cikgu YaTie
Soalan berkaitan dgn Pembentukan Malaysia telah dikemukakan pada tahun 2000, 2003 dan 2004...sekarang dah 2009..cikgu rasa semua calon 940/2 diskus la topik ni dgn kawan-kawan dalam study group masing-masing....
Pembentukan Malaysia

Ruang lingkup Kajian:

Sebab pembentukan
Proses pembentukan
Kesan pembentukan


Sebab pembentukan

1. Menghalang perkembangan Komunis
a. wujud keadaan yang tidak menentu di Singapura yang memperlihatkan kegiatan subversif dan komunis begitu kuat.
b. kekuatan puak kiri yang boleh mengancam keselamatan Tanah Melayu
c. Sebagai bukti sejak pilihanraya 1948 di Singapura, puak kiri semakin menguasai politik Singapura.
d. Bagi mengekang masalah ini Inggeris sentiasa memberikan pengawalan keselamatan kepada Singapura sehingga 1958 dan apabila Singapura diberi peluang berkerajaan sendiri. Pengawalan ini berterusan sehingga 1963, tamat tempoh masa bekeraajaan sendiri.
e. Tanah Melayu bimbang Singapura akan diperintah komunis apabila ia menuntut kemerdekaan dari Inggeris pada 1963.

2. Memperteguh keselamatan
a. Ancaman komunis boleh menggugat Tanah Melayu dan wilayah serantau berdasarkan aspek berikut:
I. Kebangkitan Komunis di Indo Cina dan konsep teori Domino.
ii. Penguasaan PKI dalam pentadbiran Soekarno di Indonesia.
iii. Tanah Melayu melihat sendiri kebangkitan komunis yang tewas dalam darurat 1948-1960.
iv Penguasaan komunis yang didominasi oleh etnik Cina dan Singapura merupakan wilayah yang mempunyai penduduk etnik Cina yang ramai.
b. Bagi menjamin keselamatan Tanah Melayu kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak ,dan Brunei akan dapat memperteguhkan keselamatan dan pengawalan apabila Inggeris berundur dari negeri-negeri tersebut, terutama Singapura yang dijangka menuntut kemerdekaan pada 1963. Ini berasaskan keupayaan dan pengalaman Tanah Melayu mengekang pengaruh komunis pada 1960.

3. Menjamin pemerintahan sendiri kepada Sabah, Sarawak, Singapura ,dan Brunei seterusnya ke arah kemerdekaan dalam Malaysia.
a. Mempercepatkan kemerdekaan bagi keempat-empat buah negeri ini untuk mencapai kemerdekaan.
b. Dijangkakan juga persetujuan Lee Kuan Yew dengan gagasan Malaysia adalah diandaikan bahawa Singapura mungkin menghadapi kesukaran menuntut kemerdekaan yang dijangkakan pada 1963 daripada Inggeris jika dibandingkan daripada Malaysia. Ucapan Lee dalam persetujuannya membentuk gagasan Malaysia:

“ ... Perisytiharan Tunku Abd Rahman itu sepatutnya dapat mempercepatkan kemajuan dan perkembangan politik ke arah kemerdekaan sepenuhnya untuk kita.” ( Mokhtar A.Kadir , 1991 )

c. Keadaan ini dapat dilihat daripada persengketaan antara Lee Kuan Yew dengan Kuala Lumpur dalam mencari pengaruh di kalangan pengundi Cina serta menafikan dominan MCA.

4. Kedudukan ekonomi yang stabil
a Pembentukan Malaysia menguntung semua pihak. Seperti juga dalam Persekutuan 1896, negari kaya membantu negeri miskin. Dalam Malaysia hasil bumi yang tidak seimbang membolehkan negeri kaya seperti Brunei, dan Singapura membantu rakan-rakan di Sabah dan Sarawak yang masih mundur.
b. Keselamatan yang terjamin juga membantu hubungan dagangan dengan negara luar berjalan lancar.
c. Keadaan ini membolehkan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan secara beterusan.
d. Ini juga mungkin satu konsesi politik dan ekonomi, di mana negeri-negeri ini mendapat kebebsan penjajahan dan Tanah Melayu diberi peluang menguatkan ekonominya dengan bantuan negeri-negeri kaya. Ini dibuktikan lagi dengan kelewatan Brunei memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris sehingga 1987.

5. Cita-cita politik pemimpin PAP Lee Kuan Yew bagi menguasai Malaysia dengan konsep Malaysia Malaysia yang menjuruskan kepada pertentangan Melayu - bukan Melayu.
a. Lee Kuan Yew merupakan pemimpin yang mempunyai cita-cita yang besar. Dengan kemasukkan Singapura dalam gagasan Malaysia, Lee Kuan Yew cuba untuk menengelamkan peranan MCA yang lebih bersifat sederhana dan perjuangkan kesederhanaan dan kehormonian kaum.
b. Keadaan ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1964 PAP menenangi 37 daripada 51 kerusi. Akhirnya ia menuntut untuk membentuk kerajaan campuran walaupun dalam konsesi dan persetujuan antara Lee dan Tunku Singapura hanya boleh diwakili oleh 15 ahli parlimen ke Kuala Lumpur.
c. Kegagalan untuk menyakinkan Tunku Abd Rahman akan reputasi PAP Lee Kuan Yew telah menubuhkan Malaysia Solidarity Convention iaitu perikatan parti-parti pembangkang yang majoritinya keturunan Cina. Selain daripada itu Kuan Yew juga melaungkan slogan Malaysian Malaysia untuk mencabar UMNO dan perikatannya.
d. Keadaan ini sebenarnya untuk menguji kemampuan dan kekuatan PAP bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan kuasa serta melemahkan perikatan UMNO. MCA, dan MIC.

Proses Pembentukan Malaysia

Proses yang dijalankan

1. Secara rundingan dan permuafakatan serta pemberian konsesi kepada Singapura, Sabah , dan Sarawak.
2. Persetujuan daripada semua pihak, Komanwel, negeri-negeri terlibat, dan Inggeris
3. Mendapatkan pengesahan daripada Parlimen Tanah Melayu, Inggeris, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Borneo Utara.
4. Mendapatkan perkenan Baginda Queen dengan memperkenankan Akta Malaysia di London dan Rang Undang-undang Malaysia oleh Yang Dipertuan Agong di Kuala Lumpur.
5. Berlaku pertentangan daripada Indonesia dan Fillipina di adakan pungutan suara rakyat melalui Suruhanjaya Cobbold. Di Singapura diadakan referendum dan pendapat umum - 71.7 % bersetuju.

Latar belakang dan kronologi pembentukan Malaysia

27.05.1961
Tunku Abd Rahman membuat pengumanan.

03.06.1961
Mendapat reaksi yang positif daripada Lee Kuan Yew

27.07.1961
Perbincangan gagasan dalam mesyuarat persatuan Komanwel dan bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan ( SCC ). Dipengerusikan oleh Donal Stephen.

16.10.1961
Tunku membentangkan konsep Malaysia di Parlimen.

20.11.1961
Rundingan di London bagi mendapat persetujuan Britain mengenai penggabungan Singapura dan Tanah Melayu dan dibentuk pada 31 Ogos 1963.
Suruhanjaya bebas Cobbold ditubuhkan.
Menteri Luar Indonesia Dr. Subandrio juga menyokong penubuhan Malaysia di PBB.

Awal Tahun 1962
SCC menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.
Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah dan Sarawak.

23.10.1962
Lee Kuan Yew menenmui Tunku Abd. Rahman mengenai penubuhan Malaysia.

Jun 1962
Laporan pungutan suara diumumkan.

Febuari 1963
Pemerintah Indonesia menarik balik sokongan dan wujud dasar konfrantasi.
Fillipina membantah dan menuntut Sabah kepada British. Kerajaan British menolak tuntutan tersebut.

16.08.1963
U Thant menghantar pasukan khas PBB bagi menjalankan pungutan suara di Sabah dan Sarawak. Dianggotai juga oleh wakil Indonesia dan Fillipina.

13.09.1963
Pasukan khas PBB melaporkan hasil tinjauan dan mengesahkan kedua-dua rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dalam Malaysia.

16.09.1963
Malaysia ditubuhkan tanpa kemasukan Brunei.

Tujuan SCC

1. Mengumpul maklumat , pandangan, dan pendapat orang ramai mengenai rancangan penubuhan Malaysia.
2. Memberi penerangan tentang soal-soal yang berkaitan dengannya.
3. Bersetuju dan mengadakan dan menggalakkan perbincangan tentang negara baru melalui percantuman.
4. Menyatukan kegiatan yang boleh menggalakkan dan mempercepatkan penubuhannya.
5. Menyerahkan hasil dapatannya kepada Suruhanjaya Cobbold.

Kesan Pembentukan Malaysia

1. Konfrantasi Malaysia-Indonesia
a. Operasi Ganyang Malaysia dilancarkan oleh Indonesia
b. Terlerai ikatan persaudaraan Melayu
c. Berlaku pencerobohan tentera Indonesia terhadap Malaysia di Pontian, Segamat, Kesang, Muar, dan Sarawak

2. Kewujudan negara baru dan pembebasan Singapura, Sabah, dan Sarawak daripada penjajahan Inggeris dan pergeseran politik Kuala Lumpur - Sabah, Sarawak, dan Singapura..
a. Wujud parti politik pro-Kuala Lumpur - Perikatan Sabah, dan Perikatan Sarawak.
b. Di Sabah, Donald Stephen telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan Datu Mustapa Harun.
c. Di Sarawak, Stephen Kalong Ningkan digantikan dengan Tawi Seli.

3. Pertelagahan kepimpinan Singapura-Malaysia.
a. Wujud pertentangan kaum - rusuhan dan pergaduhan Melayu-Cina 1964 di Singapura.
b. Kempen Malaysian Malaysia dilancarkan oleh PAP.
c. PAP cuba menguasai politik Cina dengan mengketepikan MCA.

4. Bantahan daripada Fillipina-Indonesia
a. Tuntutan-tuntutan daripada Fillipina dan Indonesia dibuat di peringkat antarabangsa.
b. Gabungan dalam ASA berkubur.
c. Gabungan Maphilindo tertangguh.

5. Hubungan diplomatik terputus.
a. Kedutaan Malaysia di Fillipina diturunkan ke taraf konsul sahaja.
b. Di Indonesia kedutaan Malaysia tidak diiktiraf sebagai Malaysia, tetapi diiktiraf sebagai kedutaan Tanah Melayu.

6. Wujud konsesi-konsesi untuk Sabah, Sarawak, dan Singapura. Antara yang terpenting..
a. Sabah dan Sarawak
I. Kedua-dua negeri akan diberi kuasa atas imigresen termasuk juga mengenai warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.
ii. Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan akan tetapi bahasa Inggeris akan terus digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.
iii. Islam akan menjadi agama rasmi akan tetapi agama-agama lain boleh dikembangkan.
iv. Rakyat bumiputera daripada kedua-dua negeri boleh menikmati hak-hak istomewa sama seperti hak-hak yang dinikmati oleh orang Melayu di Tanah Melayu.
v. Peraturan kerwangan akan dibuat untuk menjamin dana Persekutuan untuk pembangunan negeri.
vi. Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi kedua-dua negeri itu akan ditubuhkan supaya pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga ada sebilangan pegawai tempatan yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

b. Singapura
I. Singapura akan mengekalkan pelabuhan bebasnya.
ii. Diberi autonomi dalam bidang pendidikan dan perburuhan.
iii. Mendapat sebahagian besar hasilnya bagi perbelanjaan dalam kedua-dua bidang tersebut.
iv. Dipersetujui bahawa perwakilan Singauran dalam Dewan Rakyat Persekutuan akan dihadkan seramai 15 orang sahaja.

Rujukan:

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.
Labels: | edit post
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...