cikgu YaTie





Masyarakat industry di Jerman terbentuk selepas berlakunya Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah.  Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman. Pertumbuhan perindustrian ini menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk di bandar-bandar.  Masyarakat Bandar di Jerman membentuk masyarakat industry. Masyarakat industry menguasai ekonomi kapitalisme dan membentuk kelas social yang ditentukan daripada pemilikan harta dan modal. Secara ringkasnya, masyarakat industri merujuk kepada perubahan masyarakat pertanian kepada masyarakat industri.
                Ciri-ciri utama masyarakat industry di Jerman ialah perubahan masyarakat pertanian kepada masyarakat industry. Masyarakat petani mula menggunakan peralatan moden seperti mesin khusus untuk proses penanaman dan penuaian manakala traktor digunakan bagi menggantikan penggunaan kuda.  Masyarakat petani moden Jerman di wilayah Timur Laut Jerman mengamalkan penanaman bijirin , khasnya jagung dan ubi kentang serta diselangi dengan ternakan haiwan seperti lembu. Ini  meningkatkan ekonomi masyarakat pertanian Jerman.
                Selain itu, masyarakat industry di Jerman juga menggunakan teknologi dalam pertanian. Penggunaan traktor bagi menggantikan kuda untuk pembajakan tanah pertanian. Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justun von Leibig menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
                Ciri-ciri masyarakat  industry di Jerman juga ditentukan dengan penglibatan masyarakat dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan pasifik  dengan menguasai sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina daripada Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman menjalinkan hubungan dagang dengan China bagi mendapatkan arang batu.
                Masyarakat industry di Jerman juga ditentukan dengan penglibatan masyarakat dalam sector perindustrian di Jerman. Masyarakat industry terlibat dalam perlombongan arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia , Jerman meningkat dan membawa kepada perkembangan pengeluaran barangan alat ganti dan peralatan besi. Masyarakat industry juga terlibat dalam industri kulit di Jerman. Industry ini  berkembang dengan pesat sehingga menyebabkan perubahan gaya hidup masyarakat Jerman dan aspek-aspek lain seperti komunikasi dan pendidikan. Ciptaan-ciptaan baharu juga membantu masyarakat industry terlibat sepenuhnya dalam industry. Inovasi ini berkembang di Jerman misalnya, inovasi oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan mendominasi industri kimia dan elekrik dunia. Bantuan modal dikeluarkan oleh bank-bank Jerman mendorong perkembangan sector perindustrian. Penubuhan kartel di Jerman berjaya mengawal harga komoditi utama seperti arang batu dan keluli dalam pasaran antarabangsa. Perkembangan pesat dalam  sector pengangkutan khususnya pembinaan jalan kereta api. Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan firma Jerman di Borsig telah menjadii pengeluar kereta api utama di Jerman.



                Ciri-ciri masyarakat industry seterusnya ialah masyarakat Bandar. Golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan dalam sector perindustrian dan perkilangan. Berlaku perubahan gaya hidup dalam kehidupan masyarakat Bandar.
                Ciri-ciri seterusnya ialah kelas pekerja atau buruh. Undang-undang diperkenalkan untuk menjamin kebajikan kelas pekerja seperti Undang-undang insurans social pada tahun 1883. Majikan menanggung 1/3 kos pembiayaan kesihatan pekerja. Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan diperkenalkan untuk kebajikan pekerja seperti pembayaran perubatan.
                Ciri-ciri lain masyarakat industry di Jerman ialah perbezaan pemikiran politik masyarakat. Perbezaan ini seringkali membawa tentangan masyarakat industry terhadap dasar-dasar kerajaan. Misalnya, Kegagalan golongan liberal bersetuju dengan Bismarck berhubung isu tarif telah membawa perubahan besar dalam ekonomi pasaran bebas di Jerman. Sebelum tahun 1877, golongan Junker menguasai keuntungan pengeksportan bijirin ekoran perlaksanaan ekonomi pasaran bebas namun selepas 1870-an, Jerman mengalami kekurangan bijirin yang mendorong Bismarck memperkenalkan Undang-undang tariff pada tahun 1879. Undang-undang ini memansuhkan ekonomi pasaran bebas di Jerman.
                Pelbagai  usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman khususnya semasa pemerintahan Bismarck. Bismarck mengamalkan dasar autokrasi dalam ekonomi Jerman.




0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...