cikgu YaTie
10. Sejauh manakah Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Siam berjaya
mencapai matlamat di negara masing-masing.

A. PENDAHULUAN (3 M)

1. Revolusi 1911 di China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen. Revolusi ini berlaku disebabkan oleh pemerintahan Manchu yang lemah yang menimbulkan ketidakpuasan hati golongan intelek di samping beberapa faktor lain. Ia tercetus di China bertujuan menggulingkan Dinasti Manchu yang mengamalkan dasar diskriminasi dan membentuk sebuah republik.

2. Revolusi 1932 di Siam pula dipimpin oleh Pridi Phanamyong semasa pemerintahan Raja Prajadhipok. Revolusi ini tercetus disebabkan oleh pembaharuan-pembaharuan raja-raja Chakri sendiri seperti pembaharuan idea Barat yang menjadi penyebab kejatuhan mereka. Tujuannya untuk menamatkan kuasa mutlak raja dan menubuhkan sistem raja berperlembagaan.

B. ISI-ISI (20M)

Revolusi China 1911 (10M)

Matlamat:

Menggulingkan Dinasti Manchu.
Menubuhkan sebuah kerajaan yang bersih.
Memodenkan China dengan menggunakan acuan atau teknologi Barat.
Menubuhkan sebuah republik yang dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen.
Membentuk kerajaan selaras dengan prinsip rakyat Sun Yat Sen iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
Membentuk kabinet yang bertanggungjawab kepada sebuah perundangan dan memilih jawatankuasa kerja.


Kesan-kesan:

1. Selepas Revolusi China 191, Maharaja Pu-yi yang bergelar Maharaja Hsung-tung turun dari takhta kerajaan pada 12 Februari 1912.
2. Jeneral Yuan Shih Kai mengisytiharkan penubuhan republik.
3. Demi kepentingan negara, Dr. Sun menarik diri dan memberi sokongan kepada Jeneral Yuan.
4. Jeneral Yuan dilantik sebagai presiden dan Kolonel Li Yuan-hung sebagai naib presiden.
5. Jeneral Yuan tidak dapat menubuhkan sebuah republik dalam erti kata yang sebenar.
6. Terdapat pertentangan idea tentang penubuhan republik.
7. Jeneral Yuan inginkan sebuah republik yang mana kuasa presiden di bawah presiden tetapi golongan revolusioner di bawah Dr. Sun inginkan sebuah republik di mana kuasa presiden di bawah parlimen. Jadi konflik berlaku antara kedua-dua kumpulan ini.
8. Yuan berasa kedudukannya tergugat apabila ramai anggota KMT terpilih dalam Parlimen. Yuan memilih ahlinya menjawat jawatan penting dalam parlimen.
9. Golongan revolusioner dalam KMT mencurigai tindak-tanduk Yuan kerana Yuan tidak berminat menubuhkan sebuah kerajaan demokratik.
10. Yuan merancang pembunuhan Sung Chiao-jen, seorang anggota kanan KMT.
11. Anggota KMT mengecam tindakan Yuan membuat pinjaman dari Konsortium Bank Lima Kuasa Barat. Yuan bertindak menyingkirkan anggota KMT dari Parlimen.
12. Dr. Sun melancarkan revolusi kedua menentang Yuan tetapi tidak berjaya.
13. Yuan mengharamkan KMT lalu membubarkan Parlimen pada tahun 1914. Parlimen digantikan dengan Majlis Politik yang memberi kuasa kepada presiden memilih semua ahlinya.
14. Majlis perlembagaan melanjutkan tempoh perkhidmatan presiden kepada 10 tahun.
15. Yuan ingin mengembalikan sistem beraja. Pada tahun 1915 Yuan mengisytiharkan pembentukan dinasti baru dan beliau akan menjadi raja yang pertama.
16. Yuan meninggal dunia pada tahun 1916. Kematian beliau memburukkan lagi keadaan di China. China seterusnya melalui Zaman Hulubalang.


Revolusi Siam 1932 (10M)


Matlamat:

Menghapuskan hak dan kuasa mutlak raja; dipimpin oleh Pridi Phanamyong, Phya Bahol dan lain-lain.
Ingin menamatkan kuasa mutlak raja dalam pelbagai aspek seperti raja dianggap separuh dewa yang kekuasaan mutlaknya meliputi kerajaan dan penduduk. Tidak boleh dikritik dan dianggap tidak pernah bersalah. Segala pembaharuan hanya datang daripada raja sahaja, Keadaan ini membantutkan segala pembaharuan yang cuba dilaksanakan.
Menjalankan perubahan dalam semua aspek pentadbiran. Raja Siam menjadi raja berperlembagaan; pemerintahan mengikut sistem monarki berperlembagaan.
Memberi kebebasan dalam berpolitik dan mengadakan pilihan raya.
Perlembagaan baru digubal oleh Parti Rakyat:
raja hanya berkuasa memberi pengampunan dan pengisytiharan darurat.
putera-putera raja tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam pentadbiran,
pilihan raya diadakan bagi melantik ahli-ahli Dewan yang diadakan 4 tahun sekali.
pentadbiran diserahkan kepada jawatankuasa eksekutif Parti Rakyat yang diketuai oleh Pya Manapakorn.



Kesan-kesan:

1. Revolusi Siam pada tahun 1932 tercetus tanpa pertumpahan darah.
2. Raja Prajadhipok menerima perlembagaan sementara yang digubal oleh Pridi Phanamyong dan golongan revolusioner.
3. Sejak penerimaan perlembagaan sementra ini, kedudukan raja Thai telah berubah daripada raja berkuasa mutlak kepada raja berperlembagaan.
4. Semua keistimewaan golongan bangsawan ditarik balik.
5. Rakyat biasa telah menerajui pemerintahan Thailand. Pya Manapakorn menjadi Perdana Menteri pertama.
6. Thailand berada di bawah kerajaan tentera dengan berpandukan perlembagaan sementara itu.
7. Perlembagaan baru dikuatkuasakan pada 10 Disember 1932.
8. Perlembagaan ini memperlihat satu kompromi antara golongan revolusioner dengan golongan konservatif dalam kerajaan.
9. Terdapat beberapa perkara dalam perlembagaan baru yang memberi kuasa kepada raja dan golongan bangsawan.
10. Antaranya ialah:
i. Raja berhak melantik separuh daripada 156 ahli dalam Dewan Perundangan.
ii. Dewan Perundangan boleh dibubarkan tanpa persetujuan Kabinet dan pilihan raya mesti dijalankan dalam tempoh tiga bulan selepas pembubaran tersebut.
iii. Raja berkuasa mengisytiharkan darurat tetapi perintah itu mesti ditandatangani oleh seorang menteri.
v. Raja mempunyai kuasa mengumumkan pilihan raya yang akan dilangsungkan empat tahun sekali.
v. Putera-putera raja tidak boleh memegang jawatan menteri atau sebarang jawatan penting dalam pentadbiran negara. Akan tetapi mereka boleh menjadi penasihat dan pegawai diplomatik.


C. KESIMPULAN (2M)

Revolusi China berjaya menggulingkan Dinasti Manchu tetapi tidak berjaya
menubuhkan sebuah republik demokratik seperti mana yang dirancangkan oleh Dr.
Sun Yat Sen kerana Yuan ingin memulihkan sistem beraja dengan dirinya sebagai
maharaja. Manakala Revolusi Siam pula secara teorinya, kuasa mutlak raja
dihapuskan tapi perlembagaan baru masih memberi kuasa kepada raja untuk melantik
ahli dalam Dewan Perundangan..




















Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...