Masyarakat maritime adalah masyarakat pedagangan dan masyarakat berasaskan kelautan. Selain berdagang, masyarakat maritime adalah golongan masyarakat yang menguasai ilmu pelayaran dan perkapalan. Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar.
Ciri-ciri
masyarakat maritime di Portugal ialah pengamalan ekonomi mekantilisme. Masyarakat maritime Portugal
mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme yang menekankan kekayaan, kekuasaan dan
kebajikan. Bagi mencapai matlamat tersebut, Portugal menggunakan pelabuhan
Lisbon sebagai pusat perdagangan dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah. Portugal melantik Casa Da India untuk
menguruskan perdagangan luar negara. Portugal berjaya memonopoli perdagangan lada
hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih serta mengenakan cukai 30 % ke atas
keuntungan pelbagai aktiviti perdagangan. Portugal menggunakan Antwerp sebagai
pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Kesannya ,
Portugal berjaya menguasai pasaran rempah – ratus yang dikuasai oleh pedagang
Venice.
Ciri-ciri
seterusnya ialah penguasaan masyarakat maritime Portugal dalam aspek penerokaan
dan penjelajahan. Dorongan Putera
Henry membolehkan ramai kelasi Portugal berjaya menjelajah ke selatan sehingga
ke Cape Verde, Afrika. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Cape
of Good Hope. 1497, Vasco da Gama mengelilingi Tanjung Harapan sehingga ke
pantai timur Afrika dan Malindi, sebelum tiba di Kalikut, India pada 1499. Pada
tahun 1509, Lopez de Sequiera ke Melaka dan Alfonso de Albuquerque menjajah
Melaka pada 1511. Pada tahun 1542, pedagang Portugal berjaya memasuki Jepun.
Pada tahun 1557, pedagang Portugal sampai ke Macau. Penerokaan dan penjelahan
Portugal juga melibatkan negara-negara Amerika Selatan.
Ciri-ciri lain masyarakat
maritime yang lain ialah penguasaan ilmu pelayaran. Masyarakat Portugal mahir
dalam bidang pelayaran. Akademi Laut di Sagres berfungsi memberi tunjuk ajar
dan pengetahuan tentang ilmu pelayaran kepada masyarakat Portugal. Tenaga
pengajar dari luar seperti ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan
astronomi.
Ciri-ciri
seterusnya ialah masyarakat maritime Protugal memilik pusat pelabuhan dan
perdagangan dalam dan luar negara. Portugal
mempunyai pelabuhan utama di Lisbon dan Antwerp. Kedua-dua pelabuhan ini
menjadi pusat perdangan utama di Eropah. Portugal juga memiliki pelabuhan luar
seperti Cochin, kapal-kapal dagang luar yang menggunakan pelabuhan ini dan
pantai Malabar dikehendaki menggunakan lesen Portugal. Pusat pelabuhan Portugal di Tanzania dan
Kenya membolehkan Portugal menguasai Lautan Hindi. Penguasaan Portugal terhadap pelabuhan Melaka
membolehkan Portugal menguasai perdagangan denga Ceylon, Sumatera, Jawa dan
Kepulauan rempah. Pelabuhan Portugal di Mozambique berfungsi sebagai pelabuhan
persinggahan. Penguasaan Portugal di
Brazil menyebabkan ramai orang Portugis membuka petempatan baru di Sao Paulo
dan Bahia.
Selain
itu, masyarakat maritime di Portugal juga bergantung kepada keperluan bahan
atau barang dagangan. Kegiatan
perdagangan menyebabkan masyarakat maritime Portugal memerlukan sumber dari
luar untuk pasaran domestic dan antarabangsa. Portugal memperoleh hasil hutan,
emas, dan bahan pencelup dari Brazil.
Portugal juga menguasai rempah – ratus, lada hitam, sutera dan batu permata,
kulit kayu manis dan bunga cengkih. Keperluan kepada bahan dagangan ini
membolehkan Portugal berfungsi sebagai orang tengah dalam penjualan barangan
dari Timur. Portugal juga terlibat dengan perdagangan hamba yang diperoleh dari
China. Hamba-hamba ini dijual di Eropah untuk bekerja sebagai buruh pertanian.
1595, Portugal menghentikan perdagangan hamba ekoran daripada undang-undang
Portugal yang mengharamkan perhambaan.
Ciri-ciri
seterusnya ialah masyarakat maritime di Portugal memiliki kemahiran dan
teknologi. Masyarakat maritime Portugal mempunyai kemahiran membina kapal-kapal
besar. Kapal-kapal besar ini berfungsi sebagai kapal perang dan kapal dagang. Masyarakat
maritime Portugal juga memiliki kemahiran kelautan yang membolehkan
kelasi-kelasi kapal, pelayar-pelayar, dan pedagang-pedagang Portugal menguasai
laluan Eropah ke Timur.
Ciri-ciri
khusus masyarakat maritime di Portugal ialah golongan pedagang dan saudagar. Golongan saudagar dan pedagang
mendominasi ciri-ciri masyarakat maritime Portugal. Kegiatan perdagangan
domestic dan antarabangsa memberikan keuntungan ekonomi yang tinggi kepada
masyarakat maritime Portugal. Penggunaan
mata wang syiling Ducat, Venice, Florin dan Florence menambahkan kekayaan
golongan saudagar dan pedagang.
Ciri-ciri masyarakat maritime seterusnya ialah hubungan
perdagangan antara masyarakat maritime Portugal dengan perdagangan luar negara. Penguasaan Cochin pada tahun 1503
membolehkan Portugal menguasai Pantai Malabar dan Lautan Hindi. Kapal-kapal
dagang yang berdagang di wilayah ini mesti menggunakan lessen Portugal. Pada tahun
1511, Portugal berrjaya menguasai Melaka dan membolehkan pedagang-pedagang
Portugal menguasai perdagangan rempah dari kepulauan Melayu seperti Maluku,
Jawa dan Sulawesi. Pedagang Portugal membeli sutera China dan menjualnya kepada
pedagang Jepun, membeli perak dari Jepun dan menjualnya kepada pedagang China. Selain
itu, masyarakat maritime di Portugal juga mempunyai hubungan dagang dengan
negara-negara Afrika seperti Tanzania dan Kenya serta negara Amerika Selatan seperti
Brazil.
Portugal
merupakan antara kuasa mekantilisme terawal yang memonopoli ekonomi
antarabangsa. Keperluan masyarakat maritimnya terhadap barang dagangan utama
seperti rempah – ratus telah mendorong Portugal untuk menguasai negara-negara
Timur khususnya kepulauan Melayu . Persaingan antara kuasa Barat di sebelah
Timur, kemudiannya menyebabkan Portugis
hanya memberi tumpuan kepada ekonomi di Eropah.
Catat Ulasan