Masyarakat maritime di
Jepun merupakan masyarakat pedagang dan saudagar. Golongan masyarakat maritim Jepun
menduduki lapisan paling bawah dalam susun lapis masayarakat feudal di Jepun
kerana aktiviti ekonomi yang mereka usahakan melibatkan orang luar yang
dianggap tidak bertamadun oleh masyarakat tempatan. Terdapat ciri-ciri khusus
masyarakat maritime di Jepun.
Kedudukan
geografi Jepun mendorong masyarakat maritime di Jepun menjalankan ekonomi
perdagangan antara pulau-pulau utama di Jepun seperti Honshu, Hokkaido,
Okinawa, Kyushu, dan Shikoku. Pasar-pasar kecil berkembang menjadi pusat
perdagangan. Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras, dan sake bertambah
pesat di Bandar dan wilayah seperti di Kuwana, Sakai dan Hakata. Wujud pemasaran
antara daerah seperti pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat
sutera serta alat tenunan di Fukushima, Yamanashi dan Gumma. Satsuma menjadi pusat
pengeluaran gula yang dipasarkan ke seluruh Jepun.
Ciri-ciri masyarakat maritime
seterusnya ialah hubungan perdagangan antara masyarakat maritime di Jepun dengan
perdagangan luar negara. Menjelang tahun 1550, Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan Portugal. Jepun juga menjalinkan hubungan dagangan dengan
pedagang-pedagang British, Belanda dan Sepanyol. Walau bagaimanapun, hubungan
dagangan ini terhad. Misalnya, Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau
Dashima di bawah seliaan pegawai-pegawai Jepun. Hubungan dagangan dengan China
kemudiannya menggunakan pedagang Portugal sebagai orang tengah ekoran hubungan
dingin Jepun-China.
Selain
itu, masyarakat maritime di Jepun mempunyai pusat perdagangan yang berfungsi
sebagai pelabuhan utama di Jepun. Pelabuhan
Nagasaki merupakan pelabuhan utama Jepun dan pintu utama perdagangan luar
Jepun. Pulau Dashima berfungsi sebagai pelabuhan terhad pedagang-pedagang
Belanda. Pelabuhan Osaka menjadi tumpuan golongan daimyo dan samurai serta
pedagang tempatan. Kegiatan penjualan beras pesat di pelabuhan ini.
Masyarakat maritime Jepun
mengusaha sendiri keperluan bahan dagangan. Bandar-bandar kecil berkembang
menjadi bandar perdagangan. Pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran
ulat sutera di Fukushima, pengeluaran gula di Satsuma. Barang dagangan ini
dipasarkan secara meluas di Jepun. Perkembangan industry di Jepun membolehkan
Jepun mengeksport barangan siap ke China dan negara-negara lain. Penduduk Jepun
mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran dari China
seperti sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga.
Masyarakat maritime Jepun
memperoleh kemahiran dan teknologi Barat ekoran daripada hubungan dagangan
dengan negara-negara Barat seperti Portugal dan Belanda. Pemindahan teknologi
seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian serta penyebaran
agama Kristian membantu Jepun membangunkan perdagangan dan perindustriannya.
Perkembangan
ekonomi perdagangan oleh masyarakat maritime Jepun telah menyebabkan
pertambahan bilangan golongan saudagar dan pedagang di Jepun. Golongan ini
menjadi kaya dan menjadi golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang
mempunyai syarikat persendirian.
Masyarakat
maritime Jepun menggunakan mata wang perak dan tembaga secara meluas
menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di
Jepun.
Kepesatan
perdagangan berakhir secara mendadak pada tahun 1630-an apabila pemerintahan
Tokugawa mengamalkan dasar tutup pintu kerana perasaan syak wasangka terhadap
orang-orang Barat dan kebimbangan kesan-kesan politik yang buruk.
Catat Ulasan