cikgu YaTie


Masyarakat agraria ialah masyarakat berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Masyarakat agraria tinggal di kawasan  pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. Masyarakat agraria di China merupakan masyarakat petani yang bergantung sepenuhnya kepada ekonomi kendiri dan tidak bergantung kepada negara lain untuk memenuhi keperluan masyarakat tempatan. Pengamalan unsur-unsur mekantilisme oleh masyarakat agraria di China membantu perkembangan ekonomi agraria di China pada abad ke-16 hingga abad ke-17M. Terdapat ciri-ciri khusus dalam masyarakat agraria di China.
                Ciri-ciri utama masyarakat agraria di China ialah masyarakat petani. 85 % masyarakat petani China menetap di desa. Sebahagian besar masyarakat petani di China bertumpu di dataran Loes, lembah sungai Kuning dan wilayah tengah yang terdapat sungai Yangzte. Masyarakat petani China sangat bergantung kepada iklim untuk menjalankan ekonomi agraria. Iklim yang bersesuaian ini membolehkan masyarakat petani mengusahakan penanaman pelbagai jenis tanaman sepanjang tahun.
            Ciri-ciri seterusnya ialah pemilikan tanah. Masyarakat agraria tidak memilik tanah pertanian. Tanah pertanian yang diusahakan adalah tanah milik golongan pembesar atau tuan-tuan tanah. Aktiviti pertanian diusahakan secara bersama dan diwarisi.
            Ciri-ciri masyarakat agraria di China juga berkaitan dengan kegiatan ekonomi pertanian yang diamalkan. Tanaman utama masyarakat agraria ialah padi sawah. Penanaman padi ini diusahakan oleh masyarakat petani yang tinggal di lembah sungai Yangzte dan sungai Kuning. Selain itu, masyarakat agraria juga mengusahakan tanaman lain seperti kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat petani yang tinggal di sekitar sungai Heilongjiang menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Kegiatan perikanan darat diamalkan oleh masyarakat agraria di kawasan-kawasan sumber perikanan seperti di sungai-sungai utama China. Ekonomi penternakan dijalankan untuk menampung keperluan makanan seperti ternakan ayam, itik, dan  lembu daging.
            Masyarakat agraria di China juga terlibat dalam industri asas tani iaitu penternakan ulat sutera. Industri ini membolehkan masyarakat petani China mengusahakan industri sutera secara besar-besaran. Masyarakat agraria juga terlibat dalam kegitan pertukangan. Perusahaan pertukangan dijakan secara perkongsian atau joint stock.



            Selain itu,  masyarakat agraria di Belanda juga memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pertanian. Masyarakat agraria semasa era Dinasti Ming mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman, menggunakan peralatan seperti sabit, cangkul dan penyisir tanah, selain menggunakan baja untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan mengekalkan kesuburan tanah. Masyarakat agraria  juga mengamalkan tanaman padi dua kali setahun di kawasan tanaman yang sama serta menanam tanaman baru seperti kentang manis, barli dan jagung.
            Semasa pemerintahan Dinasti Ching, masyarakat agraria di China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan. Masyarakat petani di Kiangnan mengusahakan perusahaan kain sutera, kain kapas dan pakaian. Masyarakat petani di Chekiang dan Kiangsu mengusahakan teh dan daun mulberry untuk penternakan ulat sutera. Walaupun, petani menggunakan peralatan lama, tetapi hasil pengeluaran dapat ditingkatkan dan dapat memenuhi permintaan masyarakat tempatan kerana kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pertanian.
            Ciri-ciri lain masyarakat agaria di China berkaitan dengan pemasaran pengeluaran hasil pertanian. Hasil pengeluaran digunakan untuk keperluan tempatan dan pasaran domestik. Masyarakat agraria semasa pemerintahan dinasti Ming mempunyai hubungan dagang dengan dengan Jepun, Lautan Hindi, Afrika Timur dan negara-negara Asia. Walau bagaimanapun, semasa era Dinasti Ching, masyarakat agraria yang mengutamakan pertanian sebagai sektor ekonomi utama telah mengkelaskan ekonomi perdagangan sebagai lapisan paling rendah dalam bidang ekonomi. Masyarakat pedagang dipandang hina walaupun memberikan keuntungan yang banyak kepada negara China.
            Pada zaman dinasti Ching, dasar isolasi diamalkan sepenuhnya. Urusan perdagangan dengan kuasa Barat hanya dilakukan di Canton sahaja. Keperluan masyarakat tempatan berjaya dipenuhi oleh produktiviti masyarakat agraria di China tanpa bergantung kepada sumber dari negara luar. Keadaan ini memberi tekanan kepada China kerana kuasa-kuasa Barat berusaha memecahkan dasar isolasi China sepenuhnya.
           






1 Response
  1. Cikgu, panjangnya. Boleh tak lepas nie buat dalam point form? Mudah utk bt rujukan.


Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...