Masyarakat
Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang
dikendalikan bagi mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk
memenuhi keperluan hidup seharian.
Keperluan ekonomi petani ialah berbentuk secukup hidup bagi menyara
keperluan keluarga sendiri dengan menekankan kepada keperluan asas. Oleh itu, perhatian utama ditumpukan kepada
usaha-usaha untuk mendapatkan sumber-sumber makanan. Walaupun kegiatan ekonomi
sara diri telah diusahakan di kebanyakan negeri, namun terdapat juga ekonomi
separa sara diri yang dijalankan di Kedah dan Perlis, serta ekonomi komersil
berasaskan pertanian, perlombongan dan perdagangan khususnya di Negeri Johor.
Isi
1. Ekonomi Sara diri
I. Pertanian
sara diri
Ø Penanaman padi adalah kegiatan pertanian sara diri utama. Masyarakat
Melayu yang tinggal di pesisiran sungai dan kawasan pedalaman menanam padi sawah dan padi huma
Ø Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah
rendah. Lembah sungai menjadi tumpuan kerana
tanah lanar yang subur dan mudah mendapatkan bekalan air. Contoh di Lembah
Sungai Kelantan, Lembah Sungai Muda.
Ø Baja yang digunakan adalah tahi binatang dan menggunakan
tenaga binatang untuk menjalankan kegiatan membajak seperti lembu dan kerbau.
Ø Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan tanaman
padi, contoh Terusan Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai Raja Gali di
Kelantan. Di Negeri Sembilan kincir air dibina untuk mengairi kawasan tanaman
padi. Kawasan penanaman padi utama di Tanah Melayu ialah di Negeri Kedah,
Pahang dan Kelantan.
Ø Tanaman lain yang turut diusahakan ialah pisang, jagung,
ubi kayu dan buah-buahan.
Ø Padi huma ditanam di kawasan bukit dan pedalaman. Tanaman
ini ditanam di tanah tinggi kerana tidak memerlukan air yang banyak
II. Memburu dan
menternak binatang
Ø Masyarakat Melayu juga memburu binatang seperti rusa, ayam
hutan, pelanduk. Mereka juga memburu gajah untuk mendapatkan gading. Selain itu
mereka juga menternak binatang seperti ayam, lembu, kerbau dan sebaginya.
III.
Memungut hasil hutan
Ø Contohnya buluh, rotan, damar, gaharu, cendana, sarang burung, getah
percha, jelutung dan pelbagai jenis herba dan akar kayu
IV.
Menangkap ikan
Ø Merupakan kegiatan utama penduduk persisir sungai dan pantai. Menggunakan
kaedah dan peralatan tradisional. Hasil tangkapan kecil dan untuk menampung
keperluan sendiri
V.
Pertukangan dan kraftangan
Ø Menggunakan hasil hutan terutamanya
buluh, rotan dan kayu-kayan untuk
menghasilkan pelbagai barangan keperluan
harian
2. Ekonomi komersil
Ø Ekonomi komersial merupakan kegiatan ekonomi yang menggunakan modal yang
besar, teknologi moden, dan diusahakan dalam skala yang besar. Melibatkan modal dan kepakaran asing
terutamanya pemodal Cina dan Eropah
I. Perdagangan
Ø Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu tradisional telah pun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah, China dan India
melalui pelabuhan Singapura
Ø Terangganu telah menjalankan perdagangan dengan China sebelum campur tangan
British. Terengganu mengeksport emas, bijih timah, kopi, rotan dan damar
II. Perlombongan
Ø Pada awalnya diusahakan secara sambilan oleh sebahagian kecil orang Melayu.
Pada awal dan pertengahan abad ke -19, perlombongan bijih timah giat dijalankan
di kawasan Larut, Kinta dan Hilir Perak. Lombong-lombong ini adalah kepunyaan
pembesar Melayu
Ø Buruh Cina dibawa masuk dari Pulau Pinang dan Melaka untuk bekerja dilombong.
Pelombong Cina menggunakan kaedah pam dedah dan roda air. Di Selangor,
perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan Lukut dan Kelang
Ø Di Negeri Sembilan, perlombongan dijalankan oleh orang Cina di Sungai Ujong
sejak tahun
1828. di Terengganu Sultan Terengganu menggalakkan usaha mencari gali emas di
Ulu Nerus dan perlombongan bijih timah di Kemaman
III. Pertanian dagangan
Ø Sistem Kangcu telah diasaskan di Johor oleh Temenggung Ibrahim dan
diperluaskan oleh pengganti baginda iaitu Sultan Abu Bakar. Antara tahun
1840-1850an, tanaman lada hitam dan gambir telah diusahakan secara
besar-besaran di sepanjang sungai utama untuk tujuan eksport. Tanaman ini
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Eropah dan Singapura. Johor
juga turut menghasilkan getah perca, sagu dan koko untuk komersil
Ø Pala, cengkih dan tebu pula banyak ditanam di Seberang Perai oleh pengusaha
bangsa Eropah.
Ubi kayu ditanam di Melaka dan dianggarkan terdapat 400 hektar ladang ubi kayu di
Melaka pada tahun 1860. Terengganu pula telah mengeksport kopi, rotan dan damar
IV. Pembalakan
Ø Perusahaan pembalakan di Johor diusahakan oleh Syarikat Peterson &
Simons. Kayu balak yang telah diproses dieksport ke China, Mauritius, Jawa dan
Sri Lanka
Kesimpulan
Secara keseluruhannya sistem ekonomi tradisional di Negeri-negeri Melayu
adalah mirip sara diri, namun bagi negeri Kedah dan Perlis ekonominya lebih
bersifat separa sara diri. Di samping itu, bidang ekonomi komersil juga turut
berkembang terutamanya di Johor yang
melibatkan kegiatan perdagangan,
pertanian dagangan dan perlombongan yang dimonopoli oleh
pembesar Melayu dan pemodal Cina. Kekayaan sumber alam telah menarik saudaganr
Cina dan Eropah untuk melabur modal dalam bidang-bidang berkenaan.
sngt berguna,trimakasih cikgu,, saya pun InsyaALLAH jadi cikgu juga kelak,, hehe,, thanxx info2x nya cikgu,,
trimkasih atas info nya cikgu,,