cikgu YaTie

Berdasarkan analisis soalan-soalan lepas...soalan berkaitan pendudukan Jepun telah dikemukakan pada tahun 2005 ( gerakan anti Jepun )dan 2006 ( kesan sosioekonomi akibat pendudukan Jepun )....


Pendudukan Jepun dan Ekonomi Tanah Melayu

Ruang lingkup perbincangan:

1. Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun
2. Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun
3. Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

Kepentingan Tanah Melayu kepada Jepun

1. Memperbaiki kelengkapan tentera yang rosak dan menjadi pusat simpanan senjata.
2. Menyediakan sumber bekalan tentera.
3. Mendapatkan sumber bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri Jepun.

Keadaan ekonomi Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun

1. Segala kelengkapan dan bekalan bahan mentah musnah. Inggeris menjalankan Dasar Bumi Hangus dengan membakar semua gudang-gudang simpanan makanan, terutama beras.
2. Keadaan saliran dan bekalan air musnah . Jepun tidak berupaya untuk membaiki semula keranan kekurangan alat ganti dan tenaga buruh. Kesannya, ia menghalang pembangunan pertanian.
3. Tidak ada urusan perdagangan sama ada dalam negeri atau luar negeri kerana dihalang oleh tentera berikat.
Keadaan luar disekat oleh tentera laut berikat dan di dalam negeri oleh pergerakan bawah tanah seperti MPAJA. Selalu menyerang hendap konvoi bekalan makanan Jepun.
4. Tidak ada pengeluaran bahan mentah dan jika ada harganya sangat mahal.
Sebagai contoh pengeluaran hasil galian menjunam dengan hanya empat buah lombong bijh timah beroperasi di Johor. Sebelum itu pada 1939 sebanyak 70 buah, 1941 63 buah. Bagi lombong besi, boksit dan arang batu, tidak ada aktiviti dijalankan, tetapi pada tahun 1939 sebanyak 2 buah lombong yang menjalankan setiap aktiviti perlombongan.
Jumlah keseluruhan perlombongan menurun daripada 76 buah pada 1939 kepada 4 buah pada 1946.
5. Ekonomi Tanah Melayu berbalik asal dengan menjalankan ekonomi sara diri, iaitu dengan menjalankan tanaman di halaman rumah.
Tanaman yang ditanam, bukan sahaja sayur-sayuran , tetapi padi.
6. Bekalan makanan yang berkurangan menyebabkan berlakunya catuan makanan. Kad-kad catuan diedarkan bagi mengawal taburan makanan kepada penduduk.
7. Berlaku sorokan barang-barang keperluan sebab keutamaan diberikan kepada askar dan pekerja-pekerja Jepun.
8. Taburan wang begitu berleluasa tanpa kawalan daripada bank pusat. Keadaan ini berlaku disebabkan semua batalion tentera boleh mencetak wang. Kesannya:
a. Nilai wang terlalu rendah
b. Peningkatan kadar inflasi
c. Masyarakat lebih tertumpu kepada pekerjaan sendiri.
9. Pda peringkat awal pendudukan, kecurian sering berlaku, tetapi dapat diatasi dengan hukuman yang berat.
10. Tawaran dan peluang pekerjaan merosot. Tahun 1939 - 4206,1941 - 1765,1946 - 429.


Polisi-polisi ekonomi Jepun di Tanah Melayu

1. Dasar pembangunan Ekonomi:
Matlamat utama : a. Memastikan bekalan makanan mencukupi.
b. Mengurangkan kadar inflasi.
c. Merendahkan harga barangan

Langkah-langkah yang diambil:

1.1 Dasar Kewangan
a. mengalakkan penyimpanan di Pejabat Pos.
b. meghadkan pengeluaran wang simpanan. Sebagai contoh: penduduk Muar, Johor Baharu dan Batu Pahat boleh keluarkan sebanyak $300.00 sahaja. Bagi penduduk Kota Tinggi, Tangkak, Pontian, dan Mersing $200.00 sahaja.
c. Pengeluaran perlu disertakan dengan boucer dan perlu mendapat kelulusan daripada District Tresurer for Payment.
d. Penjualan tiket-tiket loteri kepada penduduk.
e. Melantik Southern Region Developement Bank bagi mengawal pengeluaran wang
.

1.2 Dasar Pertanian
a. Menubuhkan labour corp bagi megatasi masalah buruh untuk menggerakkan aktiviti pertanian.
b. Menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
c. Catuan makanan. empat kati beras untuk dewasa dan dua kati untuk kanak-kanak serta sati kati gula pasir.
d. Penebangan kawasan hutan dan ladang getah bagi penanaman padi.
e. Memberikan bantuan subsidi kepada pengusaha yang menjalankan pertanian secara komersial seperti yang berikut:
I. $25.00 setiap ekar bagi membersihkan hutan dara dan membakarnya selepas Oktober 1943.
ii. $15.00 setiap ekar bagi tanah di (I) dan ditanami dengan padi.
iii. $10.00 setiap ekar bagi tanah seperti (I) jika ditanami dengan jagung, keledek atau ubi.
iv. Sesiapa yang mengusahakan tanaman di dalam ladang getah dan kelapa selepas Oktober 1943 akan diberikan subsidi sebanyak $15.00 setiap ekar. Walaupun begitu mereka yang menanam dengan padi huma akan diberi sebanyak $10.00.

1.3 Kawalan Komoditi dan Taburan Makanan

a. Setiap konvoi makanan diiringi oleh sepasukan tentera Jepun.
b. Penubuhan persatuan sepert Johor State Goverrment Service Consumer’s Association bagi membantu kakitangan kerajaan memperoleh sumber makanan.
c. Pengawalan penyelewengan edara makanan. Diwujudkan jawatan Pengawal Makanan bagi menentukan pengedar menjualkan makanan kepada penduduk dan bukan kepada pergerakan anti-Jepun.
d. Menghalang dan menghukum penyorok makanan dengan hukuman bunuh selain mengharamkan aktiviti orang tengah.

1.4 Kesan kemelesetan ekonomi dari sudut sosial.

a. Berlaku kebuluran dan masalah sosial.
b. Peningkatan penyakit dan kematian.
c. Kekurangan ubatan dan zat makanan.
d. Wujud pekerja sukarela membaiki kemudahan awam di tempat masing-masing.

e. Kelunturan akidah Islam di kalangan orang-orang Melayu
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...