas untuk sultan yang memerintah dan paying kuning adalah khas bagi anak raja. Penggunaan bahasa dalaman seperti santap, gering dan beta juga dilarang sekali terhadap rakyat jelata. Hanya golongan diraja sahaja berhak menggunakannya.

7. Lambang kebesaran

Sejak dahulukala, sultan adalah lambang kebesaran tetapi baginda merasakan kedudukan sultan sebagai pucuk kerajaan bergantung kepada alat-alat kebesaran yang dimilikinya. Alat-alat kebesaran ini ialah cop mohor, keris, payung, kendi, lembing, tombak dan sebagainya. Alat kebesaran ini yang akan membezakan hak istimewa sultan daripada pembesarnya. Contohnya, cop mohor yang melambangkan kuasa sultan yang memerintah digunakan dalam surat-menyurat rasmi untuk menunjukkan pengesahan kuasa dan arahan daripada kerajaan. Nama raja yang memerintah terukir dalam cop mohor ini. Dengan cop mohor ini, baginda dapat melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran.

Institusi kesultanan ini berubah selepas campurtangan British apabila sistem Residen diperkenalkan pada tahun 1874 dan Persekutuan 1896.
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie


Salam.....sekiranya pelajar merujuk analisa soalan sej 940/2 bagi tema 1 [ sej Malaysia ]..topik berkaitan institusi kesultanan ini wajar diberi perhatian..ada beberapa perkara yang boleh dikemukakan  dlm soalan..dan pengukuhan kuasa ini adalah salah satu aspek...BACA.......

• Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak.
• Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan rakyat dan hamba.
• Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis.
• Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem yang terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran
• Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya
• Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri.
• Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan
• Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka
• Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan
• Boleh memecat pembesar

b. Sebagai Ketua Agama Islam
• Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya
• Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi
• Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam
• Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam
• Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

c. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat
• Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
• Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman
• Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar
• Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran hukum

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan
• Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa
• Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang dikenali sebagai Bahasa Istana
• Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana
• Mempunyai cop mohor atas nama baginda
• Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya
• Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos
• Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama
• Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain
• Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat
• Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut
• Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahang

f. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat
• Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
• Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
• Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan
• Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpah

g. Dibantu oleh Pembesar
• Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik
• Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya
• Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti Orang Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua
• Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor
• Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar
• Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna
• Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat sokongan para embesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.
• Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkan tulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranan dalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeri pemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar
• Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasan mereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan dalam negeri
• Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan seperti membina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja, membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan negara daripada ancaman

• Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepada pemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan rakyat, mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri sekutunya daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan kesejahteraan rakyat
• Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkan dan membatu raja/sultan dalam pemerintahan
• Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan pemilihan takhta sultan
• Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung antara satu dengan yang lain.

 Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan.Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.
Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Campurtangan British di Tanah Melayu bermula pada 1874, menyebabkan berlakunya perubahan terhadap kuasa sultan.





















Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
LaMAn AbAh: HadiaH BuaT MiMi..SeLaMaT HarI IbU..MiMi.....: "Grab this eCards from Lynxee.com Selamat hari ibu mimi.... begitulah panggilan anak2 abah kepada ibunya.. nak panggil umi tak pandai ..."
cikgu YaTie
Setiausaha Dewan Rakyat


Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab ke atas perjalanan persidangan Dewan Rakyat dan juga memberi kata nasihat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam hal berkaitan Dewan ketika bersidang.


Tugas-tugas Setiausaha Dewan juga termasuk menghantar notis untuk memulakan persidangan, mengumpul dan menguruskan kertas-kertas cadangan dan soalan-soalan dari ahli-ahli Dewan, mengeluarkan penyata rasmi (hansard) bagi persidangan, prosedur mesyuarat dan juga tugas-tugas pentadbiran dan kewangan.



Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua mestilah juga seorang ahli Parlimen (MP).

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua ialah:-

•bertanggung jawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan licin
•memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan
•membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan
•mengesahkan bil-bil perbelanjaan/kewangan sebelum bil-bil tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah meletak jawatan setelah menulis surat menyatakan sedemikian kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:-

•Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya
•berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat jika beliau ahli Dewan yang dipilih
•beliau menjadi calon pilihan raya ke Dewan Rakyat atau jika hilang kelayakan menurut undang-undang

Bila Yang di-Pertua tidak hadir, Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan persidangan.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mestilah meletak jawatan sebagai ADUN sekiranya beliau ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA (tempoh 28 April 2008 hingga kini).

Senarai Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar

11.09.1959 - 17.05.1964



YB Dato' Syed Esa bin Alwee

18.05.1964 - 24.11.1964


YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman

25.11.1964 - 03.11.1974


YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood

04.11.1974 - 19.12.1977


YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail

09.01.1978 - 16.03.1982



Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail

14.06.1982 - 14.10.2004


YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib

22.11.2004 - 27.04.2008


YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia

28.04.2008 - kini
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
LaMAn AbAh: MiMi... SeLaMat HarI UmmIE!!: "Grab this eCards from Lynxee.com"
cikgu YaTie
Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti
Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada
7-7-1948.

Sebab Darurat

Bolehlah dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. Nasionalisme
penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun semasa penjajahannya telah mendorong
penduduk Tanah Melayu untuk bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada
tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan
selepas itu PKM diharamkan.
Dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal
ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah
dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang
agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja,
serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk
melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang
mereka rasa patut.
Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang
baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3
orang pengurus ladang getah berbangsa Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-
6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

Min Yuen

Pada masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang dilakukan oleh komunis.
Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya
dan sebahagian besarnya dianggotai oleh orang Cina.
Tujuan Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta ubat-ubatan
kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan
berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut. Sebenarnya kebanyakkan orang Cina berasa serba salah
kerana kalau mereka menyokong kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan
tindakan akan diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka.
Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di sebelah malam. Bagi
melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs
telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan
baru yang dikawal. Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada diancam
dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.

Langkah mengatasi darurat

Undang-undang Darurat

Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.

2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.

3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.

Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah

untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang,

seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.

Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke

70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras

komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New

Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.

Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.

Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka

dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas

daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka

adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang

mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak

sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.

Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad

pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad

pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.

Rancangan Briggs

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada

pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon

Briggs.

Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan

makanan serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai

Persekutuan.

Tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil

yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru

supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta

ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan.

Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan,

tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan

di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak

membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.

Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung

untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara

berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.

Gerakan Kelaparan

Gerakan Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan British di dalam

Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti

Komunis Malaya.

Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara pegawai-pegawai perkhidmatan

awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan

daerah telah ditubuhkan. Di peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan

bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya.

Semua anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu memastikan bahawa

segala keperluan asas seperti bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan

kepada pihak komunis. Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang

ditetapkan sahaja. Kad pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk di

Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.

Perang Saraf

Rancangan Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat ketika

itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala orang Melayu ramai berkhidmat

sebagai polis dan tentera.

Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan Penduduk

Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 orang.Dalam kempen ini mereka

membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta

mengadakan rapat umum.

Rundingan Baling 1955

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin

Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955,

di Sekolah Rendah Baling, Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa

keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis

Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak

sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan

Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat

sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah

parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak

menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Sebelum Perjanjian

Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat

itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul

Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.

Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan

dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata

komunis. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah

tidak wajar.

Julai 1955 Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.

September 1955 kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan

melalui kapal terbang. Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan

Februari 1956.

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa.

Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan

pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di

sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.

Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah

darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.

Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa

dasar:-

1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.

2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras

ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.

3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.

4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas.

Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang,

mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang

(discourage) .

5. Memperkenalkan ISA.

6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan

melalui unit udara.

7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.

8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.

Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk

tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di

Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi

sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir

musuh.

Langkah bukan bentuk ketenteraan

Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara

yang paling popular adalah berbentuk:

1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang

adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip)

Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka

tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di

dalam hutan.

2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran

untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan gangaran untuk ahli PKM yang

menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang

menyerah diri, serta $25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.

3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang

alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini telah membawa kepada

mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.

4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan

MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam),

tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang

berlaku pada tahun 1963.

Sumber : internet
Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
cikgu YaTie
APA ITU INFLASI?

Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum" bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

KESAN-KESAN INFLASI

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI
Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos

Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tingkat Pendapatan

Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang

Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara

Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertukaran Wang

Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.

Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.


LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barang-barang elektrik, elektronik dan sebagainya.

Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.
ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.
iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA

Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.

Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:

• membeli barang buatan Malaysia

• mengelakkan pernbelian tidak dirancang

• membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan

• menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung

• mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit

• elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.

• menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar Sasaran Kita".



Inflasi Sifar

Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas. Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.



Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan

Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan, pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya.
Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah harganya. Kempen Anti-Inflasi serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:

• merancang perbelanjaan

• dapatkan nilai bagi wang

• elakkan perbelanjaan berlebihan

Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan
Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.


Labels: 0 comments | Links to this post | edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...