Pembesar merupakan golongan yang sangat
penting dan berpengaruh dari segi politik, ekonomi dan sosial. Jawatan pembesar
diperoleh melalui dua cara iaitu; taraf tersedia dan taraf capaian. Taraf
tersedia, iaitu jawatan diperoleh secara warisan; apabila seseorang pembesar
meninggal dunia maka anak akan menggantikan tempatnya.Taraf capaian; pembesar
yang dilantik kerana kehebatan dan ketokohan yang dimiliki oleh seseorang
Isi
1.
Politik
Ø Pembesar berperanan utama dalam politik. Mereka merupakan golongan yang
memonopoli kuasa politik. Mereka juga berperanan dalam melantik raja/sultan,
contoh di Negeri Sembilan, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai
Ujong, Undang Rembau dan Johol) akan melantik Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.
Di Perak pembesar berkuasa melantik sultan dan mereka berpengaruh dalam
menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka boleh mengenepikan
mana-mana bakal sultan yang tidak disukai, contoh Raja Yusuf gagal menjadi
sultan kerana baginda gagal mendapat sokongan dan diketepikan oleh pembesar.
Ø
Pembesar
berperanan membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Mereka
mempunyai cop mohor sendiri., contoh di Kelantan pada masa pemerintahan Sultan
Muhamad 1, baginda telah membentuk Jemaah Menteri yang terdiri daripada 7 orang
pembesar untuk memudah dan melicinkan pentadbirannya. Di Johor Sultan Abu Bakar
memperkenalkan satu perlembagaan berasaskan perlembagaan British. Menurut
perlembagaan ini satu Jemaah Menteri yang dianggotai oleh pembesar telah dibentuk untuk memberi
nasihat kepada sultan.
Ø Pembesar turut membantu
sultan mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar wilayah. Kawasan ini dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah
sultan kepada pembesar kerana jasa perkhidmatan cemerlang. Contoh Dato’ Bahaman
dilantik sebagai pembesar Semantan, Tok Gajah dilantik mentadbir Puau
Tawar.
2.
Ekonomi
Ø Pembesar berperanan
dalam hal memungut cukai di kawasan pentadbirannya yang dipanggil kawasan
pemakanan. Semua pedagang yang melintasi daerah itu akan dikenakan cukai di
pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya barang-barang itu dikenakan cukai 10% dan dibayar dengan barangan.
Sebahagian daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti contoh di
Perak, sultan berhak mengambil $ 6.00 dari setiap bahara (400 paun) bijih timah
yang diekspot di mana-mana daerah di Perak. Pemberian ufti sebagai lambang taat
setia pembesar kepada sultan. Di Negeri Sembilan Sungai Linggi menjadi kawasan
pemungutan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar dari sungai berkenaan
sehingga menjadi rebutan di antara Dato’
Bandar dengan Dato’ Kelana.
Ø Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke atas
penduduk. Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya dengan
menambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasil
yang banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itu
pembesar sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yang
lebih banyak bagi tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatan yang
diterima dengan pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihan akan
digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai orang berhutang
dengannya.
Ø Pembesar juga menjalankan kegiatan ekonominya sendiri seperti perlombongan
bijih timah dan berdagang. Ini menyebabkan di tempat-tempat tertentu pembesar lebih
kaya daripada sultan, contohnya di Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang
menguasai daerah Larut lebih kaya daripada sultan.
Ø Pembesar juga terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan keizinan sultan.
Mereka menjadi pengeluar modal.
Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya. Bagi mempastikan
urusan perdagangan berjalan lancar pembesar akan menentukan timbangan dan
sukatan yang betul.
Ø Pembesar juga berperanan dalam menjaga perairan daripada pencerobohan
lanun, mengawasi perdagang-pedagang, menjaga kebajikan pedagang asing,
menyediakan tempat perniagaan dan gudang untuk menyimpang barang.
3.
Sosial
Ø
Pembesar
berperanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara, contohnya, Jemaah
Menteri Peperangandi Kelantan menguruskan hal-ehwal peperangan, ketenteraan,
pertahanan dan keamanan. Lembaga di Negeri Sembilan menjaga keselamatan dan
keamanan kawasan anak buahnya. Pembesar juga memastikan penduduk di bawah
jagaannya taat setia kepada Sultan.
Ø
Pembesar
juga berperanan sebagai penghubung antara sultan dengan rakyat. Pembesar
bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan ketenteraan untuk mempertahankan
negara dan juga untuk ekspidisi memperluaskan empaya jika ada.
Ø
Pembesar juga berperanan
dalam menjatuhkan hukuman dan mendenda dalam kes-kes jenayah di daerahnya. Pada
masa itu tidak ada badan kehakiman bebas
daripada pemerintah sebaliknya sultan dan pembesarlah yang mentadbir
undang-undang. Pembesar boleh menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman
mati yang hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.
Ø
Pembesar
juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada raja seperti membina istana
baru, membina kapal raja, membina panggung dan pentasa serta perhiasan istana
untuk menyambut perayaan adat dan agama. Ini dilakukan melalui sistem kerah.
Ø
Pembesar
juga mengetuai kerja-kerja sosial seperti membina surau, masjid, balai raya,
jambatan dan sebagainya. Pembesar juga berperanan dalam menjalankan adat
istiadat di istana
Kesimpulan
Pembesar
memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial sebelum
campur tangan British.Namun selepas campur tangan British peranan pembesar
mulai berubah. Pembesar tidak lagi memainkan peranan dalam pentadbiran British
sebaliknya British melantik pegawai pemungut dan majisterit yang mengambil alih
tugas dan peranan pembesar. Tindakan British ini telah menimbulkan rasa tidak
puas hati dalam kalangan pembesar yang akhirnya membawa kepada penentangan
terhadap British.
Catat Ulasan